perbezaan syariah dan usul fiqh

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

perbezaan syariah dan usul fiqh

Postby g@y@t on Wed Jun 25, 2003 6:37 am

As'kum,

Persoalan berikut diajukan ke email peribadi saya. Saya meletakkan di sini kerana kekurangan ilmu di samping percaya lebih ramai yg lebih layak utk menjawab persoalan ini dgn lebih baik seperti Madini dan tytsezh. Lgpun melaui kaedah ini, lebih byk input kita boleh dapat.

Wassalam...

tolong jelaskan perbezaan syariah dan usul fiqh
Last edited by g@y@t on Thu Feb 14, 2008 6:12 pm, edited 1 time in total.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby tytsezh on Fri Jun 27, 2003 10:46 am

assalamualaikum..

terima kasih sdr moderator atas kepercayaan yang diberikan,namun saya yakin ramai disini yg boleh menyumbangkan ilmu bagi soalan tersebut.,sdr G@y@t sendiri atau Madini boleh memulakanya.InsyaAllah selepas selesai beberapa posting bagi menjawab atau menyambung posting saya yg lalu dalam beberapa tajuk yg lepas,saya akan kesini bagi m3embincangkan soal Syariah dan Usul Fiqh atau adalah lebih baik dibincangkan sekali..antara Syariah/Fiqh dan Usul Fiqh.tiga pwerkara berbeza tapi saling kait mengait antara satu sama lain.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby g@y@t on Sat Jun 28, 2003 7:17 am

w'salam

terima kasih kepda tytsezh dgn responnya. Saya berasa cukup gembira dgn kehadiran tytsezh bersama BMC nih. Pelbagai input menarik dimasukkan oleh sdr utk berkongsi bersama. Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada sdr utk membuat kerja amal ini. Amin :)

Mengenai persoalan di atas, bukannya saya tak mau mulakan. Cuma saya tidak mempunyai ilmu utk menjawab persoalan itu. Atas sebab itu saya turunkan di sini kerana percaya akan ada yg berkelayakan utk menjawabnya. dlm masa yg sama dapatlah saya belajar. :D

Saya juga merasakan adalah lebih baik kalau diselesaikan topik lain dahulu(yg sdr kelolakan). Kalau semua nak buat posting, susahla sket. Masa pon terhad. Saya paham. Persoalan inipun tidaklah memerlukan jawapan yg cepat.

Kalau tak pun Madini kita ada utk turun kongsi ilmunya. Camner Madini, ok tak... :gelak:

Wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby tytsezh on Sat Jun 28, 2003 10:52 am

assalamualaikum,,

Tq..sdr G@y@t atas aluan-aluan,kebetulan hari ini ada sedikit kelapangan untuk menulis lebih pjg sedikit,jadi biarlah asaya memulakan perbincangan ini,kemudian sdr madini,dan g@y@t tambahlah mana yg kurang dan perbetul mana yg silap..

Islam adalah agama aqidah dan syariah,aqidah dimanisfestasikan dari al-quran dengan sebutan iman manakala syariah sebagai amal soleh.kedua ini tidak dpisahkan dan berjalan seiring.Al=Quran byk menyebut ttg perktaan iman dan amal soleh ini,antaranya dalam surah al-asr ayat 3.

syekh mahmud Saltut dalam kitabnya ,al-Islamu aqidatun wa syariatun menjelaskan; aqidah merupakan sudut teori yg dituntut supaya diimani dgn yakin serta tidak boleh diragui sama sekali.

Syariah pula sistem yg disyariatkanoleh Allah supaya manusia mengikutinya dalam hubungan dgn Allah,sesama manusia,dgn alam dan juga hubunganya dgn kehidupan.

kedua cabang ini tidak boleh dipisahkan,aqidah adalah tunjang yang mengerakkan syariah dan syariah terhasil kerana ada aqidah

..sambungan
Last edited by tytsezh on Sun Jun 29, 2003 12:23 am, edited 1 time in total.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Jun 28, 2003 11:27 am

syariah..dalam pengertian bahasa adalah jalan yg lurus dan pergertian yg kedua tempat datngya air yg mengalir untuk minuman.
.pergertian pertama ini dapat diambil dari surah al-jatsiah;18.

syariat dari segi istilah;.al-Jurjani mendefinasikan sebagai mengikuti perintah dengan disiplin ibadat,(lihat kitabnya attakrifat)

manakala at-tahanami..dalam kitabnya ;kassyaful istilahil funun,syariat adalah apa yg disyariatkan oleh Allah untuk hambanya dari beberapa hukum yang dibawa oleh nabi dan para nabi,baik yang berkaitan dgn cara melakukan sesuatu yang disebut syariat fariyyah(cabang) dan amaliyyah,ataupun asliayah(asal)/iktiqadiah.


Definasi syariah dari istilah fiqh; hukum2 yang telah ditentukan oleh Allah untuk hambanya,agar menjadi seorang mukmin yg mahu mengamalkan nya dan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.(lihat Dr Wahbah dalam kitabnya ;al-quran al-karim,bunyatuhu at-tasyriiyat)

dalam syariah terdiri dari hukum2 tafsili(detail),prinsip umum..Hukum hakam ini meliputi hukum -hukum dalam bahagian aqidah,hukum-hukum akhlak dan hukum-hukum amali..yg mana terpecah pada 3 bahagian

ibadah/muamalah/munakahat/jinayah

jelasnya syariah adalah berbetuk asal dan ketuhanan,ianya tidak memerlukan method pemetikan hukum juga perinsip2 utama kerana ianya berbentuk ready made(pasang siap).( lihat al-faruqi.Islamic jurisprudence)..syariah adalah lebih luas dan umum manakala fiqh adalah sebahagian dari syariah.
Last edited by tytsezh on Sun Jun 29, 2003 12:20 am, edited 1 time in total.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Jun 28, 2003 11:57 am

..Fiqh dari pengertian biasa bermakna faham,

Firman Allah surah hud 91.
an-nisa,78.


Dari segi istilah berbeza mengikut peringkat perkembangannay;

meyamakan pergertian fiqh dengan pengertian syariah.

imam abu Hanifah mendefinasikan sebagai;pengetahuan makrifah oleh seseorang tentang hak dan kewajipan.(pengetahuan ttg makrifah)adalah dapat menanggapi pesoalan cabang berdasarkan dalil (Wahbah az-Zuhali:Fiqh al-Islami),atau dgn kata lain pengetahuan seseorang mnegenai hukum yg patut diperolehi dan mesti ditunaikan.

pengertian dalam taarif ini merangkumi hukum2 aqidah,akhlak dan tasawuf,disamping hukum2 amaliyyah yg lain.dimana istilah ini dikenali sebagi fiqh al-akhbar.

definasi tersebut tidak lagi digunapakai kemudianya,pemisahan antara aqidah/akhlak dgn hukum amali dilakukan.

Imam Syafie dalam mendefinasikan fiqh sebagai; mengetahui hukum hukum berbentuk perbuatan melalui dalil2 terperinci.(ibid)

huraian.
.yang dimaksudkan dengan mengetahui(al-ilm) bermakna mengetahui secara mutlak yang merangkumi samada secara yakin atau zan(hukun amali ini kadang2 sabit dgn dalil qatie dan kebanyakan sabit dgn dalil zanni).

hukum-hukum(al-ahkam) bermaksud hukum yg dituntut oleh Allah berhubung perbuatan mukallaf samada dalam bentuk perintah atau pilihan atau wadie.

(amali.).adalah meliputi amalan zahir atau batin..seperti niat.sebutan amali ini juga bermakna tidak termasuk hukum iktiqad dan hukum2 ilmiah(ibid.)

ada juga fuqaha mendefinasikan sebagai;pengetahuan ttg sesuatu status hukum yg diperolihi melalui ijtihad(lihat..as-Syirazi,al-Luma fi usul alfiqh)

lihat juga dalam Irshad al-Fuhul ila tahkik al-haqq min ilm al-Usul(as-Syaukani.

Jelasnya fiqh adalah hasil rumusan ijtihad manusia,perlu pada kaedah dan prinsip dalam membuat sesutau rumusan hukum.berasaskan dari dalil-dali yg di nyatakan samada dari Quran atau sunnah ijmak atau qias.
Last edited by tytsezh on Sun Jun 29, 2003 12:15 am, edited 1 time in total.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Jun 28, 2003 12:23 pm

perbezaan antara syariah dan fiqh

1.Syariah meliputi hukum iktiqad,akhlak dan amali.fihg hanyalah merangkumi hukum amali sahaja.

2.Syariah tetap dan tidak berubah,sebahagian dari fiqh boleh berubah dan berbeza.

3.syariah adalah anugerah Allah,manakala sebahagian dari fiqh adalah hasil instinbat.

4.Hukum syarak adalah hak,mesti diimani,diyakini betul,manakala sebahagian dari fiqh adalah bertaraf zanni shj

dari segi aktiviti yg berkaitan dgn keduanya,maka aktiviti dibidang fqh adalah lebih luas berbanding dgn syariah yang merupakan prinsip umum .asas fiqh adalah syariah itu sendiri yg mana didalamnya ada menyediakan beberapa prinsip /kaedah bagi kegunaan fuqaha samada dalam penulisan ilmiah,dotrin fiqh atau mengeluarkan hukum/fatwa atau judgement di mahkamah.Semua ini terkandung dalam Ilmu dinamakan Usul Fiqh
Last edited by tytsezh on Sun Jun 29, 2003 12:29 am, edited 1 time in total.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Jun 28, 2003 11:21 pm

assalamualaikum,

sebagaimana maklum,Usul Fiqh adalah ilmu yg membincangkan ttg kaedah atau metodologi mujtahid dalam membuat sebarang ketetapan dan ketentuan hukum dari nas2 Qurna/sunnah dll.Ilmu ini adalah asas kepada pemahaman hukum ,dan alGhazali dalam al-mustaspa menyfatkan U.F adalah ilmu yang mengabungjalinkan antara unsur2 syarak dan aqal pemikiran.(al-mustaspa min ilmi al-usul)

Secara mudah U.F adalah kumpul;an kaedah-kaedah dan prinsip2 yang digunakan oleh fuqaha dalam membuat sesuatu ketetapan hukum yang diambil dari dalil syarie yang terperinci.(Wahbah az-Zuhaili,Usil-Fiqh al-Islami,J.1)


oleh itu U F dalah satu sains/dsiiplin ilmu yg membincangkan manhaj atau qaedah yg digunakan bagi membuat/mengeluarkan/menginstinbatkan hukum hukum fiqh yg terdapat dalam quran/hadis atau sumber2 lain.samada secara langsung atau tidak langsung.

skop Ilmu U.F.

1.perbincangan ttg kaedah menegluarkan hukum.
2.kehujjahan sumber hukum serta suun atur
sumber tersebut mengikut hiraki.
3.perbincangan kaedah taarud antara dalil2 syraie dan tarjih
4.persoalan mengenai hukum taklifi dan pembahagian serta
mengenai kapasiti dan keahlian
5.ttg kedaulatan hukum islam dan penggunaanakal manusia
dalam perkara yg tiada ketentuan nas.(al-husn wal-qubh)atau juga disebut al-aqlain.

6,membicarakan ttg keadah tatabahasa(lhugawiyah dan tasriiiyah)
yg dugunakan dalam mengnstinbatkan hukum..e,i am,khas.mantuk,mafhum,mutlak muqaiyyad dsb.

7/perbincangan sumber hukum selengkapnya samada yg disepakati atai tidak.

8.bincangkan konsep pemansuhan dalil,ijtihad,taklid,fatwa dsb.

(lihat abd Wahab Khalaf..al-ilm..usul alfiqh/Wahbah az-Zuhali..)

....
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Jun 28, 2003 11:31 pm

..itulah serba sedikit respon yang dapat saya nukilkan,harap sdr madini dan g@y@t atau lain nya dapat memperluaskan lagi.Saya memohon maaf atas kelemahan tulisan saya tu,byk kesilapan ejaan dan mungkin juga kurang memuaskan dari segi susunan,dan terjemahan dari nas asal,mudahan tulisan ringkas tu dapat difahami seadanya,walaupun begitu jika terdapat kesilapan itulah adalah kelemahan diri saya dan mohon diperbetulkan, :o
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby madini on Sun Jun 29, 2003 3:43 pm

Assalamualaikum,,

Jenguk...jenguk,tengok ada g@y@t dan tytsezh kat sini...pasti menarik perkara yang dibincangkan dengan posting2 yang berilmiah...kawan ni setakat mencelah sepatah dua kata boleh la,itu pun banyak merapu dari betulnya :gelak:

Cukup cantik input dari tytsezh...

Antara syariah dan usul fikh...tajuk yang cukup menarik utk dibincangkan,
tapi sebelom itu,kawan lebih suka menukar kalimah (syariah) kepada (fikh) kerana (syariah) terlalu luas skopnya yang merangkumi ibadat, muamalat,akidah dan akhlak...jadi kawan kecilkan sikit skop tersebut kepada (fikh)...

Antara fikh dan usul fikh,keduanya saling berkait dan tidak boleh dipisahkan,kerana fikh itu adalah cetusan dari usul fikh dan dari usul fikhlah lahirnya fikh.

Baik! Untuk mengetahui persamaan dan perbezaan atau perkaitan antara fikh dan usul fikh,yang utama sekali ialah dengan merujuk kepada takrif kedua2nya.

1/ FIKH.

Takrifnya dari segi bahasa :Membawa maksud faham.

Takrifnya dari segi istilah syar'i : Ilmu berkaitan hukum2 syara' yang bersifat amali yang terhasil dari dalil2nya yang tafsili (terperinci).

TERBAHAGI ILMU FIKH KEPADA 2 BAHAGIAN

1- Ibadat : Iaitu hukum2 syara' yang menyusun perhubungan hamba dengan tuhannya,sehingga jelaslah bagi seorang hamba akan kewajipannya terhadap penciptanya dari segi melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara2 haram.

2- Muamalat : Hukum2 syara' yang menyusun perhubungan diantara individu dengan individu,dan antara individu dengan negara islam,dan antara sebuah negara islam dengan negara bukan islam.Yang mana hukum2 ini bertujuan menjaga hak2 manusia dengan memastikan maslahatnya serta menolak segala fasad dan mudharat yang menimpa keatas mereka atau yang bakal berlaku.

ASAL DALAM PERKARA IBADAT :

Tidak ada tempat bagi akal dalam memainkan peranan atau menentukan sesuatu,bahkan beribadah kepada Allah mengikut apa yang disyariatkan didalam kitabnya dan diatas lisan nabinya s.a.w,kerana maksud dari ibadah adalah utk mendekatkan diri kepada Allah,dan utk mendekatkan diri kepada Allah mestilah mengikut cara yang disyariatkan.

ASAL DALAM MUAMALAT :

Ianya berbeza dari satu generasi kesatu generasi yang lain yang mana ianya terdapat nas dari quran dan sunnah secara asas dan meninggalkan perkara berkaitan pelaksanaannya kepada para mujtahid yang akan menentukan hukum mengikut kesesuaian kadar maslahat yang terkandung didalamnya mengikut zaman dan tempat.

2/ USUL FIKH.

Perkataan usul fikh adalah cantuman dari dua kalimah yang berasingan iaitu usul dan fikh...oleh itu kita mulakan takrifan usul dahulu...

Takrif usul dari segi bahasa : Usul adalah jama' daripada perkataan (asal)
yang membawa maksud/takrif yang berbagai dikalangan ulamak,
antaranya ialah ;asal ialah apa yang dibinakan ketasnya oleh selainnya.
Takrif ini dirajihkan oleh kebanyakan ulamak usul seperti Abi Al-Khattab Al-Hanbali dalam At-Tamhid dan Abi Al-Husain Al-Basri dalam Al-Mu'tamad
dan Al-Aiji dalam Syarh Mukhtasar Al-Hajib dan As-Syaukani dalam Irsyadul Fuhul.

Takrif asal dari segi istilah usuliyyin : Membawa maksud yang berbagai, tetapi yang dikehendaki dari makna (asal) dalam ilmu usul fikh ialah bermaksud dalil.
Maka usul fikh bermaksud dalil2 fikh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu qudamah dalam Raudhatun Nazhir Wa junnatul Manazhir dan Imam Al-Haramain dalam Al-Burhan dan Al-Amidi dalam Al-Ihkam dan Abu Ishaq As-Syirazi dalam Syarh Al-Luma' dan Al-Ghazali dalam Al-Mustashfa dan Ibnul Hajib dalam Mukhtasarnya dan Ibnu As-Subki dalam Jam'ul Jawami'.

Takrif Usul Fikh : Dikalangan ulamak usul berbeza takrif diantara satu dengan yang lain,antaranya ialah;Usul fikh ialah dalil2 fikh yang menunjukkan keatasnya (fikh) dari segi ijmal tidak dari segi tafsili.

Ini adalah takrif Ibnu Qudamah mempunyai p[ersamaan atau ringkasan dari takrif Al-Ghazali dan juga hampir dengan takrif Ibnu Burhan.

Syarah maksud ijmal dan tafsili : Iaitu seorang usuliy (ulamak usul) akan melihat kepada dalil2 secara ijmal,seperti melihat kepada kitab dan sunnah,adakah kedua2nya diterima sebagai hujah atau tidak? dan melihat kepada qaul sahabat,adakah ia diterima sebagai hujah atau tidak? dan sebagainya.Adapun fakih,ia melihat kepada dalil2 secara tafsili
(terperinci) sebagaimana dalil yang khas didatangkan keatas masalah yang khas dan tertentu.

Jadi dari takrifan2 tersebut,maka dapatlah dikatakan bahawa ilmu usul fikh itu,ialah ilmu yang membicarakan secara terperinci tentang sumber2 dalil yang digunakan utk menentukan sesuatu hukum,sedangkan ilmu fikh pula adalah ilmu yang membicarakan secara terperinci tentang sesuatu hukum yang diistinbatkan dari dalil2nya.

Dalil2 fikh yang menjadi tunjang dan diterima sebagai hujah dimana disandarkan setiap hukum kepadanya mengikut jumhur ulamak hanya terbatas kepada 4 sumber sahaja :-

1/Kitab 2/ Sunnah 3/ Ijma' 4/ Qias

Maka ilmu usul fikh akan membincangkan tentang 4 sumber rujukan tersebut secara terperinci,contohnya kitab,tentang apa yang terkandung didalamnya seperti ayat Muhkam dan Mutasyabih,Mujmal dan Muqayyad,
Umum dan Takhsis,Hakikat dan Majazi,Nasakh dan Mansukh dll.

Wallahu a'lam...
madini
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 305
Joined: Mon Jun 24, 2002 8:00 am

Postby prof_a'watif on Sun Jun 29, 2003 7:01 pm

Syari’at dan Fiqh


Syari’at dan Fiqh memiliki ikatan yang kuat dan sulit untuk dipisahkan, namun diantara keduanya terdapat perbedaan yang mendasar.


Kata syariat ( asy-syari'ah) secara bahasa berarti sumber/aliran air yang digunakan untuk minum. Dalam perkembangannya, kata syariat digunakan orang Arab untuk mengacu kepada jalan (agama) yang lurus (at-tariqah al-mustaqimah), karena kedua makna tersebut mempunyai keterkaitan makna. Sumber/aliran air merupakan keperluan pokok manusia untuk memelihara keselamatan jiwa dan tubuh mereka, sedangkan at-tariqah al-mustaqimah merupakan keperluan pokok yang akan menyelamatkan dan membawa kebaikan bagi umat manusia.

Dari pengertian ini, syariat diertikan sebagai agama yang lurus yang diturunkan Allah SWT bagi umat manusia.

Imam asy-Syatibi menyatakan bahwa syariat sama dengan agama. Sedangkan Manna al-Qattan mendefinisikan syariat sebagai segala ketentuan Allah SWT bagi hamba-Nya yang meliputi masalah akidah, ibadah, akhlak dan tata kehidupan umat manusia untuk mencapai kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.

Fathi ad-Duraini menyatakan bahwa syariat adalah segala yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW berupa wahyu, baik yang terdapat dalam Al-Qur'an maupun dalam sunnah Nabi SAW yang diyakini kesahihannya. Lebih lanjut ia mengatakan bahwa syariat adalah an-nusus al-muqaddasah (teks-teks suci) yang dikandung oleh Al-Qur'an dan sunnah Nabi SAW.

Berdasarkan definisi syariat tersebut, ulama fiqh dan usul fiqh menyatakan bahwa syariat merupakan sumber dari fiqh. Alasannya, fiqh merupakan pemahaman yang mendalam terhadap an-nusus al- muqaddasah dan merupakan upaya mujtahid dalam menangkap makna serta illat yang dikandung oleh an-nusus al-muqaddasah tersebut.

Dengan demikian, fiqh merupakan hasil ijtihad ulama terhadap ayat Al-Qur'an atau sunnah Nabi SAW.

Atas dasar perbedaan tersebut, ulama fiqh menyatakan bahwa syariat dan fiqh tidak boleh disamakan. Alasannya, syariat bersumber dari Allah SWT dan Rasul-Nya, sedangkan fiqh merupakan hasil pemikiran mujtahid dalam memahami ayat Al-Qur'an atau hadits Nabi SAW.

Menurut Fathi ad-Duraini, sebelum dimasuki oleh pemikiran manusia, syariat selamanya bersifat benar. Sedangkan fiqh, karena sudah merupakan hasil pemikiran manusia, boleh salah dan boleh betul. Namun demikian, menurut Muhammad Yusuf Musa syariat dan fiqh mempunyai keterkaitan yang erat, karenanya fiqh tidak boleh dipisahkan dari syariat.
prof_a'watif
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 574
Joined: Fri Dec 07, 2001 8:00 am
Location: sg.ramal dalam

Postby tytsezh on Sat Jul 19, 2003 12:57 am

assalamualaikum

kita luaskan lagi yer prof..

tabiat perundangan Islam:Syariah VS Fiqh(lihat Dr Mohd Daud.Hukum Islam antara Prinsip Syariah dan Perbendaharaan fiqh)

sebagaimana yang dimaklumi syariah adalah ketetapan asal dan fiqh pula adalah hasil uasah para mujtahid dalam merumuskan sesuatu status atau nilai ke[ada sesuatu persoalan.Syariah adalh berbentuk asal /pasang siap sedangkan fiqh adalh muncul kemudian dan bersifat kemanusiaan.Maka fiqh adalah sekumpulan hukum hakam yandiijtihadkan oleh para mujtahid sebagai hukum yang paling dikehendaki oleh Allah.(yang benar tiada diketahui secara pasti didunia ini)

Semakin jelas bahawa hukum Islam adalah bersifat relatif,pemahaman manusia tidak semestinya bertepatan apa yang dikehendaki oleh Allah dalam khitabnya(misi),maka tidak hairan fiqh ditaarifkan sebagai pengetahuan tentan status hukum yang doperilihi melalu ijtihad.(al-syirazi,dalam al-luma) dan ijtihad pula dikatakan sebagai pengunaan kemampuan dan kebolehan sesorang untuk mencari status hukum kepada sesuatu persoalan

al-Amidi mentakrifkan ijtihad sebagai satu usaha sepenuh tenaga yang diberikan oleh seseorang untuk sampai kepada status hukum dimana seseorang itu merasai bahawa beliau tidak berupaya lagi untuk berusaha lebih dari itu.(al-ihkam fi usul al-ahkam)

satu persoalan timbul..adakah kesemua mujtahid betul dalam ijtihad mereka atau sebalinya?
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Mon Aug 11, 2003 11:18 am

dalam hal tersebut,ulamak Usul ada menyatakan prinsip syariah membenarkan satu perbuatan mukallap boleh ditafsirkan dengan berbagai pandangan.Imam as-Syafie dalam memberikan contoh mengenai dua hakim yang mengadili sesuatu kes,dimana ada kemungkinan seorang menerima dan seorang lagi menolak kes tersebut.hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana perbezaan pandangan adalah berdasarkan tindakan kedua hakim tersebut berdasarkan apa yang wajib keatas diri masing2.

Rasulullah pernah bersabda; apabila seorang hakim berijtihad dan ijtihadnya betul,maka baginya dua pahala,dan jika sebaliknya,baginya satu pahala.(al-Risalah,Imam as-Syafie ms 1404).

Seterusnya Imam as-Syafie menyebut..alhaq fi alwahid..beliau mmeberi contoh dalam kes menghadap qiblat dalam menghuraikan makna apa yang disebut itu,belaiu cuba membezakan antara objek(arah qiblat) dengan tuntutan ijtihad.Arah Qiblat adalah satu(al.haq fi alwahid)namun,berhubung dengan tuntutan ijtihad dalam kes itu(tidak tahu arah qiblat)doi benarkan berbeza.Kalu dua orang dipadang pasir menghadap wajah mereka kearah berlainan dalam sembahyang,maka keduanya adalah betul dari segi ijtihad tetapi tidak dari segi bahan dan objek ijtihad kerana arah Qiblat hanayalah satu.

teori atau aliran pemikiran syafie ini berasakan sebagai teori kebarangkalian(probabilisme).(Dr Mohd Daud Bakar,Hukum Fiqh semasa,ms 18

Berbeza denga al-Ghazali,baginya contoh tersebut adalah tidak relevan,Persoaln utama dalam ijtihad dan fiqh ialah sejauhmana seseorang itu dapat menyatakan bahawa dalam persoalan ijtihadiah sesuatu status hukum itu telahpun ada walaupun seblum para mujtahid menonjolkanya.Maka status hukum sebenarnya mengikut pandangan mujtahid,dan Allah telah mewajibkan setiap mujtahid untuk mengikut apa yang diijtihadkannya.,maknanya sesuatu status hukum belum adad dan ianya memerlukan ijtihad mujtahid untuk dikeluarkan samada dalam bentuk fiqh,qadha ataupun fatwa._al-Ghazali,al-mustasfa min al-Usul,362

aliran ini mungkin dinamakan relativesme,namun paapun keduanya adalah termasuk dalam kerangka syariah.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Mon Aug 11, 2003 11:39 am

Perbendaharaan Fiqh

Juga dikenali dalam bahasa Arab nya sebagai` al-turath al-fiqhi`Perbendaharaan fiqh ini termasuklah tulisan-tulisan tentang hukum2 fiqh,fatwa2 dan juga qhada.,terdapat juga dalam perbendaharaaan silam,yang kaya dalam bidang fiqh,akan tetapi ianya berbentuk prinsip2 umum bertujuab mengawal pemetikan dan pemahaman hukum2 Islam yang spesifik,dam juga membuat penyususnan kepada hukum2 foiqh dalam kitab2 fqih yang tidak tersusun.Ilmu2 ini dikenali sebagai Ilmu Usul Foqh,Qawaid Fiqhiah dan juga teori fiqh,maka kesemuqa itu juga adalah sebahagian dari perbendaharaan fiqh yang luas.

maka dimanakah pula dikatakan prinsip2 Syariah?/

sengaja saya tulis prinsip syariah terkemudian dari perbendaharaan fiqh,kerana perbincangan tentang soal ini tidak begitu ada dengan jelas dalam penulisan ulamak2 silam,(benarkah begitu?)
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

fiqah

Postby abuqais on Thu Feb 14, 2008 9:38 am

saya naikkan topik ni untuk menghidupkan laman ilmu dalam website ni. sesuai dengan tajuk BICARA FIQAH.

Harap tokoh-tokoh dan ahli setia yang ada di sini dapat teruskan perjuangan dan memberi pendapat dalam memartabatkan syariah Islam di muka bumi.

Majulah Fiqah untuk Negara
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Postby g@y@t on Thu Feb 14, 2008 6:22 pm

Ok. Ana dah 'sticky'kan dia
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron