Cukur rambut bayi

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

Cukur rambut bayi

Postby azfnd on Mon Jan 31, 2005 4:15 pm

Assalamua'laikum...

Saya ingin bertanya kepada ahli panel tentang hukum dan cara pelaksaan mencukur rambut bayi yg baru dilahirkan.
Kalu bole bagi step by step cara yg patut dilakukan oleh seorang ayah / ibu dlm menyambut kelahiran cahaya mata dari perspektif islam.

Adakah perlu kita mengazan & iqamah bayi atau azan utk boy dan iqamah utk girl?
Bg bayi minum air zamzam + rasa kurma?
Perlu ke tanam uri bayi bersama dgn benda² lain?
Majlis cukur rambut yg dianjurkan oleh Islam cemana?

Saya ada baca dari buku, tapi rasa tak lengkap plak. Minta pendapat panel kat sini pulak... Bertambah sket ilmu.. :)

Terima kasih....
azfnd
Ahli
Ahli
 
Posts: 7
Joined: Tue Sep 14, 2004 9:05 am
Location: Petaling Jaya

Postby z@yed on Mon Jan 31, 2005 5:24 pm

cukur rambut:

dlm islam takde cukur jambul. ttp mencukur kesemuanya. ini disebut dlm hadith at-tirmidzi dari Ali bin Abi talib bahawa rasulullah s.A.W menyuruh fatimah mencukur rambut hassan dan ditimbang rambut itu (berat rambut itu diconvert kpd nilai perak) kmdn disedakahkan (hadith bertaraf hassan). sunnat dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran.

umur khitan:

tidak ada satu dalil khusus yg membicarakan umur yg mustahab (digalakan) utk berkhitan.

Adapun dalil dari imam al-baihaqi riwayat dari jabir bahawa rasulullah S.A.W mengkhitan cucunya husain dan hassan ketika mereka berumur 7 hari, ini adalah riwayat dhaif.

Oleh kerana itu, berbeza2 pendapat di kalangan fuqaha. imam annawawi misalnya dlm himpunan fatwanya, meletakkan lelaki atau perempuan mesti dikhitan selepas mencapai umur baligh. Manakala ibnul qayyim al-jawziyyah cenderung kpd umur sblm baligh. alasannya kpd hadith nabi S.A.W yg menyuruh ibubapa kanak2 memukul/sebat kanak2 yg tidak mahu solat ketika umur 10 tahun, jadi apakah alasan utk tidak berkhitan pada umur sblm baligh?

nabi ibrahim yg mengkhitan dirinya sendiri pada umur 80 tahun spt yg diriwayat dlm sahih bukhari dan muslim dari abu hurairah.

Ibn qudamah dlm al-mughni mengatakan lelaki wajib dikhitan dan sunat wanita dikhitan. qaradhawi dlm fatwa muasirat menyebut khitan bagi lelaki adalah syiar. jika sampai berita kepada amirul mukminin bahawa ada orang lelaki yg tidak khitan, wajib diperangi sehingga mereka berbuat demikian kerana utk berbeza dgn kaum yg lain.
z@yed
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 641
Joined: Tue Oct 21, 2003 11:28 am

Postby ninaegy on Mon Jan 31, 2005 6:03 pm

assalamualaikum,

sedikit info amalan2 sunat ketika menyambut kelahiran bayi.

1. disunatkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi yang dilahirkan. ini bertujuan memperdengarkan kalimah tauhid kepada bayi sebagai suara pertama yang masuk ketelinganya. amalan ini diharap memberi kesan mendalam ke dalam jiwanya sebelum bayi tadi mendengar suara2 lain.

sabda rasulullah maksudnya :
sesiapa yng memperoleh anak lalu di azankan pada telinga kanannya dan iqamat di telinga kiriny dia tidak akan dimudharatkan oleh syaitan. (riwayat baihaqi)

2.di sunatkan juga melakukan "tahnik ' iaitu membelah mulut bayi pada hari aqiqah dengan buah tamar atau yang seumpanya. tahnik afdhal dilakukan oleh orang yang soleh.
caranya : ambil sedikit kurma atau kismis (yang manis) dikunyahkan hingga hancur, kemudian menggunakan jari masukan kurma tadi kedalam mulut bayi dan lekatkan di lelangitnya, boleh juga menggunakan madu atau seumpamanya.

3. disunatkan juga memberi nama kepada bayi dengan nama yang baik seperti yang ada pada asma ul husna , atau nama rasul, nabi, isteri2 dan anak perempuan baginda a.s.

makruh menamakan anak2 dengan nama yang tidak baik atau yang tidak ada makna. rasulullah pernah menukr nma yang tidak baik kepada yang lebih baik. seperti asiah kepada jamilah. (nama anak perempuan saidina umar)

4. selain itu sunat juga dilakukan akikah, mencukur rambut seperti yang diterangkan.
pada hari ketujuh, jika tidak dapat, pada hari ke 14, atau 21 atau seterusnya.

wallahu a/lam.
ninaegy
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 152
Joined: Sat Jul 05, 2003 9:37 pm
Location: kl

Postby KulopAtoi on Tue Feb 01, 2005 1:39 am

kesinambungan perbincangan :)

1: Sunat melakukan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri ketika anak baru lahir. Dr Wahbah A Zuhaili berpandangan memadai diazankan saja kerana hadith yang menyebut iqamah dipandang lemah.

Sabda Rasulullah saw

Aku pernah melihat Nabi saw mengazankan salat ditelinga Hassan Bin Ali di waktu Fatimah melahirkannya. Riwayat Ahmad, Abu daud dan At Tarmizi

Sabda Rasulullah saw berdasarkan hadith Marfu'

Sesiapa yang mendapat cahaya mata lalu dia azan ditelinga kanan dan iqamat ditelinga kiri pasti terhindar dari bencana jin


2: Sunat di tahnik dengan buah tamar ketika baru lahir.

Hadis Abu Musa r.a katanya:

Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. Lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma
Sahih Muslim

3: Sunnat Mengucapkan tahniah kepada bapa anak tersebut

4: Sunnat melakukan aqiqah pada hari ketujuh.empat belas atau dua puloh satu.

Sabda Rasulullah

Tiap tiap bayi itu tergadai dengan akikahnya, yang harus dipotongkan kambing pada hari yang ketujuh dan digunting rambut nya dan diberikan nama. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih

5: Sunnat mencukur rambutnya pada hari yang ketujuh dan bersedekah sebanyak timbangan rambutnya.

Sabda Rasulullah saw

Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang orang miskin seberta timbangan rambutnya. Riwayat ahmad dan Tarmizi.


Nota: Mencukur sebahagian rambut sahaja adalah di larang

Hadis Ibnu Umar r.a:

Rasulullah s.a.w melarang mencukur sebahagian rambut di kepala


6: Memberikan nama yang baik kepada anak pada hari yang ketujuh.

Sabda Rasulullah

Tiap tiap bayi itu tergadai dengan akikahnya, yang harus dipotongkan kambing pada hari yang ketujuh dan digunting rambut nya dan diberikan nama. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih

Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa bapa kamu.Oleh itu hendaklah engkau mengelokkan nama kamu. Riwayat Abu Daud


wassalam
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby janvier le blanc on Tue Feb 01, 2005 1:01 pm

z@yed wrote:
imam annawawi misalnya dlm himpunan fatwanya, meletakkan lelaki atau perempuan mesti dikhitan selepas mencapai umur baligh. Manakala ibnul qayyim al-jawziyyah cenderung kpd umur sblm baligh. alasannya kpd hadith nabi S.A.W yg menyuruh ibubapa kanak2 memukul/sebat kanak2 yg tidak mahu solat ketika umur 10 tahun, jadi apakah alasan utk tidak berkhitan pada umur sblm baligh?



kesinambungan.. tetapi berbentuk ke"soalan"an sket..

mcm mana kalau bersunat selepas baligh? maksud ana, solat2 yg dikerjakan sblm bersunat itu, ... perlukah diqadha'?

cth : seseorang yg mencapai umur baligh awal, tapi masih belum bersunat (berkhitan).

bgmana taraf solat?

WA
janvier le blanc
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Tue Nov 09, 2004 11:23 am
Location: Malaysia

Postby z@yed on Wed Feb 02, 2005 3:31 pm

Ada Empat hadith yang diriwayatkan dalam masalah azan pada telinga bayi ini.

Pertama:
Dari Abi Rafi maula Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam ia berkata : "Aku melihat Rasulullah mengumandangkan azan di telinga Al-Hasan bin Ali dengan azan solat ketika Fathimah Radhiyallahu 'anha melahirkannya".

Dikeluarkan oleh Abu Daud (5105), At-Tirmidzi (4/1514), Al-Baihaqi dalam Al-Kubra (9/300) dan Asy-Syu'ab (6/389-390), Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (931-2578) dan Ad-Du'a karya beliau (2/944), Ahmad (6/9-391-392), Abdurrazzaq (7986), Ath-Thayalisi (970), Al-Hakim (3/179), Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (11/273). Berkata Al-Hakim : "Sahih isnadnya dan Al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya". Ad-Zahabi mengkritik penilaian Al-Hakim dan berkata : "Aku katakan : Ashim Dha'if". Berkata At-Tirmidzi : "Hadith ini hasan sahih".

Semuanya dari jalan Sufyan At-Tsauri dari Ashim bin Ubaidillah dari Ubaidillah bin Abi Rafi dari bapanya.

Kedua:
Dan dikeluarkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Kabir (926, 2579) dan Al-Haitsami meriwayatkannya dalam Majma' Zawaid (4/60) dari jalan Hammad bin Syua'ib dari Ashim bin Ubaidillah dari Ali bin Al-Husain dari Abi Rafi dengan tambahan.

"Beliau azan pada telinga Al-Hasan dan Al-Husain".

Rawi berkata pada akhirnya : "Dan Nabi memerintahkan mereka berbuat demikian".

Dalam isnad ini ada Hammad bin Syuaib, ia dilemahkan oleh Ibnu Main. Berkata Al-Bukhari tentangnya : "Mungkarul hadith". Dan pada tempat lain Bukhari berkata : Mereka meninggalkan hadithnya".

Berkata Al-Haitsami dalam Al-Majma (4/60) : "Dalam sanadnya ada Hammad bin Syua'ib dan ia lemah sekali".

Kami katakan di dalam sanadnya juga ada Ashim bin Ubaidillah ia lemah, dan Hammad sendiri telah menyelisihi Sufyan At-Tsauri secara sanad dan matan, di mana ia meriwayatkan dari Ashim dan Ali bin Al-Husain dari Abi Rafi dengan mengganti Ubaidillah bin Abi Rafi dengan Ali bin Al-Husain dan ia menambahkan lafadz : "Al-Husain" dan perintah azan. Hammad ini termasuk orang yang tidak diterima hadithnya jika ia bersendiri dalam meriwayatkan. Dengan begitu diketahui kelemahan hadithnya, bagaimana tidak sedangkan ia telah menyelisihi orang yang lebih tsiqah darinya dan lebih kuat dhabitnya iaitu Ats-Tsauri. Kerana itulah hadith Hammad ini mungkar, pertama dinisbatkan kelemahannya dan kedua kerana ia menyelisihi rawi yang tsiqah.

Adapun jalan yang pertama yakni jalan Sufyan maka di dalam sanadnya ada Ashim bin Ubaidillah. Berkata Ibnu Hajar dalam At-Taqrib : "Ia Dhaif", dan Ibnu Hajar menyebutkan dalam At-Tahdzib (5/42) bahawa Syu'bah berkata : "Seandainya dikatakan kepada Ashim : Siapa yang membangun masjid Bashrah nescaya ia berkata : 'Fulan dari Fulan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa sanya beliau membagunnya".

Berkata Adz-Zahabi dalam Al-Mizan (2/354) : "Telah berkata Abu Zur'ah dan Abu Hatim : 'Mungkarul Hadith'. Berkata Ad-Daruquthni : 'Ia ditinggalkan dan diabaikan'. Kemudian Daruquthni membawakan untuknya hadith Abi Rafi bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam azan pada telinga Al-Hasan dan Al-Husain" (selesai nukilan dari Al-Mizan).

Maka dengan demikian hadith ini dha'if kerana perselisihannya pada Ashim dan anda telah mengetahui keadaannya.

Ibnul Qayyim telah menyebutkan hadith Abu Rafi' dalam kitabnya Tuhfatul Wadud (17), kemudian beliau membawakan dua hadith lagi sebagai syahid bagi hadith Abu Rafi'. Salah satunya dari Ibnu Abbas dan yang lain dari Al-Husain bin Ali. Beliau membuat satu bab khusus dengan judul "Sunnahnya azan pada telinga bayi". Namun kita lihat keadaan dua hadith yang menjadi syahid tersebut.

ketiga:
Hadith Ibnu Abbas dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman (6/8620) dan Muhammad bin Yunus dari Al-Hasan bin Amr bin Saif As-Sadusi ia berkata : Tlah menceritakan pada kami Al-Qasim bin Muthib dari Manshur bin Shafih dari Abu Ma'bad dari Ibnu Abbas.
"Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam azan pada telinga Al-Hasan bin Ali pada hari dilahirkannya. Beliau azan pada telinga kanannya dan iqamah pada telinga kiri".

Kemudian Al-Baihaqi mengatakan pada isnadnya ada kelemahan.

Kami katakan : Bahkan hadithnya maudhu' (palsu) dan cacat (illat)nya adalah Al-Hasan bin Amr ini. berkata tentangnya Al-Hafiz dalam At-Taqrib : "Matruk".

Berkata Abu Hatim dalam Al-Jarh wa Ta'dil 91/2/26) tarjumah no. 109 :'Aku mendengar ayahku berkata : Kami melihat ia di Bashrah dan kami tidak menulis hadith darinya, ia ditinggalkan hadithnya (matrukul hadith)".

Berkata Ad-Zahabi dalam Al-Mizan : "Ibnul Madini mendustakannya dan berkata Bukhari ia pendusta (kadzdzab) dan berkata Ar-Razi ia matruk.

Sebagaimana telah dimaklumi dari kaedah-kaedah Musthalatul Hadith bahawa hadith yang dhaif tidak akan naik ke darjat sahih atau hasan kecuali jika hadith tersebut datang dari jalan lain dengan syarat tidak ada pada jalan yang lain itu (jalan yang akan dijadikan pendukung bagi hadith yang lemah) rawi yang sangat lemah lebih-lebih rawi yang pendusta atau matruk. Bila pada jalan lain keadaannya demikian (ada rawi yang sangat lemah atau pendusta atau matruk, -pent) maka hadith yang mau dikuatkan itu tetap lemah dan tidak dapat naik ke darjat yang boleh dipakai untuk berdalil dengannya. Pembahasan hadithiyah menunjukkan bahawa hadith Ibnu Abbas tidak pantas menjadi syahid bagi hadith Abu Rafi maka hadith Abu Rafi tetap Dhaif, sedangkan hadith Ibnu Abbas maudhu’.

Keempat:
Adapun hadith Al-Husain bin Ali adalah dari riwayat Yahya bin Al-Ala dari Marwan bin Salim dari Thalhah bin Ubaidillah dari Al-Husain bin Ali ia berkata: bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Siapa yang kelahiran anak lalu ia mengazankannya pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri maka Ummu Shibyan (jin yang suka mengganggu anak kecil) tidak akan membahayakannya".

Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman (6/390) dan Ibnu Sunni dalam Amalul Yaum wal Lailah (hadith 623) dan Al-Haitsami membawakannya dalam Majma' Zawaid (4/59) dan ia berkata : Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan dalam sanadnya ada Marwan bin Salim Al-Ghifari, ia matruk".

Kami katakan hadith ini diriwayatkan Abu Ya'la dengan nombor (6780).

Berkata Muhaqqiqnya : "Isnadnya rosak dan Yahya bin Al-Ala tertuduh memalsukan hadith". Kemudian ia berkata: 'Sebagaimana hadith Ibnu Abbas menjadi syahid bagi hadith Abi Rafi, Ibnul Qayyim menyebutkan dalam Tuhfatul Wadud (hal.16) dan dikelurkan oleh Al-Baihaqi dalam Asy-Syu'ab dan dengannya menjadi kuatlah hadith Abi Rafi. Boleh jadi dengan alasan ini At-Tirmidzi berkata : 'Hadith hasan sahih', yakni sahih lighairihi. Wallahu a'lam (12/151-152).

Kami katakan : tidaklah perkara itu sebagaimana yang ia katakan kerana hadith Ibnu Abbas pada sanadnya ada rawi yang pendusta dan tidak pantas menjadi syahid terhadap hadith Abu Rafi sebagaimana telah lewat penjelasannya, Wallahu a'lam.

Sedangkan haidts Al-Husain bin Ali ini adalah palsu, pada sanadnya ada Yahya bin Al-Ala dan Marwan bin Salim keduanya suka memalsukan hadith sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Ad-Dlaifah (321) dan Albani membawakan hadith Ibnu Abbas dalam Ad-Dlaifah nombor (6121). Inilah yang ditunjukkan oleh pembahasan ilmiah yang benar. Dengan demikian hadith Abu Rafi tetap lemah kerana hadith ini sebagaimana kata Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam At-Talkhish (4/149): "Perputaran hadith ini pada Ashim bin Ubaidillah dan ia Dhaif.

Syaikh Al-Albani telah membawakan hadith Abu Rafi dalam Sahih Sunan Tirmidzi no. (1224) dan Sahih Sunan Abi Daud no (4258), beliau berkata: "Hadith hasan". Dan dalam Al-Irwa (4/401) beliau menyatakan: Hadith ini Hasan Isya Allah".

Dalam Ad-Dha’ifah (1/493) Syaikh Al-Albani berkata dalam keadaan melemahkan hadith Abu Rafi' ini : "At-Tirmidzi telah meriwayatkan dengan sanad yang lemah dari Abu Rafi, ia berkata :

"Aku melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam azan dengan azan solat pada telinga Al-Husain bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya Fathimah".

Berkata At-Timidzi : "Hadith sahih (dan diamalkan)".

Kemudian berkata Syaikh Al-Albani : "Mungkin penguatan hadith Abu Rafi dengan adanya hadith Ibnu Abbas". (Kemudian beliau menyebutkannya) Dikelurkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman.

Aku (yakni Al-Albani) katakan : "Mudah-mudahan isnad hadith Ibnu Abbas ini lebih baik daipada isnad hadith Al-Hasan (yang benar hadith Al-Husain yakni hadith yang ketiga pada kami, -penulis) dari sisi hadith ini pantas sebagai syahid terhadap hadith Abu Rafi, wallahu 'alam. Maka jika demikian hadith ini sebagai syahid untuk masalah azan (pada telinga bayi) kerana masalah ini yang disebutkan dalam hadith Abu Rafi', adapaun iqamah maka hal ini gharib, .

Kemudian Syaikh Al-Albani berkata dalam Al-Irwa (4/401) : 'Aku katakan hadith ini (hadith Abu Rafi) juga telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas dengan sanad yang lemah. Aku menyebutkannya seperti syahid terhadap hadith ini ketika berbicara tentang hadith yang akan datang setelahnya dalam Silsilah Al-Hadith Adl-Dhaifah no (321) dan aku berharap di sana ia dapat menjadi syahid untuk hadith ini, .

Syaikh Al-Albani kemudian dalam Adh-Dha’ifah (cetakan Maktabah Al-Ma'arif) (1/494) no. 321 menyatakan : "Aku katakan sekarang bahawa hadith Ibnu Abbas tidak pantas sebagai syahid kerana pada sanadnya ada rawi yang pendusta dan matruk. Maka Aku heran dengan Al-Baihaqi kemudian Ibnul Qayyim kenapa keduanya merasa cukup atas pendlaifannya. Hingga hampir-hampir aku memastikan pantasnya (hadith Ibnu Abbas) sebagai syahid. Aku memandang termasuk kewajiban untuk memperingatkan hal tersebut dan takhrijnya akan disebutkan kemudian (61121)" (selesai ucapan Syaikh).

Maka dengan demikian wajib untuk memperingatkan para penuntut ilmu dan orang-orang yang mengamalkan sunnah yang sahihah yang tsabit dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pada setiap tempat bahawa yang pegangan bagi hadith Abu Rafi' yang lemah adalah sebagaimana pada akhirnya penelitian Syaikh Al-Albani dalam Ad-Dha’ifah berhenti padanya. Dan inilah yang ada di hadapan anda. Dan hadith ini tidaklah sahih seperti yang sebelumnya beliau sebutkan dalam Sahih Sunan Tirmidzi dan Sahih Sunan Abu Daud serta Irwa’ul Ghalil, .

Kemudian kami dapatkan syahid lain dalam Manaqib Imam Ali oleh Ali bin Muhammad Al-Jalabi yang masyhur dengan Ibnul Maghazil, tapi ia juga tidak pantas sebagai syahid kerana dalam sanadnya ada rawi yang pendusta.

http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?p=34612#34612
z@yed
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 641
Joined: Tue Oct 21, 2003 11:28 am

Postby Tyha on Sat Feb 05, 2005 11:59 am

Bagus juga buka topik ni....Tyha keliru sikit tentangnya.Ada yang kata aqiqah wajib dibuat

keatas setiap anak sebelum akil baligh ada juga kata buat aqiqah ni sunat,mana satu yng

betul? Kalau ia wajib bagaimana pulak hukumnya dengan ibu bapa yang tak mampu


aqiqahkan anak2 mereka?Boleh ke anak2 yng tak mampu diaqiqahkan oleh ibu-bapa

masa kecil buat aqiqah untuk diri kita sendiri,bila kita dewasa dan ada wang sendiri?

Hem....hope ada yang dapat beri penjelasan.... :kenyit:
User avatar
Tyha
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2948
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: U.I.A

Postby KulopAtoi on Mon Feb 07, 2005 3:52 am

Assalamualaikum :)

Berhubung dengan apa yang di musykilkan... Dr Wahbah Zuhaili dalam Fiqh Dan Perundangan Islam menyatakan sedemikian :)

Apakah Ianya Wajib atau Sunnat

Seseorang bapa disunatkan supaya melakukan aqiqah untuk anaknya dengan menggunakan hartanya. la tidak wajib, kerana Nabi s.a.w. seperti yang diriwayatkan dalam Hadith Ibn Abbas telah melakukan aqiqah untuk cucunya Hasan dan Husin a.s. seekor kibasy bagi setiap orang.

Baginda telah bersabda:

Bersama setiap anak itu satu aqiqah. Oleh itu hendaklah kamu alirkan darah baginya dan elakkan daripadanya segala keburukan.

Sabda Baginda lagi:

Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, ia hendaklah disembelih pada hari ketujuhnya dan pada hari itulah ia diberikan nama dan dicukur kepalanya.

Para Ulamak Syafi'i mengatakan aqiqah ini sunat bagi mereka yang wajib memberikan nafkahnya.

Ulamak Hanafi berpendapat aqiqah adalah harus dan tidak sunat, kerana korban yang disyara'kan telah menasakhkan semua bentuk sembelihan yang pernah dilakukan sebelumnya.

Jangka Masa Melakukan Akikah Dan Siapa Yang Melakukannya

Ulamak Hanbali dan Maliki menambah; aqiqah tidak patut dilakukan oleh selain daripada bapa. Begitu juga tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri setelah dia dewasa, kerana ia disyara'kan ke atas bapa, oleh itu ia tidak harus dilakukan oleh mereka yang lain.

Sebahagian Ulamak Hanbali memilih pendapat yang mengatakan, seseorang itu disunat melakukan sendiri aqiqah untuk dirinya dan aqiqah tidak hanya terkhusus untuk anak kecil sahaja, oleh itu bapa boleh melakukan aqiqah untuk seseorang anaknya walaupun selepas dia baligh, kerana tidak ada masa akhir ditentukan untuk melakukannya.

Para Ulamak Syafi'i mengatakan aqiqah ini sunat bagi mereka yang wajib memberikan nafkahnya.

Untuk keterangan yang lebih detail sikit sila klik AQIQAH DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN ANAK YANG BARU LAHIR

wassalam :) :) :)
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby Tyha on Mon Feb 07, 2005 12:18 pm

:) Terima kasih Pak Ngah.....dah terjawap pon kekeliruan ni.
User avatar
Tyha
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2948
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: U.I.A

Postby limau nipis on Tue Feb 08, 2005 8:53 am

Assalamualaikum

Pasal berkhatankan anak perempuan, adakah ianya wajib atau sunat?

Sebab ana ada terbaca, Rasullullah s.a.w. berkata, "Khitan itu sunnah bagi lelaki dan wanita" [hadis Syaddad bin Aus]

Dan daripada hadis Abu Hurairah r.a.:
Rasulullah s.a.w. berkata
"Fitrah itu ada 5 perkara, iaitu khitan, mencukur rambut kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur kumis."

Mohon penjelasan. Wassalam.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby z@yed on Tue Feb 08, 2005 9:03 am

limau nipis wrote:Assalamualaikum

Pasal berkhatankan anak perempuan, adakah ianya wajib atau sunat?

Sebab ana ada terbaca, Rasullullah s.a.w. berkata, "Khitan itu sunnah bagi lelaki dan wanita" [hadis Syaddad bin Aus]

Dan daripada hadis Abu Hurairah r.a.:
Rasulullah s.a.w. berkata
"Fitrah itu ada 5 perkara, iaitu khitan, mencukur rambut kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur kumis."

Mohon penjelasan. Wassalam.


cik puang limau. abang dah tulis kat atas tu..awat hang tak baca... :oops: sian kat abang tulis panjang tapi tak baca.
z@yed
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 641
Joined: Tue Oct 21, 2003 11:28 am

Postby limau nipis on Mon Feb 14, 2005 8:46 am

Ops sorry, tak perasan :)
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest