kencing tak lawas = istihadhah?

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

kencing tak lawas = istihadhah?

Postby MLT_1211 on Wed Oct 29, 2003 12:28 pm

Assalamualaikum..

saya masih baru kat sini tp memerlukan penjelasan sgt ttg topik ni..

saya pernah terbaca ttg cara bersuci & solat bg mereka yg beristihadhah. anatara yg saya tahu.. mereka yg beristihadhah perlu membersihkan darah yg keluar terlebih dahulu, melapik (guna pad) supaya pakaian solat tidak kena darah dan kemudian berwudhu tetapi mesti dilakukan selepas azan. (masuk waktu solat) wudhu perlu diperbaharui setiap kali solat. Selain tu, tak boleh menunggu imam (sbb kena solat terus lepas wudhu) dan tak boleh jadi imam. Atas perkara ini saya nk tanya, sama ke situasinye kalau org tu penyakit mengalami kencing tak lawas?

Kalau sama, soalan saya bg kencing tak lawas..

1)jika si pesakit nk lakukan solat sunat rawatib, perlu ke dia perbaharui wudhu utk setiap solat? (cth: solat zohor - wudhu utk sunat sblm, berwudhu semula utk solat fardhu, berwudhu utk sunat selps) camni ke? Atau boleh terus je lakukan ke3-3 solat dgn 1 wudhu.

2)kalau wudhu terbatal ketika solat (buang angin), mmglah kena amik wudhu’ semula.. tapi perlu ke tukar pad tadi (yg mgkn dah terkena air kencing) dgn yg baru.. atau terus saja berwudhu’?

3)lepas solat, jika nk mengaji guna al-Quran, perlu berwudhu’ semula ke? kalau tak perlu, sekiranya masa mengaji tu jka terjumpa ayat yg perlu sujud tilawah, boleh terus sujud ke? sbb yg saya tau utk sujud tilawah perlu ada wudhu’.

4)Utk bulan puasa ni pula, if nk solat sunat tarawikh perlu berwudhu lagi ke? Atau boleh menggunakan wudhu yg sama utk solat isya’?

5)macam mana pula utk solat malam (qiamullail)? Adakah perlu perbaharui wudhu’ utk semua solat sunat yg dilakukan? (sunat tahajjud, sunat taubat, sunat hajat)…atau kenyataan perlu perbaharui wudhu’ bg yg beristihadhah hanya utk solat yg fardhu sahaja, manakala yg solat sunat tidak mengapa?

6)camne pulak dgn tak boleh tunggu imam? maksudnya if kita dah berwudhu terus solat kalau imam belum nk mula solat.. tp kalau imam dah mula solat kita baru lepas wudhu dan nk solat tak pe kan? camne plak dgn tak leh jadi imam? kalau ada org dtg masa ktgh solat, menepuk dr belakang utk berjemaah camne?


Sekian dulu, saya dahului dgn ucapan terima kasih.. dan mohon maaf atas soalan yg panjang.. saya harap sahabat semua boleh membantu saya dlm masalah ini.

Wassalam.
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby g@y@t on Wed Oct 29, 2003 10:04 pm

as'kum,

saya cuba jawab secara umum dulu perkara ini. Dan soalan pecahan yg masih tak terjamab dalam jawapan ini akan saya jawab kemudian.

Berlaku khilaf dalam perkara ini. Pada umumnya terdapat 2 pendapat mengenai perlu atau tidak diperbaharui wudhu' setiap kali ingin bersolat setelah masuk waktu. Mazhab Maliki mengatakan memperbaharui wudhu' setelah masuk waktu hanyalah sunat. MAnakala jumhur mengatakan perlu memperbaharui wudhu setelah masuk waktu. Dalil jumhur ialah:

Dari Aisyah ra, "Fatimah bt Hubaisyh menemui Rasulullah saw katanya; "Wahai Rasulullah saw saya didatangi darah istihadah, saya tidak dapat bersuci. Adakah boleh meninggalkan solat?" Sabda Baginda saw, "Sesungguhnya itu adalah darah penyakit bukannya darah haid. apabila darah haid anda datang tinggalkanlah solat. Apabila ia berhenti basuhlah darah tersebut kemudian berwudhu' utk setiap solat sehingga datang waktu itu...."[HR Bukhari dan Muslim]

Dalam riwayat Ahmad dan Abu Dawud;
"Berwudhu'lah setiap kali menunaikan solat sekalipun darah menitis di atas tikar."

Berdasarkan hads di atas, fuqaha' telah mengqiaskan darah istihadah ini dgn semua perkara yg menjadi penyakit yg boleh membatalkan wudhu'.

Walaupun begitu, terdapat perincian dari fuqaha mazhab mengenai perkara ini. Saya hanya akan mengemukakan perincian mazhab syafi'i. Krn perincian ini adalah ijtihad ulama'.

Fuqaha' asy-Syafi'i berpendpaat org yg uzur perlu meraikan 6 perkara seblm berwudhu' iaitu:
1. Menunggu masuknya waktu solat
2. Beristinjak dgn sempurna
3. Menyumbat tpt keluarnya hadas jika mampu.
4. Hendaklah berwudhu' selepas beristinjak.
5. Hendaklah diniatkan dgn wudhu' yg diambilnya utk mengharuskan hadas yg menghalanginya dan tidak diniatkan utk mengangkat hadas semata2 sptmana tayyamum. Spt meniatkan wudhu' tersebut utk mengharuskan solat.
6. Menunai solat serta merta slps mengambil wudhu'.

Setiap wudhu' hanya sah utk sekali solat fardhu dan boleh menunaikan lebih dari satu solat sunat. WA.
Last edited by g@y@t on Thu Nov 11, 2004 8:19 am, edited 1 time in total.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Thu Oct 30, 2003 2:29 am

sambungan....

Setelah meneliti penpdaat fuqaha', Ibn Qayyim telah berkata bahawa perincian fuqaha mengenai isu kencing tidak lawas ini hanyalah mendatangkan was2 kpd umat Islam sedangkan was2 itu mainan syaitan. Maka menurut beliau, kencing tidak lawas atau daimul baul ini adalah satu kesulitan yg dimaafkan syara', samalah seperti darah yg masih mengalir walaupun telah cuba dibasuhkan.

2)kalau wudhu terbatal ketika solat (buang angin), mmglah kena amik wudhu’ semula.. tapi perlu ke tukar pad tadi (yg mgkn dah terkena air kencing) dgn yg baru.. atau terus saja berwudhu’?

3)lepas solat, jika nk mengaji guna al-Quran, perlu berwudhu’ semula ke? kalau tak perlu, sekiranya masa mengaji tu jka terjumpa ayat yg perlu sujud tilawah, boleh terus sujud ke? sbb yg saya tau utk sujud tilawah perlu ada wudhu’.


bersambung......
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby MLT_1211 on Thu Oct 30, 2003 8:24 am

g@y@t wrote:as'kum,

5. Hendaklah diniatkan dgn wudhu' yg diambilnya utk mengharuskan hadas yg menghalanginya dan tidak diniatkan utk mengangkat hadas semata2 sptmana tayyamum. Spt meniatkan wudhu' tersebut utk mengharuskan solat..



assalamualaikum...

adakah ini maksud cara niat tersebut? SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS KECIL UTK MENGHARUSKAN SOLAT KERANA ALLAH TA'ALA..

macam mana kalau selama ni baca niat biasa SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS KECIL KERANA ALLAH TA'ALA? bukan sebab tak tau niat ni tapi sebab tak sure nk guna niat yg mana. :pitam:

wassalam.
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby MLT_1211 on Thu Oct 30, 2003 8:31 am

g@y@t wrote:sambungan....

Setelah meneliti penpdaat fuqaha', Ibn Qayyim telah berkata bahawa perincian fuqaha mengenai isu kencing tidak lawas ini hanyalah mendatangkan was2 kpd umat Islam sedangkan was2 itu mainan syaitan. Maka menurut beliau, kencing tidak lawas atau daimul baul ini adalah satu kesulitan yg dimaafkan syara', samalah seperti darah yg masih mengalir walaupun telah cuba dibasuhkan.

2)kalau wudhu terbatal ketika solat (buang angin), mmglah kena amik wudhu’ semula.. tapi perlu ke tukar pad tadi (yg mgkn dah terkena air kencing) dgn yg baru.. atau terus saja berwudhu’?

3)lepas solat, jika nk mengaji guna al-Quran, perlu berwudhu’ semula ke? kalau tak perlu, sekiranya masa mengaji tu jka terjumpa ayat yg perlu sujud tilawah, boleh terus sujud ke? sbb yg saya tau utk sujud tilawah perlu ada wudhu’.


bersambung......


assalamualaikum.. saya tak faham penjelasan yg ni.. penjelasan ni utk soalan 2 & 3 ke?. maknanya bolehlah terus saja berwudhu' tanpa menukar pad dan mengaji al-Quran selps solat menggunakan al-Quran.. atau lebih afdal guna tafsir? tima kasih sekali lagi. wassalam.
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby g@y@t on Thu Oct 30, 2003 4:13 pm

maaf krn buat sdr terkeliru... Pandangan Ibn Qayyim tidak ada kaitan dgn soalan 2 dan 3. Cuma saya etakkan 2 dan 3 tu kira saya akan cuba bhaskan utk next posting. itulah maksud saya. Insya Allah saya akan buat dgn lebih jelas selpeas ini.

1)jika si pesakit nk lakukan solat sunat rawatib, perlu ke dia perbaharui wudhu utk setiap solat? (cth: solat zohor - wudhu utk sunat sblm, berwudhu semula utk solat fardhu, berwudhu utk sunat selps) camni ke? Atau boleh terus je lakukan ke3-3 solat dgn 1 wudhu.

4)Utk bulan puasa ni pula, if nk solat sunat tarawikh perlu berwudhu lagi ke? Atau boleh menggunakan wudhu yg sama utk solat isya’?

5)macam mana pula utk solat malam (qiamullail)? Adakah perlu perbaharui wudhu’ utk semua solat sunat yg dilakukan? (sunat tahajjud, sunat taubat, sunat hajat)…atau kenyataan perlu perbaharui wudhu’ bg yg beristihadhah hanya utk solat yg fardhu sahaja, manakala yg solat sunat tidak mengapa?


sudah dijawab dalam reply di atas

6)camne pulak dgn tak boleh tunggu imam? maksudnya if kita dah berwudhu terus solat kalau imam belum nk mula solat.. tp kalau imam dah mula solat kita baru lepas wudhu dan nk solat tak pe kan? camne plak dgn tak leh jadi imam? kalau ada org dtg masa ktgh solat, menepuk dr belakang utk berjemaah camne?


Solat fardhu sejurus selpeas wudhu’ adalah wajib. Ttp kewajipan ini gugur sekiranya terdapat sesuatu yg dapat memberikan pengecualian. Menunggu jamaah termasuk dalam pengecualian ini.

Adapun utk solat atau amalan lain selain solat fardhu, Dr Abdul Karim Zaidan mengatakan dalam al-Mufashal al-Ahkamil Mar'ah wal-Bait al-Muslim bahawa wudhu' itu hanya akan terbatal setelah masuk waktu solat selepasnya. Sbg cth, sekiranya org itu berwudhu' dalam solat zohor, wudhu' tersebut akan kekal sehingga masuk waktu solat asar selagi tidak ada perkara lain yg membatalkan puasa. Setelah masuk waktu asar maka batallah wudhu'nya berdasarkan sab Nabi saw yg bermaksud,

"Wanita mustahadhah berwudhu' utk setiap waktu solat."

ini bermakna wudhu' tetap kekal ada selagi tidak ada benda lain yg membatalkannya.

2)kalau wudhu terbatal ketika solat (buang angin), mmglah kena amik wudhu’ semula.. tapi perlu ke tukar pad tadi (yg mgkn dah terkena air kencing) dgn yg baru.. atau terus saja berwudhu’?


Kemungkinan tidak semestinya keluar. Berdasarkan kaedah fiqh 'keyakinan tidak dihilangkan dgn keraguan'. Maka sekiranya wudhu' batal dan keluarnya air kencing itu hanyalah berdasarkan was2, maka tidak perlu ditukar pad tersebut.

Berdasarkan fiqh syafi'i, sekiranya keluarnya air kencing(meleleh) itu kerana balutan tidak kemas akibat kecuaian diri, maka wudhu' itu batal. Fiqh syafi'i juga mewajibkan penukaran pad setiap kali memperbaharui wudhu' utk solat fardhu sahaja(al-Majmu').

bersambung...
Last edited by g@y@t on Thu Oct 30, 2003 6:14 pm, edited 1 time in total.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Thu Oct 30, 2003 5:39 pm

adakah ini maksud cara niat tersebut? SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS KECIL UTK MENGHARUSKAN SOLAT KERANA ALLAH TA'ALA..

macam mana kalau selama ni baca niat biasa SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS KECIL KERANA ALLAH TA'ALA? bukan sebab tak tau niat ni tapi sebab tak sure nk guna niat yg mana.


Berdasarkan fiqh syafi'i meniatkan hanya utk mengangkat hadas kecil tidaklah terangkat hadasnya. Maka perlu diniatkan spt yg sdr nukilkan yg pertama.

Persoalan niat ini hanya timbul pada zaman terkemudian sahaja. Pendpt yg benar ialah niat itu adalah qasad atau lintasan hati. Apabila kita berwudhu' sebenarnya kita telahpun berniat. maka tidak perlulah kita menyusun niat. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Thu Oct 30, 2003 5:43 pm

lepas solat, jika nk mengaji guna al-Quran, perlu berwudhu’ semula ke? kalau tak perlu, sekiranya masa mengaji tu jka terjumpa ayat yg perlu sujud tilawah, boleh terus sujud ke? sbb yg saya tau utk sujud tilawah perlu ada wudhu’.


Tidak perlu berwudhu' lagi selagi tidak batal wudhu'. Wudhu' hanya perlu diperbaharui sama ada setelah batal wudhu' ataupun ingin mengerjakan solat fardhu yg lain. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby MLT_1211 on Fri Oct 31, 2003 8:22 am

g@y@t wrote:as'kum,

Fuqaha' asy-Syafi'i berpendpaat org yg uzur perlu meraikan 6 perkara seblm berwudhu' iaitu:
1. Menunggu masuknya waktu solat
2. Beristinjak dgn sempurna
3. Menyumbat tpt keluarnya hadas jika mampu.
4. Hendaklah berwudhu' selepas beristinjak.
5. Hendaklah diniatkan dgn wudhu' yg diambilnya utk mengharuskan hadas yg menghalanginya dan tidak diniatkan utk mengangkat hadas semata2 sptmana tayyamum. Spt meniatkan wudhu' tersebut utk mengharuskan solat.
6. Menunai solat serta merta slps mengambil wudhu'.

Setiap wudhu' hanya sah utk sekali solat fardhu dan boleh menunaikan lebih dari satu solat sunat. WA.


pasal yg saya boldkan ni.. mmg kena sumbat tmpt keluar hadas tu ke? kalau sekadar melapik dgn pad tak boleh?
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby g@y@t on Fri Oct 31, 2003 11:43 am

Istihdah boleh diqiakan kpd kencing tidak lawas krn ia memenuhi rukun qias. Imam Nawawi dalam al-Majmu' mengatakan mereka yg beristihadah wajib menyumbat farajnya. tp sekiranya ia mendatangkan kesakitan atau terdapat masalah yg menghalang utk melakukannya, maka memadai memakai pad shj. Sekiranya lalaki mengalami penyakit ini, cubalah cari cara terbaik utk menghalangi dari air kencing itu keluar/meleleh. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby ICT on Fri Nov 21, 2003 4:46 pm

Kencing tak lawas adalah penyakit dihidap lelaki bila usia mencecah 40an keatas kerana saluran dah kembang.

Minum air gamat ok kot.
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby KulopAtoi on Sat Nov 22, 2003 2:47 am

Assalamualaikum.. :)

meh aku komen sikit.. :)

3. Menyumbat tpt keluarnya hadas jika mampu.



maka mengikut Syekh Adil Salahi.. salah seorang rujukan yang agak terkenal belah-belah Najad.. untuk mencapai maksud tersebut beberapa perkara boleh dilakukan..

1: Membalut nya dengan balutan plastik dan di ikat kemas kemas.
2: Membalut nya dengan balutan kertas dan dikat kemas kemas.

Setiap kali nak semayang.. dicuci semula dan di balut dengan yang baru...

wallahu alam...

kalau nak teks keterangan dia dalam bahasa Inggeris.. ada kot somewhere... tapi saya kena carik dulu... bab nak terjemah nie yang berat sikit.. unit terjemahan BMC belum ditubuhkan :)

wassalam
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby MLT_1211 on Mon Dec 15, 2003 11:16 am

ASSALAMUALAIKUM..

MAAF LAMA MENGHILANG TAPI THANKS ATAS SEMUA PENJELASAN TU... SAYA DAH FAHAM TAPI MASIH ADA BEBERAPA KEMUSYKILAN.. CAM NE PULAK KALAU NK BUAT SOLAT JAMA' BILA BERMUSAFIR? BOLEH KE? MAKSUD SAYA.. SOLAT JAMA' TU KAN MENGHIMPUN 2 SOLAT FARDHU DALAM SATU WAKTU? JADI MACAM MANA DGN WUDHU?

PERNAH PULAK SAYA BACA (DALAM BICARA MUSLIM GAK) YG JIKA SESEORG TU ADA KEUZURAN (CTH: ISTIHADHAH), DIBOLEHKAN MELAKUKAN JAMA'? BETUL KE? CAM NE PUALKA DGN YG KENCING TAK LAWAS NI? :matabulat:

THANKS AGAIN..

WASSALAM.
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby g@y@t on Mon Dec 15, 2003 7:04 pm

As’kum,

Pendpt yg masyhur dalam mazhab syafi’I, tidak boleh solat jama’ dilakukan disebabkan uzur. Demikianlah pendapat syafi’iyyah. Mazhab Hanbali merupakan pendpt yg paling luas dalam permasalahan ini kerana mengizinkan utk segala jenis kesukaran. Mereka mengatakan boleh melakukan solat jama’ krn keuzuran. Ini kerana keuzuran itu merupakan kemudharatan yg lebih teruk berbanding hujan. Imam Nawawi mengatakan alasan ini adalah kuat. Pendpt ini dipilih oleh majoriti pentahqiq.

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah membuat kesimpulan bahawa boleh melakukan solat jamak ketika dalam keperluan selagi tidak dijadikan amalan tetap atau tidak dilakukan selalu. Ia hanya membolehkan dalam keadaan yg betul2 memerlukan spt polis trafik yg ditugaskan sehingga tidak sempat solat maghrib.

Secara umummya, dibolehkan utk melakukan jama’. Walaupun begitu, saya mengatakan, jgnlah diamalkan selalu krn sdr masih boleh menggunakan peralatan spt panty liner dan seumpamanya. Tidaklah ia menjadi kesukaran dgn memaki panty liner ini. Setiap kali ingin solat, basuh kemaluan, tukar panty liner dan kemudian berwudhu’. Sekiranya perkara ini mendatangkan kesukaran dalam satu2 keadaan, maka jama’ la solat itu. Dalil yg membolehkannya ialah:

Hamnah bt Jahsy bertanya kpd Rasulullah saw mengenai darah istihadah, baginda menjawab, “Jika kamu menangguhkan sembahyang zuhur dan mencepatkan solat asar, maka mandilah dan jama’kan kedua2 sembahyang tersebut….”[HR Ahmad, Abu Daud dan tirmidzi. Bukhari mengatakan hadis ini hasan. Albani tidak memasukkan hadis ini dalam tammamul minnah]

Sekiranya ingin berpegang kpd mazhab syafi’I, maka pendapat yg masyhur ialah tidak boleh.

Nasihat akhir: Dapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Sekian. WA.

wassalam


Rujukan

Fiqh Islami
Dr wahabh al-Zuhaily

Fiqhus sunnah
Sheikh sayyid sabiq

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim

Tamamul Minnah
Sheih Nasiruddin al-Albani
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby nur_wasatiah on Mon Dec 22, 2003 8:09 pm

assalamualaikum....

macam mana pulak kalau org yg istihadah tu nak qada'kan solat... mungkin selepas tunaikan solat fardu.... adakah dia perlu perbaharui wudhu' nya.. utk setiap kali dia nak qada'kan solatnya...?

terima kasih...
nur_wasatiah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 29
Joined: Sun Nov 30, 2003 6:15 am

Postby g@y@t on Tue Dec 23, 2003 11:56 am

As’kum,

Mazhab Syafi’I mengatakan wudhu; itu wajib diperbaharui setiap kali ingin mengerjakan solat tunai atau solat yg hendak diqadha’kan. Ttp seseorang itu harus mengerjakan solat sunat atau perkara lain dgn satu wudhu’ yg sama. Mereka berdalilkan kpd hadis berikut:

“Dan ia hendaklah berwudhu’ setiap kali solat.”[HR tirmidzi dan Abu Dawud]

Mazhab Hanafi dan Hanbali pula membolehkan solat dgn satu wudhu’. Mereka mengatakan, wudhu’ tidak akan batal melainkan masuk waktu yg selepasnya atau ada perkara yg membatalkannya seperti kentut atau lain2.

Manakala mazhab maliki mengatakan sunat memperbahrui wudhu’ setiap kali hendak solat . Mereka tidak mewajibkan wudhu’ setiap kali hendak solat sptmana jumhur.[al-majmu’ 2/553, al-mughni 1/250, ‘umdatul qari 3/179]

Wassalam

Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin Al-Makki
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby nur_wasatiah on Sat Feb 14, 2004 7:13 pm

assalamualaikum....

bagaimana kalau wanita yg istihadah tu berpuasa... adakah dgn menyumbat kapas ... boleh menyebabkan puasanya terbatal..?

... sekadar bertanya... terima kasih...
nur_wasatiah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 29
Joined: Sun Nov 30, 2003 6:15 am

Postby g@y@t on Sun Feb 15, 2004 12:53 am

as'kum,

Kita tidak menafikan terdapat pendapat yg mengatakan apa sahaja yg masuk dalam rongga badan, sekalipun selain mulut dan hidung, adalah membatalkan puasa. Bahkan jika kite meneliti kitab2 fiqh, kita akan dapati perkara yg membatalkan puasa melebihi 50 perkara. Sehinggakan ada yg berpendapat jika seseorang itu sedang membuang air besar, tiba2 najis itu masuk semula ke dalam(mungkin kerana sembelit), maka batallah puasa. Kebykannya diqiaskan hidung hadis berikut kpd rongga yg lain:

“Sempurnakanlah wudhu’, usaplah sela2 jari tanganmu dan sungguh2lah ketika membasuh hidung kecuali engkau berpuasa.”[HR Abu Dawud, At-tirmidzi, Ibn Majah, An-Nasa’I, Ibn Hibban dan Hakim]

Pertama sekali kita cuba lihat definisi puasa terlebih dahulu. Puasa menurut syara’ bermaksud menahan dan mencegah diri secara sedar dari makan, minum, bersetubuh dgn perempuan dan hal2 semisalnya, selama sehari penuh. Yakni dari kemunculan fajar hingga terbenam matahari dgn niat memenuhi perintah dan taqqarub kpd Allah swt. Dalilnya:

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan istri-istri kamu. Mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu sedang kamu ber-i'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.” (QS. 2:187)

“Dia meninggalkan makanannya keranaKu, menginggalkan minumannya krnKu, meninggalkan syahwatnya krn Ku dan meninggalkan isterinya krnKu.”[HR Ibn Khudamah]

Sekrang kita cuba teliti pula hadis mengenai istinsyaq(masukkan air ke dlm hidung) di atas. Hadis di atas tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Namun Bukhari ada meriwayatkan hadis yg lebih kurang sama tetapi tidak terdapat ayat; “kecuali engkau berpuasa.” Bahkan Bukhari berpendapat, tidak dibezakan antara puasa ataupun tidak.

Sebhgn fuqaha berpendapat memasukkan air kedalam hidung sekalipun secara berlebihan, tidaklah membatalkan puasa. Ini merupakan pendpt Hasan al-Bashri, Ahmad, Ishaq dan Abu Tsaur.

Sekalipun kita menerima pendpt istinsyaq itu membatalkan puasa, apakah boleh dia diqiaskan kpd rongga2 yg lain. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fiqhus siyyam mengatakan tidaklah boleh diqiyaskan hidung dgn rongga yg lain. Krn illatnya tidak sama. Masuknya air ke dalam hidung membolehkan seseorang itu kenyang krn berhubungnya antara mulut dan hidung. Adapun telinga ataupun dubur tidak. Kalau kita memasukkan air ke dalam dubur, tidak akan sampai ia ke dalam perut. Lagipun dalam hal ibadah, asalnya kita berpedoman kpd nas, tidak memperluaskan analogi, sedangkan hadis ini datang bertentangan dgn prinsip asal persoalan puasa. Ini juga merupakan pendapat Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kesimpulannya, memasukkan sesuatu ke dalam faraj tidak membatalkan puasa. WA.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby MLT_1211 on Sat May 08, 2004 1:30 am

[quote="nur_wasatiah"]assalamualaikum....

macam mana pulak kalau org yg istihadah tu nak qada'kan solat... mungkin selepas tunaikan solat fardu.... adakah dia perlu perbaharui wudhu' nya.. utk setiap kali dia nak qada'kan solatnya...?

terima kasih...[/quote]

assalamualaikum..

maaf lama menghilang..

baru2 ni ana ade tanya pd seorg ustaz. ustaz itu menerangkan bhw utk qada' solat perlu berwudhu semula walaupun dilakukan selepas solat fardhu tetapi tidak perlu menukar semula pad/ apa2 penghalang yang baru. cukup dgn memperbaharui wudhu.

wassalam.
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby MLT_1211 on Sat May 08, 2004 1:34 am

sebagai tambahan..

ustaz tersebut juga memberitahu bhw diharuskan wanita yg beristihadhah/kencing tak lawas solat di akhir2 waktu bg memudahkan ibadahnya. contoh: solat zohor ketika hampir asar.. selepas masuk waktu asar terus mengambil wudhu utk solat asar tanpa perlu menukar pad..

wallahualam.
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby g@y@t on Sat May 08, 2004 7:29 am

as'kum,

selamat kembali....

apa yg dijawab oleh Ustaz itu ada benar dan sahih. Apa yg dilampirkan oleh sdr adalah satu ringkasan dan rumusan ke atas apa yg telah saya bahaskan di atas. Syukran krn berkongsi maklumat... :D

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby MLT_1211 on Sat May 15, 2004 11:48 am

assalamualaikum..

ana terlupa bertanya pd posting yg lepas.. ana sedikit keliru ttg solat dia akhir waktu yg membolehkan si pesakit terus melakukan solat fardhu yg berikutnya tanpa menukar lapik yg digunakan.

adakah kaedah ini dimaksudkan mengikut masa? (cth: solat zohor pada 4.00 dan asar pd 4.30). confuse, maksudnya lepas solat zohor, baca doa kemudian azan asar, berwudhu, terus solat asar. camne lak if masa nk tunggu asar ade masa utk solat sunat selepas zohor? lepas solat sunat zohor tu, ade lagi 10 ke 20 minit nk ke asar? tak pe ke bila dah azan terus je berwudhu tanpa tukar lapik sebab kiranya asar tu lambat lagi? ini yg sy maksudkan, adakah kaedah ini mengikut masa? sorry lah ye.. hari tu lupa tanya kat ustaz tu...

thanks.

wassalam.
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby g@y@t on Sat May 15, 2004 7:15 pm

as'kum,

nampaknya sdr masih tidak paham konsep atau kaedah sebenar dalam isu istihadhah ini.

Saya rasa tak perlu kita jelaskan secara terperinci bab hukum krn telahpun dijelaskan di atas. Dan saya rasa sdr phm mengenai hukum serta bab wudhu' ini.

Adapun mengakhirkan waktu solat itu, ia bertujuan agar dlm jangka waktu dua solat itu, tidak ada darah yg keluar. Bermakna, jika sdr solat di awal waktu sekalipun, dan sehingga waktu solat seterusnya masih tidak keluar darah, maka tidak perlu diperbaharui wudhu' itu krn illat kpd memperbeharui wudhu' itu adalah berlaku sesuatu yg membatalkan wudhu'.

Ini bermakna, jika sdr mengakhirkan solat, dan antara waktu itu, darah keluar dgn yakin, maka wudhu' wajib diperbaharui berdasarkan pendpt jumhur ulama'.

Apa yg dijelaskan oleh para ulama' iaitu wajib memperbaharui wudhu' setiap kali solat adalah jika darah itu keluar dgn kerap atau berterusan. Maka apabila kita berwuddhu' dan solat, apabila ingin mengerjakan solat seterusnya maka wajib memperbaharui wudhu' itu.

Dgn itu, mengakhirkan waktu tidak bermaksud menentukan batas waktu-waktu tertentu. Tetapi memadailah kiranya dalam jarak waktu itu, diyakini darah tidak keluar lagi. Itu shj. Ini krn hukum wudhu' dan solat ketika isthadhah/keuzuran adalah melibatkan fiqh darurah. Dan fiqh darurah ini digaris dgn kaedah fiqh yg jelas iaitu 'Keadaan darurat dientukan melalui kadarnya.' Dgn erti kata lain, jika darah tidak keluar, maka fiqh darurah tu gugur. Apa yg ditaklifkan kpd org biasa, juga ditaklifkan kpdnya. WA.

wassalam

RUJUKAN

Fiqh at-Taharah
Dr Yusuf al-Qaradhawi
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby MLT_1211 on Mon May 17, 2004 8:09 am

assalamualaikum..

alhamdulillah..terima kasih kpd saudara gayat.. masalah tak faham mgkn ye jugak.. tp kdg2 bila fhm pun ragu2 gak sbb bab ibadat.. risau juga.. anyway thanks again saudara gayat.. insya-Allah pas ni tak ragu2 lagi..wallahu'alam

wassalam.
MLT_1211
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Oct 26, 2003 12:20 am
Location: selangor

Postby nur_wasatiah on Tue Nov 09, 2004 3:59 pm

assalamualaikum...

em.. nak tanya satu soklan..

mengikut hadis nie... sprt yg thl dilampirkan sblmnya...

Dalam riwayat Ahmad dan Abu Dawud;

"Berwudhu'lah setiap kali menunaikan solat sekalipun darah menitis di atas tikar."

ade kemusykilan... mengikut hadis di atas.. perlu berwudhu' setiap kali menunaikan solat...

ertinya.. walaupun utk setiap solat sunat.. perlu ke bg kita utk berwudhu'..?

sbb ade seorang ustazah kt tmp saya.. katanya perlu b'wudhu' utk setiap kali solat...

sekadar bertanya.. harap ade penjelassan... terimakasih...

wallahua'lam
nur_wasatiah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 29
Joined: Sun Nov 30, 2003 6:15 am

Postby g@y@t on Thu Nov 11, 2004 8:39 am

Sebenarnya, jwpnnya telah diberikan sblm ni iaitu:

Setiap wudhu' hanya sah utk sekali solat fardhu dan boleh menunaikan lebih dari satu solat sunat.


Dan ini merupakan pendpt mazhab as-Syafi'i. Adapun berwudhu' setiap solat tanpa mengira wajib ataupun sunat, tidak saya temui sebrg fatwa yg mewajibkannya dalam keempat2 mazhab utama. Hanya mazhab Maliki yg mengatakan sunat berwudhu' setiap kali solat. WA.

Saya menasihatkan kpd semua org termasuk diri saya juga, agar berhati2 dalam menafsirkan al-Qur'an dan al-hadis. Bagi yg tidak cukup ilmu, kita berpegang kpd tafsiran para ulama yg terpecaya. Jgn hanya krn kita temui satu hadis, kita terus amalkan tanpa melihat huraian para ulama'. Krn kita bimbang, kita tersilap tafsir.

wassalam

Lihat

Fiqh Islami wa adillatuhu Juz awwal
Dr Wahbah al-Zuhaili

Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin al-Makki
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby nur_wasatiah on Fri Nov 12, 2004 11:36 pm

assalamuaalaikum...

terima kasih atas penerangan saudara....
nur_wasatiah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 29
Joined: Sun Nov 30, 2003 6:15 am


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest