I'TIKAF 10 AKHIR BULAN RAMADHAN

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

I'TIKAF 10 AKHIR BULAN RAMADHAN

Postby akuumno on Mon Oct 24, 2005 12:24 pm

I'TIKAF 10 HARI:

Sepuluh akhir bulan Ramadhan merupakan hari-hari yang paling istimewa dalam setahun kerana pada masa itulah diharapkan "LailatAI Qadr" akan muncul. Ganjaran yang dijanjikan oleh Allah sangat besar kalau seseorang menemui malam tersebut, iaitu lebih baik dari beribadat 1000 bulan. Jadi dengan amalan beri'tikaf di masjid, menumpukan perhatian sepenuhnya kehaderat Ilahi serta memutuskan hubungan dengan orang ramai dan dunia, diikuti pula dengan suasana puasa, semata-mata mengharap keredhaan Allah, maka besar kemungkinan kita akan mendapat malam yang istimewa tersebut.

Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w. tidak pernah meninggalkan amalan I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan sejak ia disyare'atkan. Baginda memasuki tempat l'tikaf bermula pada petang hari dua puluh Ramadan dengan niat I'tikaf sepuluh hari Ramadan dan baginda keluar daripadanya pada pagi 'Idul Fitri atau selepas jatuh matahari pada malam sebelumnya.



I'TIKAF BEBERAPA HARI:

Tidak dapat dinafikan bahawa I'tikaf selama 10 hari 10 malam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. adalah cara I'tikaf yang terbaik, paling lengkap dan paling sempurna. Namun demikian, jika kita tidak atau belum mampu berbuat demikian maka kita dibolehkan melakukan I'tikaf sekadar termampu. Ketahuilah! Terdapat beberapa prinsip di dalam Islam, iaitu antaranya: "Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sesuai dengan kemampuan ". (AI-Taghabun / 64: 16); " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Al-Baqarah / 2: 286); "Dan terhadap apa yang aku suruh, maka lakukanlah dia sesuai dengan kemampuanmu". (HR. Bukhari dan Muslim); "Jika kamu tidak mampu melakukan suruhan seluruhnya maka janganlah pula ia ditinggalkan seluruhnya". (Kaedah Ilmu Ushul)

Sunnah I'tikaf adalah di antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. yang kurang diamalkan pada akhir zaman. Diharapkan semoga dengan menghidupkan kembali sunnah I'tikaf ini, kita akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah S.W.T. Sunnah I'tikaf tidak semestinya dilakukan secara penuh selama 10 hari berturut-turut pada 10 Ramadhan yang terakhir. I'tikaf boleh dilakukan sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Ibnu HajarAl 'Asqalany di dalam kitabnya Fath Al Baary (Syarh Sahih Bukhari) berkata: Juga dibolehkan menjalankan ibadat "I 'tikaf Sunat" secara tidak penuh atau tidak muaalat (berurutan) seperti I'tikaf hanya sehari atau dua hari atau selang sehari atau hanya pada waktu malam sahaja atau hanya siang sahaja dan sebagainya. Siapa yang ingin I'tikafmalam sahaja, hendaklah ia memasuki tempat I'tikafnya menjelang terbenam matahari (sebelum solat Maghrib) dan keluar setelah terbit fajar (setelah solat Subuh). Siapa yang ingin I'tikaf siang sahaja hendaklah ia memasuki tempat I'tikaf ketika terbit fajar (sebelum solat Subuh) dan keluar setelah terbenam matahari (setelah solat Maghrib). Siapa yang ingin I'tikaf siang dan malam, hendaklah ia memasuki tempat I'tikafnya sebelum terbenam matahari (sebelum maghrib) dan keluar setelah terbenam matahari (sesudah maghrib) pada keesokan harinya.

Berdasarkan kaedah dan perinsip dalam beramal serta penjelasan dari Ibnu HajarAI-'Asqalany di atas jelaslah bahawa kita dibolehkan untuk melakukan I'tikaf berdasarkan kemampuan masing-masing.

MAKNA I'TIKAF:

I'tikaf menurut bahasa ialah menekuni sesuatu atau menahan diri daripada sesuatu, sama ada dalam perkara yang baik atau buruk. Ini sebagaimana firman Allah yang menggambarkan bantahan Nabi Ibrahim terhadap sembahan ayahnya dan kaumnya:

"Ingatlah) ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Patung-patung apakah ini yang kamu.tekun beribadat (beri'tikaf) kepadanya ?"
(Al Anbiya’/21:52)

Adapun maknanya menurut agama ialah menekuni atau menetap diri di dalam masjid dengan niat untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepadaAllah S.W.T

DASAR HUKUM I'TIKAF:

Firman Allah:

"Janganlah kamu.campuri mereka itu, sedangkan kamu beri'tikaf dalam masjid…."

(Al Baqarah /2: 187)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Daripada 'Aisyah (r.a), sesungguhnya Nabi s.a.w. selalu beri'tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan olehAllah, kemudian (diteruskan sunnah) I'tikaf sesudahnya oleh para isterinya" (Muttafaq 'Alaih)

HUKUM I'TIKAF:

Hukum I'tikaf adalah sunat (mustahab) sahaja kecuali jika seseorang itu bernazar maka hukumnya menjadi wajib. Ini sebagaimana perintah Rasulullah s.a.w. kepada 'Umar Ibnu Al Khattab (r.a) yang bernazar pada masa jahiliyahnya untuk beri'tikaf selama satu malam di dalam Masjid A1 Haram:

"Rasulullah s. a. w. bersabda kepadanya : Laksanakan nazarmu itu (lalu 'Umar pun I'tikaf selama satu malam) " . (HR Bukhari)
FADHILAT I'TIKAF:

Kelebihan I'tikaf sangat besar terutama pada sepuluh Ramadhan yang terakhir. Diharapkan semoga mendapat "LailatAI Qadr".

Allah berfirman:

"Lailat Al Qadr lebih baik daripada seribu bulan "
(Al Qadr/97:3)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang I 'tikaf satu hari semata-mata mengharap keredhaanAllah, niscayaAllah jadikan (jarak) dl antaranya dan diantara api neraka sejauh
tiga parit dan tiap-tiap parit jaraknya adalah lebih jauh daripada jarak) antara tua mata angin " (HR. Al Thabary - sanadnya Hasan)

HIKMAH 'ITIKAF:

1. Untuk menjernihkan jiwa dan membina kekuatan untuk menghadapi kehidupan masa depan yang lebih baik.
2. Kalau Ramadhan merupakan sebulan ujian, maka I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan merupakan kemuncak ujian ke atas umat Islam.
3. Berusaha untuk mendapat fadhilat LailatAI Qadr menurut sunnah Rasulullah s.a.w., terutama pada malam malamnya yang ganjil.
4. Semoga doa kita ketika I'tikaf pada sepuluh Ramadhan terakhir itu bertepatan dengan penentuan takdir untuk setahun mendatang. (Lihat: Surah AlDukhan /44: 4 - 5 dan Surah Al-Qadr /97: 4).

MASA I'TIKAF:

Masa untuk I'tikaf wajib seperti I'tikaf nazar adalah sesuai dengan masa yang dinazarkan. Jika ia bernazar sehari atau lebih, maka wajib ditunaikannya sebagaimana masa yang telah dinazarkannya itu. Adapun I'tikaf sunat, tidak ada batas waktunya. Seseorang yang telah berniat I'tikaf di dalam masjid sudah dihitung beri'tikaf, sama ada panjang waktunya ataupun pendek. Masa minima I'tikaf dalam masjid ialah sekadar tuma'ninah di dalam ruku' atau sujud.

TEMPAT I'TIKAF:

Tempat I'tikaf adalah masjid yang diadakan padanya solat berjama 'ah, tetapi jika l'tikaf dilakukan di dalam masjid yang didirikan padanya solat Jum 'at adalah lebih afdhal. Menurut Jumhur 'Ulama': Tidak sah I'tikaf kaum wanita jika.dilakukannya di dalam "masjid rumah " yakni bilik tertentu di dalam rumah yang dijadikan tempat khas untuk solat berjamaah bersama keluarga. Ini kerana masjid rumah tidak memenuhi makna masjid menurut istilah agama. Hal ini diperkuatkan lagi bahawa menurut riwayat yang sahih para isteri Rasulullah s.a.w. beri'tikaf di dalam masjid Nabawy.

Para fuqahaa' sependapat bahawa I'tikaf di dalam masjid AI Haram di Mekah dan masjid Nabawy di Madinah dan masjid AI Aqsa di Palestin adalah lebih afdhal kerana kelebihannya masing-masing.

SYARAT I'TIKAF:

Orang yang I'tikaf (mu'takif atau mu'takifah) hendaklah muslim, berakal, mumayyiz (tujuh tahun ke atas), bersih daripada haidh, nifas, junub. Oleh itu tidak sah I'tikaf orang kafir, anak anak yang belum mumayyiz, orang-orang yang sedang dalam haidh atau nifas atau junub.

Bagi wanita yang ada suami mesti mendapat keizinan daripada suaminya, sedangkan anak gadis mestilah mendapat izin dari walinya serta kehadiran mereka di masjid tidak menimbulkan fitnah.

RUKUN I'TIKAF:

1. Berniat I'tikafpada permulaannya atau ketika memperbaharui I'tikaf.

Allah berfirman:

"Padahal mereka titak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta'atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus…" (Al Bayyinah /98: 5)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya segala amal itu dengan niat, dan untuk tiap-tiap seorang apa yang dia niatkan" (HR Bukhari dan Muslim)

Niat I'tikaf seperti: "Sengaja aku l'tikaf di dalam masjid ini selama aku berada di dalamnya kerana Allah " atau yang seumpama dengan itu.

2. Berdiam diri di dalam masjid, sekurang kurangnya sekedar 'tuma'ninah" dalam ruku' atau sujud iaitu berhenti sebentar. Para mu'takif atau mu'takifah tidak seharusnya keluar masjid semasa I'tikaf kecuali ada sebab-sebab yang dibolehkan oleh syara' (agama).

3. Tempat I'tikaf mestilah masjid yang diadakah solat berjamaa'ah lima waktu dalam sehari. Tetapi jika masjid tersebut dilaksanakan solat Jum'at adalah lebih afdhal.

AMALAN DALAM I'TIKAF:

Sebenarnya tidak ada amalan atau bacaan tertentu atau khas di dalam I'tikafyang warid (datang) daripada Rasulullah s.a.w.. Menurut Imam Syafi'i dan sahabat sahabatnya: Adalah sangat baik bagi orang yang beri'tikaf agar memenuhi masanya dengan amalan-amalan ta'at kepada Allah seperti: solat, tasbih, tahmid, zikir, tilawah Al Quran, belajar dan mengajar, juga mentela'ah kitab-kitab dan menulisnya.

Tetapi sesetengah ulama' pula berpendapat bahawa dikehendaki supaya setiap orang yang beri'tikaf hanya menumpukan masanya dengan amalan-amalan asasi bagi I'tikaf sahaja seperti zikir, solat, tilawah Al Quran dan do'a.

Al Nu'man Bin Basyir berkata: Kami dapat mengadakan qiyamullail bersama-sarna Rasulullah s.a.w. pada malam yang ke 23 Ramadhan hingga sepertiga malam, kemudian pada malam yang ke 25 hingga setengah malam, dan pada malam yang ke 27 hingga kepada masa yang kami sangka kami tidak sempat lagi untuk sahur kerana terlalu lewatnya.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN I'TIKAF:

1. Keluar masjid dengan sengaja tanpa sebab walaupun sebentar, kerana perbuatan tersebut bercanggah dengan makna menetap di dalamnya, sedangkan menetap di dalam masjid adalah rukun I'tikaf.

" sedangkan kamx beri'tikaf dalam masgid... "
(Al Baqarah /2: 187)

2. Murtad, kerana ia bercanggah dengan makna ibadah. Allah S.W.T. berfirman:

"Jika kamu mempersekutukan (Tuhan) niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orangyang merugi " (Al Zumar /39: 65)

3. Gila, mabuk, haidh dan nifas, kerana semua itu bertentangan dengan syarat-syarat I'tikaf, iaitu: mumayyiz, suci dari haidh dan nifas.

4. Jima', keranaAllah S.W.T. melarang berbuat demikian dalam firman-Nya:

" Janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beri'tikaf dalam Masjid. Itulah laranganAllah, maka janganlah kamu mendekatinya " (Al Baqarah /2: 187)

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN DALAM I'TIKAF:

1. Keluar masjid kerana hajat. Saidatina 'Aisyah (r.a) berkata:

"Adalah Rasulullah s.a w. jika baginda beri'tikaf baginda menghulurkan (mendekatkan) kepalanya kepadaku, lalu aku pun menyikat rambutnya, dan baginda tidak masuk ke dalam rumah kecuali kerana hajat manusia." (HR Bukhari dan Muslim danAbu Daud)

Ibnu Al Munzir berkata: Sepakat para ulama' bahawa para mu'takif (peserta I'tikaf lelaki) atau mu'takifah (peserta I'tikaf wanita) diperbolehkan ke luar masjid kerana ingin buang air (besar atau kecil) kerana itu suatu kemestian dan tidak mungkin ia dilakukan di dalam masjid. Dan termasuk juga ke dalam maksud " hajat": makan, minum, muntah. Dan semua amalan yang tidak mungkin dilakukan di dalam masjid, maka mu'takif atau mu'takifah dibolehkan keluar masjid, dan tidak merusakkan I'tikafnya. Dan termasuk makna hajat di atas ialah mandi junub dan membersihkan badan dan pakaian daripada najis.

Al Khaffaby berkata: Satu golongan ulama' berpendapat bahawa mu'takif dibolehkan keluar masjid untuk melakukan solat Jum'at (jika ia ber'itikaf di surau yang tidak diadakan solat Jum'at), menziarahi orang sakit dan ta'ziyah orang meninggal dunia. Pandangan ini berdasarkan riwayat daripada Saidina Ali (r.a).

2. Keluar masjid untuk menghantarkeluarganya. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.aw. sendiri iaitu ketika isterinya Shafiyah (r.a) menziarahi baginda yang sedang I'tikaf di masjid pada waktu malam. Ialu selesai ziarah baginda s.a.w. menghantar Shafiyah (r.a) pulang ke rumahnya. Kisah ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dan Abu Daud.

3. Menyikat rambut, mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan badan daripada kotoran. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri ketika baginda sedang I'tikaf iaitu baginda pernah menghulurkan atau mendekatkan kepalanya kepada 'Aisyah (r.a) yang berada dirumahnya untuk disikat, sedang 'Aisyah (r.a) ketika itu sedang dalam haidh. Kisah ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dan Abu Daud.

4. Orang yang sedang I'tikaf juga dibolehkan: Makan minum di dalam masjid, tidur di dalam masjid sambil menjaga kebersihannya, memakai haruman, bekerja dengan pekerjaan yang sedikit, menyambut tetamu, bercakap dengannya dan menghantarkannya pulang, sedikit berjual beli pada perkara-perkara yang sangat berhajat, bercakap biasa, berkahwin dan mengahwinkan, bercukur, menyikat rambut dan mengerat kuku, belajar dan mengajar.

PEMBAHARUAN NIAT:

Semua sebab atau ke'uzuran tersebut di atas seperti qadha' hajat (buang air besar atau kecil), makan minum di perkarangan masjid, mandi junub kerana mimpi ketika I'tikaf, mensucikan najis, berwudhu', dan lain lain, apabila selesai urusan tersebut hendaklah peserta I'tikaf segera kembali masuk semula ke tempat I'tikaf dengan tidak perlu memperbaharui niat I'tikafnya". Tetapi jika dengan sengaja melambat lambatkan masuk semula ke tempat I'tikaf padahal urusannya di atas telah selesai maka I'tikafnya dianggap batal mualatnya (yakni kesinambungannya) dan ia mestilah memperbaharui semula niat I'tikafnya.

Tidak mengapa jika mu'takif atau mu'takifah keluar daripada masjid berulang-ulang kali jika berulang kali pula berlaku sebab-sebab di atas seperti sakit perut, cirit birit dan lain-lain. Sebagaimana juga tidak batal I'tikafnya sekiranya ia keluar kerana lupa atau tidak disengaja. Para mu'takif dan mu'takifah juga diingatkan agar jangan terburu-buru atau tergesa-gesa ketika menyelesaikan hajat yang diperbolehkan di atas. Tidak disyaratkan urusan tersebut mesti dilakukan dengan cara yang tergesa-gesa, malahan lakukanlah menurut ukuran atau kadar yang biasa, tetapi janganlah terlalu lewat.

AMALAN-AMALAN YANG SUNAT DILAKUKAN KETIKA I'TIKAF:

(1) Amalan yang sangat digalakkan dilakukan di dalam I'tikaf ialah seperti memperbanyak solat-solat sunat, membaca Al Quran, Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir, Istighfar, Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta berdoa. Ringkasnya: lakukanlah segala bentuk ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta.

(2) Termasuk juga ke dalam amalan yang disunatkan ketika I'tikaf iaitu: mempelajari ilmu seperti membaca buku-buku Tafsir A1 Quran dan Hadis Nabawy dan membaca kisah kisah para Nabi darl para solihin dan buku-buku agama lainnya seperti Ilmu Fiqh dan lain-lain.

AMAIAN-AMALAN YANG DIBENCI DILAKUKAN KETIKA I'TIKAF:

(1) Makruh hukumnya menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berguna sama ada dalam bentuk ucapan atau perbuatan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Di antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna" (HR Tarmidzi dan Ibnu Majah)

(2) Juga adalah dilarang membisu tidak bercakap-cakap kerana menyangka bahawa itu di antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melarang Abu Israil berbuat demikian.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan (LailatAl Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan . Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit Fajar ".(SurahAl Qadr/97: 1-5)

"Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur 'an) pada suatu malamyang diberkati; dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan 3. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul". (SurahAI Dukhan /44: 3 - 5)
User avatar
akuumno
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2970
Joined: Mon Jul 22, 2002 8:00 am

Postby awang bin ali on Wed Oct 26, 2005 1:52 pm

Ramai org2 masjid dan ahli2 agama faham bahwa iktikaf ngan tidur tu adalah amalan yg sama :)

Oleh itu dilarang tidur dimasjid ...

Dan ahli2 agama takut nanti masjid kotor...

So camno nak iktikaf yer...???

Dan satu lagi..camno nak iktikaf..lepas terawih ngn speaker, tahlil lak ngan speaker...kalau sesetengah masjid/surau ada qiamulail (amalan yg soleh), munajat dalam gelap tu...tapi pakai speaker abis satu taman brkumandang akan tasbihnya, doanya dan ratap tangisnya yg syahdu.

Nampak gayanya awang briktikaf kat umah je ler brsama astro...dan hampir 98% ummat Islam diM'sia setuju ngan awang, tak caya tengok berapa yg ada kat masjid iktikaf ngan yg iktikaf di umah.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest