Masalah Air RO (Reverse Osmosis)

Untuk apa-apa berita, pengumuman, pertanyaan dan iklan*. Juga untuk maklumbalas berkaitan komuniti BicaraMuslim.com ini. (* mana-mana iklan yang tidak sesuai dengan BMC akan diedit atau dibuang)

Masalah Air RO (Reverse Osmosis)

Postby alexanderwathern on Fri Jul 30, 2004 12:17 am

SELAMAT TINGGAL AIR RO (REVERSE OSMOSIS).
SELAMAT DATANG AIR MINERAL HIDUP.

Soalan : Apakah air RO?
Jawapan : Air RO (Reverse Osmosis) adalah air yang paling kosong (air mati)- tiada sebarang mineral atau zat.

Soalan : Apakah air mineral?
Jawapan : Air mineral yang dimaksudkan di sini adalah air yang telah ditapis segala kekotorannya tapi ada mineral, elektrolit mineral, zat-zat dan oksigen- yang lebih dikenali sebagai air mineral hidup atau air hidup semulajadi. Kebersihannya setara dengan air RO, Cuma yang membezakannya ialah air RO tiada sebarang zat atau mineral.

Soalan : Air yang terbaik di dunia iaitu AIR ZAM ZAM? air mineral ke air RO?
Jawapan : Air mineral

Soalan : Air yang disebutkan dalam Al Quran? air mineral ke air RO?
Jawapan : Air mineral

Maksud firman Allah Taala:

?Padahal antara BATU-BATU itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya, dan ada pula antaranya (BATU-BATU itu) yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.?
(Al Baqarah: 74)

?Dan ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukullah BATU itu dengan tongkatmu, lalu terpancutlah daripada BATU itu 12 mata air.?
(Al Baqarah: 60)

Peranan batu-batu di sini menunjukkan yang air tersebut mengandungi mineral, galian-galian lain dan zat. Jika ada air yang lebih baik, tentu Allah menurunkan-Nya daripada langit.

Soalan : Ada 5 buah tempat di seluruh dunia di mana para penduduknya berusia lebih 100 tahun, hidup sihat, mampu melahirkan anak pada usia 60-70 tahun dan tiada karat gigi iaitu di kawasn tinggi China, Jepun, Rusia, Italy dan Afghanistan. Dipercayai mereka hidup sihat kerana bekalan air yang mereka minum di kawasan tersebut. Air apakah yang mereka minum, air mineral atau RO?
Jawapan : Air mineral

Soalan : Allah Taala telah menurunkan manusia pertama di muka bumi ini iaitu Nabi Adam dan isterinya. Ketika itu Allah Taala telahpun menyediakan sumber AIR YANG PALINGS ESUAI DENGAN FITRAH KEJADIAN TUBUH BADAN MANUSIA untuk kegunaan manusia. Apakah air yang telah disediakan oleh Allah Taala yang paling sesuai dengan fitrah manusia itu, air mineral atau air RO?
Jawapan : Air mineral.

Soalan : Siapakah yang lebih tahu air apakah yang paling sesuai dengan manusia, Allah atau jurujual air RO?
Jawapan : Allah yang lebih tahu, sebab itu Dia menyediakan air mineral bersama kedatangan manusia pertama ke muka bumi.

Soalan : Air apakah yang sering diambil orang ramai di pinggir-pinggir bukit kerana terbukti mampu merawat beberapa jenis penyakit, air mineral atau air RO?
Jawapan : Air mineral.

Soalan : Dua orang lelaki yang sama-sama sihat diberi minum masing-masing segelas air. Lelaki A minum segelas air mineral sementara lelaki B minum segelas air RO (air paling kosng dan tiada sebarang zat atau mineral). Kemudian mereka dibiarkan sesat di tengah-tengah gurun pasir. Secara lumrahnya, siapakah yang akn mati dahulu?
Jawapan : Mengikut adatnya, lelaki B akan mati dahulu kerana dia hanya ada air, tak ada sebarang zat makanan sementara lelaki A ada air dan juga mineral serta zat.

Soalan : Datuk neneak kita dulu ada yang hidup ratusan dan ribuan tahun. Air apakah yang mereka minum, air mineral atau air RO?
Jawapan : Air mineral.

Soalan : Jadi, apakah kegunaan air RO?
Jawapan : Ia sebenarnya sesuai UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG SAHAJA, tapi tidak seusai untuk mereka yang sihat dan juga mereka yang tidak sakit buah pinggang.

Soalan ; Apakah keburukan air RO yang tidak diketahui ramai?
Jawapan : Banyak. Antaranya:

TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.

TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)
Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!

MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN
Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.

TIDAK ADA MINERAL
Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral- mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.

TIDAK JUJUR KETIKA MENJUAL
Biasanya jurujual air RO akan melakukan penipuan semasa membuat demo tentang air RO (sama ada mereka sedari atau tidak). Mereka akan minta contoh air paip, air telaga, air tapisan dan juga air mineral hidup seperti air Beyond Water.
Kemudian mereka akan melakukan demo melalui 2 cara.

Cara pertama:
Mereka akan masukkan rod / keping logam yang membuatkan air dalam gelas bergerak. Kemudian segala kekotoran dalam air itu akan nampaka sebagai berwarna kuning kehitaman. Mereka dakwa itulah kotoran.
Sebenarnya jika yang mereka uji itu adalah air mineral hidup seperti air Beyond water, mereka telah menipu. Yang jelas kuning kehitaman itu bukannya kotoran, tetapi adalah mineral dan zat-zatnya.
Untuk menampakkan pembohongan mereka, masukkan sedikit garam (pasinya bukan kotoran, tetapi sejenis mineral) ataupun susu tepung (juga bukan kotoran) ke dalam air RO mereka lalu diuji smeula, Ternyata air RO itu juga akan kelihatan kuning kehitaman.
Adakah itu menunjukkan kotoran?
BUKAN!
Itu adalah garam ataupun susu tepung yang bersih tadi.
Jadi, ujian atau demo mereka itu hanyalah satu pembohongan. Jika mereka jujur pasti mereka akan kata yang warna hitam kekuningan pada air mineral itu adalah mineral dan zat, bukannya kotoran.
Perlu diingat, wang hasil jualan dan penipuan ini akan menjadi makanan kepada anak isteri dan keluarga.

Fiman Alllah:

?Dan seiapa yang melakukan sesuatau kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat DUSTA, dan melakukan DOSA yang amat NYATA.?
(An Nisaa?: 112)

Cara kedua:
Mereka akan menggunakan sejenis alat yang boleh mengeluarkan bacaan ke dalam air. Bila direndam dalam air RO, bacannya kosong. Kononnya ini menunjukkan air RO suci bersih. Bila direndam dalam air mineral hidup, ada bacaan. Kononnya ini menunjukkan air mineral itu ada kotoran.
Sekali lagi mereka menipu, kerana bacaan itu bukan menunjukkan kotoran , tetapi mineral dan zat yang ada dalam air.
Untuk membuktikannya, masukkan juga garam atau susu tepung ke dalam air RO dan uji semula. Ternyata air RO juga akan ada bacaan.

Maksud firman Allah SWT:

?Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya.?
(Al Baqarah: 9)

?Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk, maka TIADALAH BERUNTUNG PERNIAGAAN MEREKA dan tidak pula mereka memperolehi petunjuk hidayah.?
(Al Baqarah: 16)

Soalan : Mengapa mereka menipu dalam memberi penerangan dan menjual?
Jawapan : Ada dua kumpulan:
1. Kumpulan pertama- kerana mereka memperjuangkan wang dan perut sendiri, bukannya memperjuangkan kebaikan umat Islam. Sebahagian besar daripada mereka tahu hal yang sebenarnya , tetapi sengaja disorokkan agar mereka dapat terus menjual dan dapat duit.
2. Kumpulan kedua- kerana benar-benar tidak tahu, sebab fikiran mereka telah direkrut oleh tuan punya syarikat menjual air RO.

BUKAN AIR YANG SELARAS DENGAN FITRAH KEJADIAN TUBUH BADAN MANUSIA
Tuhan lebih tahu air jenis apakah yang paling sesuai dengan fitrah kejadian tubuh badan manusia. Sebab itu suatu ketika dahulu semua air tawar di dunia ini adalah air mineral hidup, bukannya air kosong tanpa mineral. Itulah air yang digunakan oleh manusia terawal termasuklah Nabi Adam as, bukannya air R.O. Kalau air yang bersih tetapi kosong/ mati (iaitu air R.O) itu yang paling baik untuk manusia, sudah pasti Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini suatu ketika dahulu tiada mineral dan kosong/ mati seperti air RO

Maksud firman Tuhan:

?Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.?
(Al A?raaf: 56)

Maksudnya: Allah telah menyediakan segala kebaikan pada bahan/ unsur asal segala ciptaan-Nya di muka bumi ini termasuklah air mineral, Dia lebih tahu dari mula air apakah yang paling sesuai untuk makhluk ciptaan-Nya. Mengapa kita berani mengatakna ada yang lebih baik?

MANUSIA YANG BERUSIA LEBIH 100 TAHUN DAN HIDUP SIHAT TIDAK MINUM AIR R.O
Hanya ada 5 tempat saja lagi di seluruh dunia yang masih ada takunagn air mineral hidup. Penduduk di sini kebanyakannya berusia lebih 100 tahun, tiada sebarang penyakit, tiada karat gigi, boleh melahirkan anak pada usia yang lewat dan memiliki pelbagai kelebihan lagi yang tidak ada pada kita yang minum air biasa. Cuba fikir? mereka minum air RO atau air mineral hidup?

Soalan : OK, sekarang sudah jelas air mineral lebih baik daripada air RO. Bagaimana cara untuk memilih mesin penapis air mineral yang baik?
Jawapan :

1. Pastikan kebuk-kebuk atau balang-balangnya jenis lutsinar/ jernih agar boleh dilihat semua susunan isi kandungannya sama ada padat atau longgar, kecil-kecil atau besar-besar, betul atau tidak dan sebagainya. Jangan beli yang kita tidak boleh nampak isi dalamannya. Ini kerana banyak syarikat yang menipu dalam susunan bahan.

2. Pilih yang ada liability insuran/ jaminan sahih dan jelas. Biasanya berjumlah RM 2 juta atau RM 1.5 juta dan sebagainya. Jaminan ini menunjukkan yang mesin tersebut memang baik dan tak akan mendatangkan kesan negatif/ buruk kepada peminum airnya hingga sanggup diinsurankan sebegitu banyak. Jangan beli yang tidak ada product liability insurance- bahaya. Kalau anda dapat penyakit kerana minum air mereka, maka anda tak boleh tuntut apa-apa.

3. Pastikan airnya mengalir dari bawah ke atas kerana air yang mengalir sebaliknya tidak akan menyentuh semua bahan yang ada dalam setiap balang/ kebuk penapis itu.

4. Pastikan bentuknya cantik- sesuai diletakkan di mana-mana. Kalau boleh biar dalam satu binaan- tidak berasing-asing. Ada mesin yang satu kebuk/balangnya terletak di luar. Ini menjadikan mesin itu tidak cantik dipandang.

5. Cara penggunaannya mudah. Pemasangannya mudah. Tak pakai kuasa elektrik atau bateri.

6. Jangka hayat balang/ kebuknya tahan lama. Ada yang terpaksa ditukar setiap tahun atau dua tahun sekali. Ini akan merugikan kita. Pilih yang boleh tahan lebih 4 tahun.

Soalan : Mineral daripada air bukan penting sangat, lagipun susah badan nak serap.
Jawapan : Kalau begitu mengapa Allah sediakan air mineral kepada umat manusia sejak dahulu kala bukannya air tanpa mineral? Antara jurujual air RO dengan Tuhan, siapa yang lebih tahu air mana yang terbaik untuk manusia?
Susah nak serap pun, tetap ada sedikit yang diserapnya. Lagi pula, yang lebih penting adalah elektrolit daripada mineral itu. Air yang tidak ada elektrolit mineral akan menyerap free radical/ radikal bebas daripada makanan dan menggunakannya ke seluruh pelusuk tubuh. Bahaya kan?

Soalan : Bagaimanakah etika peniaga beriman yang sebenarnya?
Jawapan : Utamakan khidmat untuk kepentingan umat Islam terlebih dahulu, yang kedua baru fikir nak dapat duit. Jangan utamakan duit dulu, kepentingan umat Islam jatuh no. 2. Ini yang tak baiknya.

Soalan : Apakah sikap yang sepatutnya ada pada syarikat dan jurujual air RO?
Jawapan : Ada beberapa yang penting:
1. Jangan menipu ketika membuat demo. Ceritakan apa sebenarnya yang terdapat dalam air yang mereka uji.
2. Utamakan kepentingan umat Islam daripada kepentingan poket sendiri
3. Jangan sesekali mendakwa air RO sebagai air terbaik di dunia, dan mengatakan semua air mineral tak dapat menandingi air RO dari segi kebaikannya (kalau dia kata sebahagian, masih boleh diterima).
4. Beritahu yang sebenarnya bahawa air RO lebih diperlukan oleh mereka yang bermasalah buah pinggang daripada yang sihat.

Soalan : Mengapa tak boleh menipu (tidak menerangkan perkara yang sebenarnya) ketika buat demo atau promosi?
Jawapan : Banyak, masing-masing sedia maklum. Tapi salah satu yang mesti kita ingat ialah- wang hasil penipuan kita itu akan kita makan dan beri keluarga, anak-anak dan rakan-rakan kita makan.

Soalan : Bagaimana kalau mereka yang terlibat dengan perniagaan air RO masih meneruskan usaha mereka seperti dahulu walaupun sudah tahu hal yang sebenarnya?
Jawapan : Mereka yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat pasti tahu sendiri. Bagi mereka yang tidak mengimaninya, tentulah tak rasa apa-apa.
alexanderwathern
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 202
Joined: Tue May 18, 2004 4:45 pm
Location: DI LANGIT

Return to Bicara Berita, Pengumuman, Iklan & Maklumbalas

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron