REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

Untuk apa-apa saja...yang di luar skop bicara lain.
Pengendali :: Dear

REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

Postby WARIS on Tue Jan 03, 2006 10:42 am

TAJUK: KENAKALAN REMAJA DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

Oleh: Ghafani bin Awang Teh

Kenakalan remaja (Juvenile Delinquence) adalah merujuk kepada perbuatan dan aktiviti remaja yang berlawanan dengan norma-norma masyarakat, undang-undang negara dan agama, seperti mencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan seumpamanya. Perbuatan remaja dikatakan nakal kerana remaja dianggap belum matang, belum dewasa dan perbuatan jenayah yang mereka lakukan tidak dikenakan hukuman berat. Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka ialah remaja itu ditempatkan di pusat-pusat pemulihan akhlak dan diberi pendidikan khas.

Ahli-ahli sains sosial berbeza-beza pendapat tentang had umur remaja. Ada yang mengatakan alam remaja di antara 10 – 18 tahun atau 13 tahun – 12 tahun. Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun. Pada ketika inilah ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh, mereka wajib melaksanakan semua suruhan agama dan menjauhkan segala larangannya. Lingkungan baligh ialah mencapai umur 15 tahun atau kanak-kanak lelaki sudah bermimpi bersetubuh dan kanak-kanak perempuan pula telah keluar haid dalam tempuh umur antara 9 hingga 15 tahun.

TEORI TABIAT MANUSIA

Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teori bagi menjelaskan pembentukan tabiat manusia. Corey (1986) menyatakan beberapa teori penting yang menjelaskan tentang tabiat itu ialah:

Pertama: Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Frued. Teori ini menyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta (tidak sedar). Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.

Kedua: Teori Analisis Transaksi: Teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa kecil anak akan merakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang ditayangkan oleh ibu bapa kepada mereka. Konflik akan berlaku apabila anak itu cuba menilai semula skrip hidup yang lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruh persekitaran.

Ketiga: Teori Behaviorisma: Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk persekitaran.

Keempat: Teori Pemusatan Klien: Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusia semula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti gagal mendapat kasih sayang, keselamatan dan seumpamanya.

Kita dapati bahawa pandangan teori kaunseling barat tentang tabiat manusia adalah sebahagian dari pandangan Islam. Mereka mengkaji tabiat manusia dari aspek luaran sahaja dengan merujuk kepada faktor persekitaran, proses pembahagian, kemahiran keibubapaan dan keperluan jasmani. Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak dibimbing oleh al-Quran dan kajian itu dibuat berdasarkan latarbelakang kehidupan masyarakat di barat.

Sebagai contoh, walaupun pendapat Frued dikritik hebat tentang tabiat manusia, tetapi teorinya adalah berkaitan dengan perasaan nafsu Ammarah yang mewakili unsur kehaiwanan atau keperluan jasmani manusia.

Dari segi pendekatan Islam, Muhammad al-Jiasi (1976) menyatakan: terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu:

a. Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.

b. Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.

c. Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.

d. Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya.

Pada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia iaitu naluri kehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antara dua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.

Seorang ahli falsafah akhlak Islam, Ibnu Maskawaih menyatakan pertembungan nafsu dalam diri manusia menghasilkan tiga peringkat tabiat manusia.

a. Manusia yang baik tabiatnya. Manusia yang baik tabiatnya tidak akan berubah menjadi manusia yang jahat;
b. Manusia yang jahat tabiatnya. Manusia dalam kategori ini tidak akan menjadi baik kerana memang pembawaannya sudah jahat.

c. Manusia yang berada dipertengahan tabiatnya. Golongan ini boleh berubah menjadi baik atau jahat bergantung kepada pendidikan dan persekitaran yang diterimanya.

Konsep Diri Remaja

Kadangkala ibu bapa mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa.

Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985) menyatakan antara perubahan nyata yang berlaku pada akhir masa remaja ialah:

a. Perubahan pada fizikal

Bagi anak lelaki didapati mengalami perubahan jelas pada jasmani di mana anggota badan kelihatan mula gempal, sasar, dan tegap. Manakala si gadis pula mula menampakkan sifat-sifat kewanitaannya seperti datang haid, buah dada membesar, pinggang mula ramping dan punggung melebar. Apabila sampai pada peringkat akhir remaja simbol-simbol daya tarikan seks mula kelihatan dan diiringi juga rangsangan seksual yang mula meningkat.

b. Perubahan Emosi dan Fikiran

Di peringkat remaja, perasaan dan fikiran anak lelaki setabil kerana mereka tidak lagi kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak skrip hidup hariannya ditentukan oleh ibu bapa dan kita dapati perbuatan mereka dibuat secara spontan tanpa dipengaruhi oleh fikiran dan emosi. Apabila anak melangkah ke alam remaja, ia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkan konflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian, berkahayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara, seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Orang yang dikagumi yang akan dicontohi kemungkinan terdiri dari penyanyi popular, pelakon popular, pelawak, tokoh ulamak, tokoh politik, ahli sukan atau sebagainya. Ini bergantung kepada pendedahan dan pengajaran yang diterima oleh remaja itu.

c. Narcisma

Narcisma adalah merujuk kepada ketagih cinta dan ingin dicintai untuk mendapatkan kasih sayang pada diri sendiri. Pada masa kanak-kanak, perasaan cinta dan dicintai di arah dan disandarkan kepada ibu bapa atau keluarga. Apabila anak itu mencapai remaja, perasaan narcisma ini memuncak kerana remaja mengalami rasa kesunyian (Emotional Vacumm) yang hebat kesan daripada peralihan masa untuk berdikari dan memperluaskan rakan sosial yang sesuai.

Narcisma amat kuat wujud pada gadis remaja kerana perempuan dari segi biologinya bersifat pasti di mana ia memerlukan seseorang untuk membantu dan membimbingnya keluar dari rasa kesunyian itu. Berdasarkan faktor inilah kita dapati aktiviti bercinta dan faktor tukar pasangan di kalangan remaja adalah lumrah, tetapi gadis remaja lebih dulu terlibat dengan aktiviti bercinta berbanding dengan remaja lelaki yang sebaya dengan umurnya.

Jika narcisma ini digunakan secara positif maka remaja akan menentukan dirinya tidak mudah dieksploitasi oleh orang lain. Sekiranya narcisma di salah gunakan kerana remaja mempunyai konsep diri yang salah atau kelalaian ibu bapa memberi kasih sayang maka remaja akan memburu narcisma di luar untuk memenuhi rasa kesunyian seperti menghisap dadah, mengikut geng, berpeleseran, berzina, cinta rakan sejenis dan seumpamanya.

Dalam aktiviti narcisma ini perempuan lebih mudah menjadi mangsa dengan pujukan dan rayuan lelaki kerana ia bersifat pasif.

d. Menyertai Kumpulan

Perubahan emosi dan fikiran remaja telah mendorongkan remaja memperluaskan dan memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakan sosial ini dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama.

Adalah perkara biasa kita lihat kelompok remaja mempunyai identiti tertentu seperti menggunakan bahasa yang anih, pakaian yang pelik, tertarik dengan aktiviti yang mencabar dan sebagainya. Penyertaan remaja dalam kelompok sama ada kelompok kecil atau besar adalah tanda perubahan yang sihat dalam pertumbuhan mentalnya. Walaubagaimana pun, jika penyertaan dalam kelompok itu disalahgunakan, maka ia akan mengheret remaja berkenaan dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama dan undang-undang negara.

Pada masa remaja inilah kita dapati ibu bapa sering mempunyai pendapat yang berbeza dengan pandangan rakan sebaya dalam usaha memberi bimbingan dan pendidikan terhadap si anak remaja itu.

e. Menentang Kekuasaan

Orang tua-tua kita selalu mengingatkan bahawa masa remaja adalah masa pancaroba kerana remaja sedang mencari tapak untuk berdikari dan bebas dari kongkongan ibu bapa. Biasanya remaja merasa bahawa kuasa yang ada pada ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa terlalu kuat yang boleh menghalang pencapaian cita-cita mereka. Perbezaan besar pendapat dan gaya hidup remaja dengan ibu bapa, orang dewasa dan guru akan mencetuskan permusuhan kerana remaja menganggap bantahan itu merendahkan harga diri mereka yang memang telah sedia bergelora. Oleh itu apabila berlaku perselisihan, remaja akan menjadi rakan sebaya mereka atau mereka bertindak nekad melakukan kejahatan untuk membuktikan kepada ibu bapa atau orang yang lebih tua bahawa mereka boleh berdikari atau mampu melakukan apa yang orang dewasa lakukan.

Sebenarnya pencarian konsep diri telah bermula sejak anak masih kecil lagi tetapi pada masa remaja mula kelihatan menonjol kerana remaja mula pandai belajar berfikir dan menggunakan emosinya hasil daripada interaksi dengan dunia luar, iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan persekitaran. Masa remaja sendiri penting bagi perkembangan konsep diri kerana pada masa inilah remaja mengalami proses pemurnian dan sekaligus mengalami perubahan. Bagi kebanyakan remaja, proses pemurnian konsep diri berjalan lancar, tetapi mereka yang jauh menyimpang dari pemurnian itu, pertumbuhan hidupnya akan menghadapi masalah, iaitu manusia yang kotor peribadinya.

Faktor Kenakalan

Berdasarkan pandangan Islam dan sokongan teori psikologi kaunseling barat, punca kenakalan remaja boleh dibahagikan kepada empat faktor:

Pertama : Faktor keluarga

Akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Isu pembawaan keluarga itu ialah;

a. Status ekonomi ibu bapa yang rendah dan dhaif di mana anak membesar dalam keadaan terbiar.

b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumbang dengan maksiat.

c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan keluarga.

d. Rumahtangga yang tidak kukuh atau bercerai berai.

e. Syiar Islam tidak kukuh dalam rumahtangga.

Kedua : Faktor Peribadi Yang Kotor.

Peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti pemarah, tamak, dengki, pendendam, panas baran, sombong, tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku kerana individu itu telah dikuasai oleh naluri agresif dan tidak rasional yang mewakili nafsu kehaiwanan, hasil daripada pendendam dan pengalaman yang diterima sejak kecil. Peribadi yang kotor mungkin telah bermula sejak kecil dan kemudian diperkukuh pula bila anak itu melalui zaman remaja. Dengan lain-lain perkataan peribadi fitrah anak telah terencat dan menjurus kepada peribadi yang kotor hasilnya.

Ketiga : Faktor sekolah.

Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak selepas ibu bapa. Faktor sekolah yang boleh mempengaruhi anak ialah:

a. Disiplin sekolah yang longgar.

b. Ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak di sekolah.

c. Guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Keempat : Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran adalah merujuk kepada peranan masyarakat, multi-media dan pusat-pusat hiburan yang menyediakan pelbagai produk yang boleh menggalakkan dan meningkatkan rangsangan seksual.

Aktiviti faktor persekitaran yang boleh merosakkan akhlak manusia ialah:

i) Persembahan konsert rock

ii) Pusat-pusat video game

iii) Pengguguran

iv) Pergaulan bebas lelaki dan perempuan

v) Penyiaran gambar lucah

vi) Penubuhan pusat-pusat hiburan yang berunsur seks

vii) Aktiviti simbol seks seperti pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita.

Rawatan Kenakalan

Persoalan yang timbul kepada ibu bapa atau pihak berkuasa kerajaan ialah apakah kaedah terbaik yang digunakan dalam Islam bagi mengatasi kenakalan di kalangan remaja. Dalam Islam kita dapati bahawa Allah telah menurunkan dua puloh lima Rasul bertujuan membimbing dan membantu manusia supaya hidup mengikut fitrah. Wawasan agama Islam diturunkan adalah untuk membentuk akhlak manusia sebagai usaha meneruskan kesinambungan fitrah kewujudan manusia. Akhlak mulia adalah perasaan semula jadi manusia (fitrah). Allah telah berfirman:

Maksudnya:

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaiknya.”
(Surah Al-Tiin:4)

Ketika menjelaskan perkara yang sama Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

“Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya.”
(Riwayat Bukhari)

Sejarah Rasulullah s.a.w. membebaskan penduduk arab Jahiliyah daripada kongkongan dan belenggu nafsu kehaiwanan memberi satu pengajaran penting tentang pembentukan akhlak manusia. Antara kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. adalah program bina insan dan kemahiran keibubapaan. Kaedah bina insan ini meliputi:

PERTAMA: Kaedah Pendidikan Hati

Sebagaimana kita ketahui bahawa dalam diri manusia terdapat dua naluri yang berlainan sifatnya yang selalu bersaing untuk mempengaruhi tabiat manusia. Dua naluri itu bersaing untuk menunjuk dan mempengaruhi hati. Imam Ghazali menyatakan hati dalam tubuh manusia diibaratkan sebagai Maharaja yang mengarah dan mengawal tabiat manusia. Manakala Frued dalam teori kaunselingnya menyatakan “hati dalam diri menusia dikenali sebagai ‘Super ego’”. Dia menjadi perantaraan seolah-olah ‘Laluan Sutera’ (Silk road) yang bertindak sebagai pembuat keputusan tabiat manusia sama ada baik atau buruk, betul atau salah.

Penemuan Frued itu adalah menyokong pendapat yang telah lama dikemukakan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan. Itulah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati itu sesuatu yang ada di dalam dada yang berbentuk zat (bukan material). Ia harus diisi dengan sesuatu. Bila Allah mengisinya, maka orang itu menjadi baik. Jika syaitan mengisinya, orang itu menjadi jahat. Oleh itu apabila kita berzikir bererti hati kita diisi dengan Allah, sentiasa bersama Allah dan tidak memberi tempat langsung kepada syaitan mempengaruhinya. Allah berfirman:

Maksudnya:

“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya) lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”
(Surah Al-Zukhruf:36)

Ternyata bahawa pendidikan hati secara berzikir sepanjang masa adalah kaedah berkesan untuk menggilapkan hati supaya bebas dari gangguan syaitan. Allah telah memberi jaminan bahawa orang yang bersih hatinya (surah Asy-Syams: 9-10).

Zikir-zikir yang paling baik diamalkan ialah lafaz:

a. Subhanallah
b. Alhamdulillah
c. Allahuakhbar
d. Lailahaillallah
e. Walahaulawalaquwatailla billahilaliyulazim

Dalam Islam. Lima zikir ini dikenali sebagai “Albaqiyyatussholihat’ dimana amalannya boleh memberi pahala yang berterusan di akhirat. Pembersihan hati amat penting kepada manusia untuk membentuk keinsafan dan kesedaran diri supaya berlaku jujur, membuat baik kepada dua ibubapa, memelihara kesucian diri, kasih sayang dan mendekati kepada aktiviti terpuji yang lain.

KEDUA: Kaedah Menghayati Ibadat Khusus

Ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji yang difardhukan kepada umat Islam bertujuan melatih dan menggilap manusia supaya kekal dalam kaedah fitrah. Diantara ibadat khusus ini, sembahyang merupakan ibadat yang terpenting dalam pembentukan akhlak manusia. Allah berfirman:

Maksudnya:

“Sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah seseorang dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
(Surah Al-Ankabut:45)


Manakala dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman:

Maksudnya:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyang.”
(Surah Al-Mu’minun:1-2)

Ibadat sembahyang dianggap senjata terpenting dalam pembentukan akhlak manusia berdasarkan keterangan berikut:

a. Rasulullah s.a.w. menerima sendiri perintah sembahyang fardhu ketika mengadap Allah pada masa Israk-Mikraj. Ibadat lain hanya diterima melalui perantaraan Malaikat Jibril;

b. Rasulullah s.a.w. mensifatkan sembahyang adalah tiang agama. Apabila seseorang tidak menunaikan sembahyang bererti orang lain tidak dapat membezakan seseorang itu Islam atau kafir. Keadaan ini memberi ruang kepadanya melakukan perbuatan keji tanpa segan silu.

c. Rasulullah s.a.w. telah berpesan bimbinglah akhlak anak sejak kecil dengan cara membantu dan melatih anak bersembahyang bila ia berumur tujuh tahun. Oleh itu apabila anak mencapai umur 10 tahun dan masih kelihatan enggan dan degil untuk mendirikan sembahyang maka pukullah anak itu dengan tidak mencederakannya atau membahayakannya.

d. Sembahyang adalah sebahagian daripada zikir. Berdasarkan faktor inilah ibadat sembahyang difardhukan disepanjang masa sama ada kita sihat atau sakit.

KETIGA: Kaedah Qiyamullail

Qiyamullail adalah merujuk kepada amalan ibadat yang dibuat di sepanjang malam atau separuh malam dengan mengerjakan ibadat tertentu seperti sembahyang sunat, berzikir, bertahlil, membaca al-Quran dan beristighfar. Ibadat ini merupakan amalan sunat bagi individu yang mampu melaksanakannya. Program Qiyamullail amat berkesan ke arah peningkatan ketaqwaan seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:
“Kerjakanlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh dahulu sebelum daripada kamu, juga satu jalan untuk mendekatkan dirimu kepada Tuhan-mu, juga sebagai penebus keburukan-keburukanmu, pencegah dosa serta dapat menghalaukan penyakit dari badan.”
(Riwayat Al-Tirmizi)

Melalui penjelasan di atas menunjukkan program bina insan amat penting kepada anak-anak dan ibu bapa sendiri untuk menjamin kesinambungan fitrah. Sebenarnya manusia telah membuat perjanjian dengan Allah untuk taat kepada-NYA adalah sama seperti binatang yang buruk (hidup melata) di atas muka bumi. Allah berfirman:

Maksudnya:
“Bukankah Aku Tuhan kamu”

Roh-roh manusia menjawab:

“Benar,(Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.”
(Surah Al-A’raf:172)

Kesan dialog perjanjian ini ialah manusia wajib mentaati dan beribadat kepada Allah, kerana itulah cara untuk meletakkan taraf manusia di sisi Allah iaitu sebagai khalifah Allah. Allah mensifatkan manusia tidak beriman atau tidak mahu beribadat kepada Allah adalah sama seperti binatang yang buruk (hidup melata) di atas muka bumi, Allah berfirman:

Maksudnya:
“Sesungguhnya sejahat (Makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya) sebab itu mereka tidak (mahu) beriman.”
(Surah Al- Anfaal: 55)

Kemahiran Keibubapaan

Al-Quran dan Hadis telah memberi garis panduan umum berhubung dengan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pemimpin dalam rumahtangga. Sebagai pemimpin dalam rumahtangga, mereka perlu mengetahui dan menguasai kemahiran tertentu. Antara panduan kemahiran keibubapaan yang digariskan oleh Islam ialah:

a. Ibubapa hendaklah berlaku adil, menjaga kebajikan dan suka memaafkan ahli keluarganya.
(Surah Al-Nahl:90)
b. Bersikap lemah lembut dan memberi pertolongan dan bimbingan. Kalau kekerasan digunakan, maka orang akan menjauhkan diri daripada kita.
(Surah Ali’-imran:159)

c. Ibubapa jangan menjadi kecewa dengan tingkahlaku anaknya dan anak pula jangan menjadi sengsara kerana perbuatan ibu bapanya.
(Surah Al-Baqarah:233)

d. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya.
(Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)

Berdasarkan pandangan Islam dan pendapat ahli psikologi kaunseling barat, kemahiran keibubapaan yang perlu dikuasai oleh ibu bapa ialah:

a. Model Ibu bapa Yang Salih

Ibu bapa yang salih adalah merujuk kepada ibu bapa yang taat menghayati ajaran Islam. Ibu bapa yang salih adalah model terbaik untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Zakiah Darajat (1983) menyatakan: ‘yang dimaksudkan dengan didikan agama bukanlah pendidikan agama yang diberi oleh guru-guru di sekolah sahaja. Apa yang penting adalah penanaman jiwa agama yang dimulai dari rumahtangga, semenjak anak masih kecil dengan cara membiasakan anak dengan tingkahlaku dan aktiviti yang baik. Walau bagaimanapun, amat dikesalkan sekali terdapat ibu bapa yang tidak mengerti ajaran agama yang dianutinya, bahkan ramai pula yang memandang rendah ajaran agama itu malah ajaran agama tidak dilaksanakan langsung. Apabila tidak mengenali ajaran agama, maka lemahlah hati nuraninya. Jika hati nuraninya lemah, kawalan hatinya juga lemah.’

Ibu bapa yang salih adalah ibu bapa yang cemerlang. Maka ibu bapa perlu mengambil daya usaha untuk mengadakan secara sendirian program bina insan dari masa ke semasa dalam rumahtangga. Adalah menjadi perkara yang rumit apabila anak telah menjadi jahat tabiatnya barulah ibu bapa sibuk ke sana ke mari untuk mencari rawatan. Untuk menjauhi anak menjadi jahat tabiatnya maka ibu bapa hendaklah membiasakan dan melatihkan anak mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti tolong menolong, beramah, jujur, menghormati ibu bapa atau orang tua, kasih sayang, berjimat cermat, malu, membuat kebajikan dan sebagainya.

b. Mendisiplinkan Anak Dengan Kasih Sayang

Disiplin adalah merujuk kepada kaedah untuk melatih dan mempastikan anak mematuhi peraturan tertentu. Disiplin bukanlah bermakna menggunakan kekerasan. Satu kesilapan besar ibu bapa yang mendisiplinkan anak dengan memaki hamun, cacian, kutukan dan kekerasan kerana perbuatan itu dianggap mendera anak secara mental, fizikal dan akan merendahkan harga diri anak. Cara paling baik mendisiplinkan anak ialah dengan kasih sayang. Ibu bapa perlu secara tegas memberitahu anak bahawa ibu bapa lebih merasa senang hati, gembira, ceria dan sukacita jika anak melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan, dan pada masa yang sama ganjaran atau pujian perlu diberi bila anak membuat kebaikan sebagai usaha memperkukuhkan tingkah laku positif.

c. Terima Anak Tanpa Syarat

Walau si anak jahat sekalipun, ibu bapa wajib memberi bimbingan dan menjaga kebajikannya. Terdapat ibu bapa yang menghalau anak, tidak mengaku anak atau mencederakannya apabila anak itu melakukan kejahatan. Tindakan ibu bapa ini adalah bercanggah dengan Islam kerana hubungan nasab antara ibu bapa dengan anak masih ada. Kesediaan anak pulang menemui ibu bapa membimbingnya ke arah jalan yang benar. Ibu bapa yang cemerlang adalah ibu bapa yang mengadakan sendiri kaunseling terhadap anak yang bermasalah. Langkah kaunseling itu boleh di buat dengan cara:

i) Wujudkan suasana akrab dan mesra supaya anak tidak merasa takut untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapa;

ii) Minta si anak memberi penerangan dan penjelasan tentang latarbelakang masalah yang berlaku;

iii) Mendengar dengan penuh minat penjelasan anak dan sekali sekala mencelah untuk mendapatkan gambaran dan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak;

iv) Meminta anak memberi pendapat sendiri bagaimana cara untuk mengatasi masalah itu dan cadangan yang ia mampu untuk melaksanakannya; dan

v) Jika didapati anak telah celik akal atau menyesal di atas kesalahannya, ibu bapa boleh meminta anak membuat ikrar atau bertaubat tidak melakukan lagi perbuatan yang tidak diingini itu.


d. Memenuhi Masa Lapang Bersama Anak

Ketagih terhadap kerjaya atau pekerjaan sehingga mengabaikan kebajikan sosial keluarga adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Ibu bapa apabila sudah tua memerlukan pertolongan ihsan anak dan disebalik itu juga anak ketika masih kecil amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Keinginan anak untuk bercakap-cakap, bermesra dan bermain bersama dengan ibu bapa seolah-olah anak menghulurkan tangan bagi meraih kasih sayang. Apa yang penting ialah kualiti masa yang diperuntukkan. Kesempatan terbaik bagi ibu bapa untuk memenuhi masa lapang bersama anak ialah sembahyang berjemaah, makan bersama, membaca al-Qur’an bersama, bersukan bersama, dan sebagainya. Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah ibu bapa, kerana telah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain.

e. Peka terhadap Pergerakan Anak

Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak. Tingkah laku anak yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa ialah:

i. Rakan sebaya anak dan aktivitinya;

ii. Fesyen pakaian, rambut, kasut dan keadaan fizikalnya;

iii. Tingkah laku non-verbalnya seperti keceriaan, kesedihan, pendiam dan sebagainya;

iv. Kemampuan anak membezakan perkara yang baik dan buruk;

v. Siapakah lebih berpengaruh sama ada ibu bapa atau rakan sebaya terhadap dirinya; dan

vi. Keupayaannya untuk berdikari.

Kemahiran ini amat penting untuk ibu bapa kuasai supaya tingkah laku mereka tidak terbatas menjadi tabiat jahat.

f. Jangan Salah Guna Kuasa

Dalam proses pertumbuhan dan pembesaran, anak memerlukan rasa selamat, aman dan rasa di terima dalam keluarga.

Dalam pergaulan seharian, kadang kala timbul pertengkaran diantara ibu bapa dengan anak kerana masing-masing cuba mempertahankan diri atau mencari siapa yang menang. Dalam hal ini ibu bapa perlulah mengelakkan menggunakan kuasa veto untuk mencari kemenangan, kerana ia bersifat lebih positif dan menambahkan lagi penghormatan anak terhadap ibu bapa. Ibu bapa hendaklah berbincang dan memberi alasan-alasan yang munasabah secara baik mengapa ibu bapa menolak sesuatu permintaan anak. Penyalahgunaan kuasa ibu bapa terhadap anak menyebabkan anak membuat tanggapan bahawa kehadirannya dalam keluarga adalah tidak dikehendaki dan tidak berguna.

g. Kesabaran

Satu lagi kemahiran yang perlu ada bagi ibu bapa ialah bersabar. Tiap-tiap anak walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan berbeza-beza. Ibu bapa tidak memperolihi faedah dengan mencaci, memarahi dan mengutuk anak kerana anak tidak dapat membaca dan memahami kehendak ibu bapa. Dalam Islam, kesabaran adalah salah satu tanda beriman.
Silap Memberi bimbingan Dan Kaunseling

Abu Said al-Khudri meriwayatkan satu kisah yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. kepadanya. Diriwayatkan pada zaman dahulu kala terdapat seorang yang paling banyak dosanya kerana telah membunuh seramai 99 orang. Dia mahu bertaubat dan mencari seseorang yang boleh menerangkan hukum bolehkah dia bertaubat. Dia telah menemui seorang pendeta dan bertanya bahawa dia sudah membunuh manusia seramai 99 orang, bolehkah ia bertaubat?. Pendeta itu lantas menjawab ‘tidak boleh’. Maka pendeta itu dibunuhnya menjadikan mangsanya seramai 100 orang. Kemudian dia mencari lagi orang yang paling alim dan ditunjukkan orang alim itu ia sudah membunuh 100 orang, maka masih bolehkah ia bertaubat. Orang alim itu menasihatinya “pindahlah kamu ke kampong Anu kerana penduduknya menyembah Allah dan kamu sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kamu kembali lagi ke kampong kamu kerana penduduknya jahat.”

Maka berangkatlah orang itu ke kampong Anu. Dipertengahan jalan dia meninggal dunia. Maka bertengkarlah dua Malaikat iaitu Malaikat Rahman dam Malaikat Azab sama ada untuk dikategorikan orang baik atau jahat. Malaikat Rahman menyatakan si mati sudah bertaubat, manakala Malaikat Azab pula berkata si mati tidak ada amal kebajikan. Kemudian turun malaikat lain untuk menjadi orang tengah dengan cara mengukur jarak jauh kampung asalnya dengan kampung Anu. Keputusanya didapati orang itu mati berhampiran dengan kampung Anu. Maka ia dimasukkan sebagai seorang ahli Syurga.

Isu penting dalam kisah ini ialah:

a. Kesilapan memberi bimbingan akan mempengaruhi perasaan seseorang sehingga pendeta dibunuh kerana gagal menghilangkan gelojak emosinya atau perasaan marahnya;

b. Bergaul atau tinggal di kawasan orang-orang beriman cara berkesan memulihkan akhlak; dan

c. Taubat orang tersebut diterima Allah.

Hidayah Allah

Hidayah Allah adalah juga faktor penting mempengaruhi pemulihan dan kemurnian akhlak seseorang. Nabi Nuh a.s. gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk Islam. Begitu juga Rasulullah s.a.w. gagal memujuk bapa saudaranya Abu Talib kembali ke pangkuan Islam. Allah berfirman:

Maksudnya:
“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah Al-Qasas: 56)

Walau bagaimanapun kita lihat Saidina Umar berjaya memeluk Islam apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an, walhal Umar sebelumnya terkenal dengan perangai jahiliyahnya.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian, berakal, selalu berfikir, menyelidik dan menetukan keputusan pemikiran baik, maka baiklah perbuatannya. Tetapi bila jalan pemikirannya salah, maka akan salahlah perbuatannya. Orang yang baik dan benar jalan pemikirannya maka orang itu dikatakan mendapat hidayat dari Allah. Maka apabila salah jalan pemikirannya hingga melakukan kejahatan maka ia tidak mendapat petunjuk Allah. Oleh yang demikian ibu bapa hendaklah selalu berdoa kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk Allah selain daripada mengamalkan suruhan Allah yang lain.

Penutup

Mendidik dan membimbing anak bukanlah perkara mudah. Ibu bapa hendaklah terus menerus tanpa berputus asa dalam membentuk akhlak anak. Langkah penting bagi ibu bapa dalam meneruskan kesinambungan fitrah akhlak anak ialah memberi pendidikan agama bermula sejak kecil lagi. Langkah ini bagi menjamin supaya penerusan akhlak fitrah tidak terencat apabila ia menempuhi alam remaja. Walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam menguasai kemahiran dan keibubapaan tetapi dengan adanya didikan agama yang kukuh, maka anak itu mampu menepis naluri kehaiwanan yang cuba mempengaruhinya atau sekurang-kurangnya boleh menjauhi anak dari menjadi jahat tabiatnya. Oleh itu ibu bapa perlu kembali kepada tradisi asal dalam membentuk peribadi anak seperti yang diamalkan oleh Rasul-rasul, Nabi-nabi dan para Wali di mana mementingkan pendidikan agama sebagai penerus kesinambungan fitrah kejadian manusia. Ibu bapa tidak boleh menyalahkan kerajaan, masyarakat dan sekolah semata-mata sebagai helah membela diri apabila anak menjadi jahat tabiatnya. Ibu bapa perlu menyalahkan diri sendiri kerana ini adalah langkah positif untuk menilai semula peranannya bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Cara tangani rogol, sumbang mahram tidak jelas

Postby WARIS on Thu Jan 12, 2006 12:56 pm

Sekitar Wacana Undand Undang Syariah Anjuran JIM

Cara tangani rogol, sumbang mahram tidak jelas

(Sumber Berita harian)

KETIADAAN undang-undang berkaitan rogol dan sumbang mahram secara jelas dalam al-Quran, hadis dan penulisan klasik menyebabkan kedua-dua jenayah berat itu berhadapan dengan polemik tidak berkesudahan.

Proses penggubalan undang-undang jenayah rogol dan sumbang mahram dari perspektif perundangan Islam juga lebih banyak menimbulkan perdebatan daripada menawarkan jalan penyelesaian.





Sebaliknya, undang-undang dan keterangan berkaitan zina banyak dibahaskan dengan jelas menyebabkan timbul gambaran seolah jenayah rogol dan sumbang mahram tidak berlaku pada zaman dulu.

Keadaan itu juga menjurus kepada persoalan adakah jenayah rogol dan sumbang mahram boleh diklasifikasikan sama seperti jenayah zina dari segi kaedah pembuktian serta hukumannya.

Penolong pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Zulfakar Ramlee, berkata sukar untuk menyamakan rogol dengan zina, terutama dari aspek pembuktian.

Selain pengakuan penzina sendiri, katanya, fuqaha bersetuju syahadah empat saksi diperlukan dalam mensabitkan kesalahan zina kerana bukti itu diyakini tanpa sebarang keraguan.

Bagaimanapun, katanya, hakikatnya ialah pihak terbabit dengan perbuatan zina atau jenayah rogol tidak melakukan kesalahan itu di khalayak ramai, tetapi dilakukan secara sembunyi atau di tempat yang tidak boleh dilihat orang.

“Keadaan ini menimbulkan tanda tanya orang awam kerana kesukaran untuk mendapat empat saksi yang benar-benar melihat perbuatan rogol,” katanya.

Berdasarkan kenyataan itu, Dr Zulfakar berkata, jenayah rogol tidak boleh disamakan dengan zina kerana sudut pembuktian tidak dapat membawa saksi seramai empat orang seperti disyaratkan.

Jika rogol tidak boleh disamakan dengan zina, dalam kategori manakah rogol boleh diklasifikasikan?

Menjawab persoalan itu, katanya, fuqaha meletakkan rogol dalam kategori hirabah iaitu merompak secara kekerasan dan ada ulama berpendapat rogol, termasuk dalam jenayah takzir (jenayah yang diberi kuasa kepada pemerintah menentukan bentuk hukuman).

Katanya, sama ada termasuk dalam kategori jenayah hudud atau takzir, pesalah rogol boleh dikenakan hukuman berat iaitu hukum mati.

Cuma yang membezakannya ialah dari segi aspek pembuktian yang mana jenayah hudud memerlukan empat saksi yang benar-benar melihat kejadian dan hukuman adalah maksimum.

Sebaliknya, proses pembuktian bagi jenayah takzir lebih mudah, tidak perlu sampai yakin dan boleh menggunakan keterangan mangsa sendiri, qarinah (keterangan persekitaran) dan keterangan forensik.

Perbahasan bagi menyokong ikrar dan keterangan persekitaran boleh diterima pakai, Dr Zulfakar mengambil satu hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah rogol menggunakan kaedah itu dan tiada wahyu menentang tindakan Baginda.

“Dalam satu kes di mana seorang wanita dirogol pada waktu Subuh, Rasulullah menerima pengakuan mangsa dan saksi yang melihat lelaki itu sedang memeluk perempuan tadi.

“Rasulullah menjatuhkan hukuman berdasarkan ikrar dan bukti persekitaran iaitu keadaan lelaki dilihat memeluk mangsa. Ini bermakna, ikrar dan qarinah boleh diterima pakai untuk membuktikan jenayah rogol.

“Jika tindakan menggunakan kaedah itu untuk menjatuhkan hukuman adalah salah, pasti turun wahyu membetulkan tindakan Rasulullah. Tetapi hadis itu tidak menjelaskan bentuk hukuman,” katanya.

Berdasarkan kisah itu, katanya, hasil kajian mencadangkan rogol diletakkan sebagai kesalahan takzir kerana tahap pembuktian tidak perlu kepada yakin dan kaedah pembuktian lebih mudah diperoleh.

Dr Zulfakar berkata, bagi kesalahan sumbang mahram, hukuman takzir wajar dikenakan kerana pesalah mengkhianati amanah sebagai ketua serta pelindung keluarga dan tanggungjawab sosial sebagai anggota masyarakat.

Katanya, jika sumbang mahram diklasifikasikan sebagai kesalahan takzir, ia memberi peluang pemerintah menentukan hukuman lebih berat kerana kesannya terhadap mangsa melebihi kesalahan rogol.

“Hukuman perlu sepadan kerana jika hukuman terlalu ringan, pesalah tidak rasa takut tetapi jika terlalu keras, boleh menyebabkan mangsa berdiam diri kerana tidak mahu si ayah atau abang dihukum,” katanya.

Dr Zulfakar berkata, berdasarkan hukuman mengikut undang-undang Islam, beberapa pandangan berpendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan jenayah zina, rogol dan sumbang mahram ialah rejam sampai mati, hukuman mati atau sebat 100 kali.

Cadangan Peguam Negara untuk mengamalkan sistem pembayaran pampasan kepada mangsa jenayah juga dilihat sebagai hukuman tambahan yang wajar dikenakan terhadap pesalah atas kerosakan yang dilakukan.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Kecelaruan identiti remaja banyak sebabnya

Postby WARIS on Thu Jan 19, 2006 2:15 pm

Kecelaruan identiti remaja banyak sebabnya

Oleh DR. SIDEK BABA


ISU identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej. Imej remaja tidak saja dihubungkan dengan perilakunya tetapi dikaitkan dengan idealisme, aliran kegiatan dan ada kaitan dengan potensi hari depan. Lebih jauh daripada itu, identiti remaja berkait rapat dengan jenis kepimpinan dan golongan yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Ia menentukan sama ada remaja adalah pendukung idealisme bina negara atau menjadi beban yang berpanjangan kepada masyarakat.

Ada petanda yang merisaukan banyak pihak mengenai identiti sebahagian remaja kini. Remaja pada masa lalu menghubungkan diri dengan isu-isu perjuangan ke arah membangunkan negara. Imej remaja sejak 30 tahun lalu cenderung mengukuhkan imej keagamaan sebagai landasan membangunkan sistem dan masyarakat.

Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit, sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa yang mengheret mereka ke arah kerosakan diri, terjebak dengan kemelut sosial yang merimaskan dan terpaut dengan pemikiran hedonistik yang mengasyikkan dan alpa kepada tanggungjawab bina-ilmu dan bina-negara dan lebih ekstrem lagi ialah terjebak dengan kegiatan black-metal yang menyesatkan.

Statistik remaja yang terjebak dengan ketagihan rokok, dadah, arak, zina dan jenayah amat membimbangkan dan jumlah yang menjadi mangsa kepada gejala AIDS/HIV semakin menakutkan. Apakah imej yang sedang melanda remaja kini akibat daripada ketidakmampuan kita mengurus kemajuan dan pembangunan? Adakah mereka menjadi mangsa atau akibat daripada kealpaan kita tentang peranan mendidik, memberikan idea-idea pendorong betapa pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara? Adakah kita gagal menterjemahkannya secara bijaksana dan strategik kepada mereka?

Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan yang hilang pedoman. Ia juga dikaitkan isu hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan dalam konteks perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan.

Lebih pedih lagi kecelaruan dikaitkan dengan remaja yang sudah hilang pertimbangan diri iaitu membina idola dan ‘diva’ yang bukan fitrah sifatnya, mengagumi proses pembaratan secara melulu dan hilang pertimbangan kenegaraan hingga menyebabkan imej dirinya tidak lagi dapat diharapkan sebagai penyumbang berkesan terhadap pembangunan tamadun bangsa. Remaja yang terjebak dengan kecelaruan ini bakal menjadi beban kepada masyarakat dan negara.

Kecelaruan

Amat tidak adil jika tanggapan dibuat bahawa semua remaja terjebak dalam masalah kecelaruan ini. Tetapi petanda yang ada di sekeliling kita memadai untuk kita membina rasa bimbang dan resah. Asas kebimbangan dan keresahan ini dibina atas alasan berikut:

1. Gelagat remaja yang amat terpengaruh dengan proses pembaratan yang sedang berjalan.

2. Proses pembaratan yang mencorakkan gaya hidup dan pemikiran baru menjadikan mereka tercabut daripada akar jati diri dan kabur hala tuju hidup, menjadikan imej mereka semakin suram dan kehilangan arah.

3. Kehidupan beragama sedang menjadi pertikaian antara ‘halal-haram’ pelanggaran salah-benar dan maaruf-mungkar.

4. Memburu makna maju dan moden tidak dalam acuan nilai yang baik, sebaliknya memajukan gaya hidup dengan pemikiran kebendaan dan semangat berfoya-foya (hedonistik).

5. Hilangnya rasa hormat dan adab terhadap tradisi, hilang malu terhadap orang tua, ibu bapa, guru-guru malah masyarakat.

6. Tiadanya cita-cita besar untuk bina-bangsa, bina-umat dan bina-tamadun hingga menyebabkan pudar azam dan cita-cita besar membina umat dan negara.

Banyak sebab mengapa kecelaruan berlaku di kalangan remaja. Zaman remaja adalah zaman yang amat kritikal dalam hidup seseorang manusia. Remaja mempunyai potensi tinggi yang boleh diarahkan kepada kebaikan malah boleh juga terjebak ke arah keburukan. Ia bergantung kepada corak pendidikan yang diterima dan suasana persekitaran yang membentuk.

Membentuk imej, watak dan tingkah laku remaja banyak bersandarkan kepada orientasi didikan yang diterima di rumah, sekolah, masyarakat dan juga sistem. Banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan ini:

1. Kecelaruan bermula apabila rumah tangga dan keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak. Masa berkualiti banyak dihabiskan di luar rumah. Anak-anak yang menuntut pengisian, belaian, kasih sayang, perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan rasa keibuan dan kebapaan. Media elektronik banyak berperanan mengambil tugas mendidik anak-anak. Ramai anak-anak yang mengalami ‘keciciran’ sejak pada awal umur lagi.

2. Ibu bapa tidak mempunyai ilmu dan ketrampilan keibubapaan yang berkesan dalam mendidik anak-anak. Tidak ramai ibu bapa yang faham proses pertumbuhan minda anak-anak, perkembangan psikik dan emosi mereka dan hubungkaitnya dengan tingkah laku yang diamalkan.

Akibatnya wujud lompang dalam hati dan minda anak-anak dan akhirnya anak-anak membentuk minda, hati dan tingkah laku berasaskan pendedahan yang ada dan pengaruh sekitar yang terdapat.

3. Sekolah banyak berperanan menyediakan anak-anak untuk tujuan peperiksaan. Membangunkan jiwa dan hati tidak diberikan fokus dan keutamaan. Akhirnya pembentukan watak yang holistik tidak berlaku. Berlakulah ‘keciciran’ kedua di kalangan anak-anak.

Umur yang amat kritikal bagi seseorang manusia dari sudut Islam ialah dari kelahiran hari pertama hinggalah ke tahap akil baligh. Sekiranya seseorang manusia terlepas daripada proses didik di tahap ini, kebimbangan tetap ada bahawa seseorang anak sudah diibaratkan seperti rebung yang sukar dilentur semula.

4. Masyarakat tidak menyediakan suasana yang kondusif untuk remaja membentuk diri dan peribadinya ke arah peka masyarakat dan peka sekeliling secara positif. Sebahagian remaja terlibat dengan kerenah rakan sebaya yang menampilkan kegiatan-kegiatan negatif dan akhirnya terjebak dengan amalan merokok, ketagih dadah dan pergaulan yang lepas bebas.

5. Sistem kenegaraan sendiri tidak mengambil pendekatan sepadu dalam proses pembangunan remaja. Orientasi dalam keluarga dan sekolah sedikit sebanyak menekankan pentingnya adab dan akhlak dalam pembinaan diri remaja. Namun, media cetak dan elektronik tidak dikawal programnya hingga menyebabkan percanggahan yang ketara apa yang dididik di sekolah dan di rumah dengan apa yang ditampilkan oleh media cetak dan elektronik. Akhirnya konflik wujud di kalangan remaja dan keadaan seperti ini melahirkan kecelaruan.

6. Keadaan di atas diburukkan lagi dengan isu-isu keagamaan yang dipertikaikan secara terbuka tanpa pendekatan mendidik dan ilmiah hingga menyebabkan sumber rujukan remaja mencari bercelaru. Ada isu-isu yang bercorak keagamaan boleh dibahaskan secara terbuka dan ada isu-isu keagamaan yang perlu dibincangkan di kalangan orang yang mempunyai keahlian.

Bayangkan isu-isu agama, imej ulama dan persepsi tentang Islam menjadi polemik yang tidak sihat. Ia boleh mempengaruhi remaja yang sedang mencari identiti diri dan sumber pengetahuan yang boleh dijadikan sandaran pembentukan pemikiran dan keyakinan dirinya.

Para remaja harus diberi bimbingan dan pedoman sejak awal umur lagi. Keterampilan keibubapaan amat dituntut dan kasih sayang, belaian dan tunjuk ajar menjadi sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Kecelaruan akan berlaku sekiranya persekitaran negatif membentuk anak-anak terutama ketika peringkat pertumbuhan akliah, emosi, rohaniah dan jasmani sedang subur.

Perkara asas yang harus disuburkan di kalangan remaja ialah jalinan komunikasi yang tinggi antara remaja dengan ibu bapa. Ibu bapa harus menjadi pendengar yang baik, menjelaskan dengan sabar dan pendidik yang taat.

Para remaja pula harus memiliki kesediaan dan keterbukaan untuk mendengar, berbincang, bertukar-tukar pandangan, bertanya dan cuba memahami bahawa ibu bapa atau guru adalah orang yang pernah melalui hidup seperti yang dilalui oleh remaja hari ini. Perbezaannya cuma zaman di mana ibu bapa dibesarkan dan zaman bagaimana remaja amat terdedah dengan pelbagai tarikan dan perkara-perkara yang merangsang nafsu-nafsi.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby fasihah on Mon Jan 23, 2006 3:14 pm

bila ana dgr slot ceramah pendek yg prof dr. sidek baba di radio ikim, ana rasa begitu disayangi oleh insan2 yg ana anggap sbg ibubapa. remaja skrg perlu berfikir dan menilai dgn baik. jgn terlalu mengikutkan rasa. ana mengingatkan diri sendiri coz adakalanya jalan menuju Allah begitu mudah sekali, adakalanya nafsu cuba menenggelamkan akal dan iman hingga begitu sakit dan sedih sekali. batasan itu perlu sangat2 diawasi selalu. syaitan memang sentiasa mencari jalan menyesatkan kita dan bergembira bila kita tunduk dan akur dengan pujuk rayunya. akhirnya kita sendiri yg akan kecewa. benda yg dah terjadi, pkr tu dah terlepas. pastikan yg akan dtg dr saat ni kt lebih berwaspada. ingatkan malaikat di sebelah syaitan di sebelah. malaikat mendoakan kita dan alangkah gembiranya mereka apabila kita melakukan perkra yang makruf. malaikat akan menangis bila kita mengerjakan pkr mungkar dan syaitan akan bersorak gembira. begitulah yg cikgu ana citer waktu ana kecil2 dulu. ana sendiri takut. kita perlu sts yakin dgn bantuan Allah. ana mahu menyeru semua remaja islam agar kita sama2 berusaha melangkah dengan lebih yakin bertaut dgn keimanan yg kukuh pasakannya dalam qalbu. ana mahu kita sama2 diredhai Allah. mg Allah berikan taufiq dan hidayahNya kpd kita. usahakan dan Allah akan menentukan hasilnya. tawakal dari awal hingga akhir. jauhi larangannya. turutilah perintahNya. bukti kehambaan kita yg sejati. ana lebih suka memegang watak hamba dan bukannya khalifah. seorang hamba lebih takut arahan PENCIPTA. dipanggil disuruh ia akan akur. mg dpt beri kesedaran pd diri hamba yg hina ini. ana akui dgn benar sekali, ana menulis begini utk beri kekuatan pd diri ana sendiri. ana takut kalah, dan sebenarnya telah berkali2 ana kalah... :nangis: ana cuba bangun lagi, belum sempat tangisan ana kering, ana jatuh ke bumi dan rahmatNya menyambut.. apa yg mahu ana kongsikan, bangunlah...bangunlah berjuang. jika tidak kita, siapa lagi??? ana tak mahu kecewa lagi. Allah akan bantu kita. segala ketentuanNya adalah yg terbaik utk kita. ana hambaNya yg hina. mg ana jd hamba yg mencari redha Allah dengan marahnya manusia, mg Allah akan cukupkan segala perbelanjaan manusia ke atas diri hamba faqir dan hina ini... :oops:
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby WARIS on Wed Jan 25, 2006 1:57 pm

Itulah kita terharu dengan ceramah-ceramah agama.
Terkesan dihati sanubari
terpancar sinar taubat dimata

Tapi remaja kita
makin didedahkan dengan ceramah agama
Semakin jiwa mereka memberontak
Pada mereka agama hak individu
Budaya punch baru hak kumpulan

makan nasi budaya timur ...tak rock
makan sampah baru ....rock...berbudaya tamadun katanya.

Seks selepas kawin ...tak best...banyak tanggungjawap
Kena bagi makan si isteri iaitu anak orang

Seks bebas baru ...rock
Tak de tanggungjawap nak dipikul

KENAPA BEGINI ...MANA SILAP KITA?
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby fasihah on Wed Jan 25, 2006 4:35 pm

di mana silapnya???

mg Allah lindungi segala...
apa yg pasti semuanya bermula dr pembentukan keluarga sendiri...

dr awal2 lagi, dr terlafaz akad nikah, ijab qabulnya..
terlalu banyak yg halus tak diperhati. ana teringin nak kongsikan buku yg ana baca. insyaAllah..

semuanya kena dijaga begitu rapi sekali.
mungkin sensitif tapi itulah kebenarannya. halus dan perlu diteliti.

sbg remaja, ana dambakan keredhaanNya semata. kini ana byk berhadapan dgn ujian, alhamdulillah ana masih diberi kekuatan dgn kudratNya. bg remaja yg tersalah, belum terlewat lg utk kembali pdNya, menuju jalan sehala... yakin bantuanNya...

semua pihak berkait. tp yg penting, remaja perlulah ada kesedaran dan kefahaman agama yg kukuh. jgn malu bertanya, jgn malu buat baik, zmn skang ni wat baik pun nak malu... jgn malu berubah, berhijrah, kuatkan hati, pekakkan telinga, biar hati penuh dgn ingatan padaNya..
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby WARIS on Thu Jan 26, 2006 12:29 pm

ANA pun ada tengok bangunan tinggi
Kalau asasnya kukuh
Angin datang tidak akan tumbang

Asas ni rupa memainkan peranan penting dalam semua perkara.

Berbicara berkaitan asas
rupa-rupanya asas keluarga ialah ibu bapa
asas ibu bapa ialah atok kita
asas atok kita ialah moyang kita
dan begitulah seterusnya

Asas ni adakalanya ori
ada kala ori tapi tak ok
adakala ok tapi tak ori
susah nak jadikan panduan

Selalunya kita akan menunding pada keturunan dalam keadaan pengaruh sedar
Asik-asik mencari jalan macamana kesalahan itu tidak tertimpa kediri kita.

Menyedari perihal salah menyalah inilah
Maka Islam mengutuskan Rasululah
dengan kenyataan bahawa "Rasulullah itu adalah suri tauladan yang baik"
Maknanya ikutan yang STANDARD

Tapi kenapa manusia tak ikut yek?
Tak ROCK kot?
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby fasihah on Thu Jan 26, 2006 5:29 pm

ana petik dari buku "JEJAK ORANG-ORANG SOLEH" karya ABDULLAH AL-ANSARI. byk pengajaran yg dpt diambil. sama-sama kita hayati. kupasannya ringkas dan menarik tp padat jika benar-benar kita ambil iktibar.

GENERASI ORANG-ORANG SOLEH

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran:
ertinya: "wahai orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka". (AT-Tahrim:6)

Allah menuntut setiap org drpd kita memelihara diri dan juga ahli keluarga terutama anak isteri yg menjadi tanggungjawab masing-masing dr api neraka. Menanam cita-cita utk melahirkan generasi org-org soleh adalah tindakan yg bijaksana krn org soleh adalah org yg beriman dan bertaqwa. org yg beriman dan bertaqwa dijanjikan keselamatan mereka di dunia dan di akhirat. 8)

Firman Allah s.w.t:
Ertinya: "dan sesiapa yg bertaqwa kpd Alah, Allah akan lepaskan dari kesusahan hidup dan diberiNya rezeki dari sumber yg tidak diduga". (At-Thalaq:2-3)

FirmanNya lagi:
"Sesungguhnya org-org yg beriman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi syurga yg penuh keni'matan". (Luqman: 8 )

bercita-cita utk menjadi Rasul dan Nabi adalah cita-cita yg mustahil kerana mereka adalah manusia pilihan Allah. sebaliknya bercita-cita menjadi org soleh sgt tepat, bersesuaian dgn kedudukan kita sbg org awam. sekalipun cita-cita menjadi org soleh tidak tercapai tetapi matlamat utk mencapai kedudukan yg tinggi di sisi Allah tidak tergelincir terlalu jauh. :P

sekurang-kurangnya kedudukan sbg org soleh(org-org baik) atau golongan abrar(org-orang yg berbakti) atau golongan al-faizan (org yg mendapat kemenangan) atau golongan ashabul yamin (org-org yg menerima suratan amal dr sebelah tangan kanan di padang Mahsyar) dapat dicapai. golongan ini masuk syurga tapi agak lambat krn dihisab terlebih dahulu.

mendidik diri sendiri menjadi orang soleh lebih susah dari mendidik anak-anak. hidup org yg sudah bergelumang dan terpaut dgn kehidupan duniawi lebih payah dibentuk drpd membentuk kehidupan anak-anak yg masih rebung. ini umpama mengukir di atas hapusan ukiran yg tidak mungkin menghasilkan karya yg cemerlang jika dibandingkan mengukir di atas batu yang bersih dari ukiran. :matabulat:

sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: "dilahirkan kanak-kanakkebersihan dan suci". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

pendedahan ini bukan bermaksud utk mematahkan cita-cita org dewasa utk menjadi orang soleh tetapi utk memberitahu bagaimana bentuk-bentuk pendidikan yang perlu diberi mengikut kategori masing-masing.

mendidik anak-anak menjadi orang soleh adalah tanggungjawab ibubapa dan masyarakat di sekelilingnya. penglibatan semua orang ini akan membolehkan kita melahirkan generasi yg baik. generasi yg baik dpt membentuk negara yg baik.

Firman Alah s.w.t:
ertinya: "negara baik (makmur) yang mendapat keampunan Tuhan". (As-Saba':15)

orang soleh bukan keturunan, bukan harta warisan. seperti juga Nabi bukan keturunan, bukan harta warisan. anak para orang soleh ada yg menjadi org fasiq dan ada yg derhaka kpd Tuhan. Seperti juga anak Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth yg menjadi manusia yg ingkar dgn Tuhan. usaha ikhtiar perlu dijalankan utk membentuk anak-anak menjadi org soleh setelah didahului dgn rasa tawakal. :kenyit:

kalau rejim komunis mengadakan pendidikan khas utk melahirkan anak-anak yg berkefahaman komunis supaya ideologi mereka ada penyambung,maka kita umat islam lebih patut mengadakan pendididkan sendiri iaitu pendidikan rohani utk melahirkan orang-orang soleh(wali) supaya dapat mendaulahkan Islamkembali sebagaimana pendidikan Rasulullah terhadap sahabat-sahabat di Mekah dan Madinah, pendidikan Imam Ghazali di Baghdad dan pendidikan Imam Hassan Al-Basri terhadap murid-muridnya di Basrah.
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby fasihah on Thu Jan 26, 2006 5:35 pm

WARIS wrote:ANA pun ada tengok bangunan tinggi
Kalau asasnya kukuh
Angin datang tidak akan tumbang

Asas ni rupa memainkan peranan penting dalam semua perkara.

Berbicara berkaitan asas
rupa-rupanya asas keluarga ialah ibu bapa
asas ibu bapa ialah atok kita
asas atok kita ialah moyang kita
dan begitulah seterusnya

Asas ni adakalanya ori
ada kala ori tapi tak ok
adakala ok tapi tak ori
susah nak jadikan panduan

Selalunya kita akan menunding pada keturunan dalam keadaan pengaruh sedar
Asik-asik mencari jalan macamana kesalahan itu tidak tertimpa kediri kita.

Menyedari perihal salah menyalah inilah
Maka Islam mengutuskan Rasululah
dengan kenyataan bahawa "Rasulullah itu adalah suri tauladan yang baik"
Maknanya ikutan yang STANDARD

Tapi kenapa manusia tak ikut yek?
Tak ROCK kot?


salam..
pada ana, pengaruh rakan-rakan sangat kuat. kecuali buat remaja yg pegang kuat pada tali Allah. coz tu kita patut rasa rugi sgt2 bila remaja2 lepasan sekolah2 agama turut berubah ikut langkah yg salah. Allah maha mengetahui. nak salahkan parent, ada kala dah ajar punyalah baik, anak yg tak mahu mengikut. :oops:

benar, Rasulullah lah qudwah hasanah... nyata kita seolah2 nak nafikan. kdg2 tahu tp wat2 tak tahu coz nampak ketinggalan zaman. terus terang ana katakan, ana sering terbelenggu dgn masalh akhir2 ni. ana tahu ana tak kuat dan ana akan elakkan. dan resultnya, kita nmpk ketinggalan zaman dan pasif. tp ana tak rasa mcm tu.

pd ana, biarlah apa org nak kata. itulah caranya, kita cari keredhaan Allah dgn marahnya manusia, Allah akan cukupkan perbelanjaan manusia ke atas kita. kalau kita mencari redha manusia dgn marahnya Allah maka Allah akan lepaskan segalanya kpd manusia. bukan senang tu, dijaga Allah lagi mudah... yakinlah, kita pun pasti ada pengalaman kan..? :matabulat:

tp mcm slalu ana katakan, perlulah sedar. bangun...!! time ada lintasan baik tu segerakanlah.. bukan selalu dapat. ana pun asyik menghitung diri. takut, terlalu byk dugaan dan godaan. mujur Allah ada utk kita. beringatlah cepat...

"Allah suka org yg bertaubat. tp Allah lagi suka orang muda yg bertaubat"..:oops:
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby WARIS on Fri Jan 27, 2006 8:28 am

BERCAKAP PASAL KETINGGALAN ZAMAN

ANA lihat manusia kini kembali kepada awal zaman
lihat:

Manusia berpakaian seperti zaman batu
singkat sana, sengteng sini
dedah sana, buka sini
tolak rantai emas,pakai rantai tulang/gigi binatang

Fesyen rambut
Ala zaman flinston
Warna rambut mcm zaman jahilillah
lagi pelik lagi BEST.

BERSOSIAL
Tak payah kawin
tapi dapat seks

Tak de pulak ANA nampak bertamadunnya.

Yang ANA nampak ialah manusia tolak
Sifat-sifat baik dalam hati
Peraturan baik dalam diri manusia

MEREKA hendak HIDUP BEBASSSSS.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby fasihah on Fri Jan 27, 2006 11:47 am

WARIS wrote:BERCAKAP PASAL KETINGGALAN ZAMAN

ANA lihat manusia kini kembali kepada awal zaman
lihat:

Manusia berpakaian seperti zaman batu
singkat sana, sengteng sini
dedah sana, buka sini
tolak rantai emas,pakai rantai tulang/gigi binatang

Fesyen rambut
Ala zaman flinston
Warna rambut mcm zaman jahilillah
lagi pelik lagi BEST.

BERSOSIAL
Tak payah kawin
tapi dapat seks

Tak de pulak ANA nampak bertamadunnya.

Yang ANA nampak ialah manusia tolak
Sifat-sifat baik dalam hati
Peraturan baik dalam diri manusia

MEREKA hendak HIDUP BEBASSSSS.


setuju..
benda yg haram ni selalunya sedap tp sekejap..
pastu terimalah natijahnya..
tp kalau benda yg halal...
contohnya bercinta dalam pernikahan..
kenalah sabar kejap..
sblm bernikah tak pyhlah nak bercinta
kejap jer kalau bersabar
pastu halallah...
insyaAllah lg berkat..

p/s: ana takut. jgn dipalingkan hati ini ya Rabb.. :nangis:
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

CINTA ADALAH FITRAH YANG SUCI

Postby WARIS on Fri Jan 27, 2006 3:40 pm

CINTA ADALAH FITRAH YANG SUCI

Cinta seorang laki-laki kepada wanita dan cinta wanita kepada laki-laki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumber dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , yaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan pikiran dan fisiknya.


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (Ar Rum ayat 21)

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , karena kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya.
Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram

Cinta mengandung segala makna kasih sayang , keharmonisan , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandung persiapan untuk menempuh kehiduapan dikala suka dan duka , lapang dan sempit.

Cinta bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara fisik saja. Ketertarikan secara fisik hanyalah permulaan cinta bukan
puncaknya.Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.Tapi disamping keindahan bentuk dan rupa
harus disertai keindahan kepribadian dengan akhlak yang baik.

Islam adalah agama fitrah karena itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu dijaga , dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.

Islam mebersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajarkan bahwa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.




PERNIKAHAN TEMPAT BERMUARANYA CINTA


"Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan" (Sunan Ibnu Majah)

Pernikahan dalam islam merupakan sebuah kewajiban bagi yang mampu.Dan bagi insan manusia yang saling
menyintai pernikahan seharusnyalah menjadi tujuan utama mereka.

Karena itulah percintaan yang tidak mengarah kepada pernikahan bahkan disertai hal-hal yang diharamkan
agama sangat tidak disarankan oleh islam.Cinta dalam pandangan islam bukanlah hanya sebuah ketertarikan
secara fisik , dan bukan pula pembenaran terhadap perilaku yang dilarang agama.Karena hal ini bukanlah
cinta melainkan sebuah lompatan birahi yang besar saja yang akan segera pupus.Karena itu cinta memerlukan
kematangan dan kedewasaan untuk membahagiakan pasangannya bukan menyengsarakannya dan bukan
juga menjerumuskannya ke jurang maksiat.

Percintaan tanpa didasarkan oleh tujuan hendak menikah adalah sebuah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh
agama.Karena batas antara cinta dan nafsu birahi pada dua orang manusia yang saling menyintai sangatlah
tipis sehingga pernikahan adalah sebuah obat yang sangat tepat untuk mengobatinya.

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah SWT sebagai pemersatunya.Dan tidak ada yang
melebihi ikatan ini.Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu dimana kedua orang yang saling menyinta itu
memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihi dan berbagi hidup baik suka maupun
duka.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

[color=darkred]MEMELIHARA KETURUNAN[/color]

Postby fasihah on Fri Jan 27, 2006 4:33 pm

Tidak ada yg menjadi Rasul dan Nabi dari keturunan zina. Nabi Muhamad s.a.w diangkat menjadi Rasul dari keturunan yg sgt terang salasilahnya hingga sampai ke nabi Ibrahim. walaupun Rabiatul Adawiyah pernah hidup dr satu tangan lelaki ke satu tangan lelaki tetapi ketika itu beliau adalah seorang hamba sahaya yg dimilik oleh tuan.

beliau sgt berkeinginan utk menjadi org yg merdeka tetapi tidak punya harta utk beliau menebus diri. sehinggalah pd suatu hari beliau dibebaskan oleh tuannya apabila tuannya mendengar Rabiatul Adawiyah merayu di tgh malam:

"Tuhanku ! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dgn sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa siang dan malam dgn melakukan ibadah kpdMu. tetapi apa yg boleh aku lakukan krn Kau jadikan aku hamba kpd manusia".

ibu Rabiatul Adawiyah adalah seorang perempuan yg solehah dan yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya. ini membuktikan RabiatuL Adawiyah adalah dr keturunan yg baik. keturunan yg baik adalah ibarat batu mutiara. batu mutiara walaupun dilempar ke dalam lumpur akan tetap kekal sbg batu mutiara.

anak zina juga tidak berhak diwalikan oleh ayahnya dan tidak berhak mewarisi sebarang harta. menerangkan kedudukan anak zina bukan menyuruh kita membenci anak zina tetapi utk memberi peringatan supaya jgn sesekali melibatkan diri dalam kancah zina.

Firman Allah s.w.t:
ertinya: "jangan kamu hampiri zina". (Al-Isra':32)

menurut pengalaman kebanyakan guru agama di Malaysia, memang sukar utk mendidik anak-anak zina. jiwa mereka lebih cenderung utk melakukan kejahatan daripada melakukan kebaikan. menurut penyelidikan ahli2 rohani, kebanyakan drp penentang2 agama adalah drpd keturunan anak zina. pertalian drpd percampuran yg haram sgt mendorng anak yg lahir melakukan pekerjaan yg haram.

pembentukan darah dan daging drpd percampuran yg haram sgt menyukarkan malaikat Mulhim menduduki hati mereka utk membisikkan kebaikan tetapi sgt mudah bagi syaitan utk membisikkan kejahatan.

dalam menghadapi permasalahan ini, anak zina tidak berhak dipersalahkan tetapi lelaki dan wanita yg melakukan zina yg patut dihukum rotan 100 kali atau direjam sampai mati krn akibat dr perbuatan mereka yg terkutuklah generasi yg dilahirkan menjadi porak peranda.

terjadinya anak zina bukan hanya disebabkan bersekedudukan tanpa nikah tetapi boleh juga terjadi disebabkan bersekedudukan dgn nikah yg rosak ataupun cacat. nikah menjadi rosak apabila org yg soleh dan saksi terdiri daripada orang yg fasiq.

nikah menjadi cacat apabila kenduri kahwin dipenuhi kemungkaran seperti percamuran bebasb antara lelaki dan perempuan, persandingan, dan majlis tari menari. sekiranya dilihat dr corak perkahwinan masyarakat hari ini yg banyak tidak menepati syariat, menrut perkiraan banyaklah anak-anak zina yg dilahirkan.

justeru itu, kita mendapati sgt sukar utk mendidik manusia hari ini menjadi baik krn keturunan sudah tidak jelas bersihnya. ekorannya, org2 soleh sudah semakin berkurangan di bumi ini sedang kewujudan mereka dpt membawa rahmat dan menolak bala bencana.

Firman Allah s.w.t:
ertinya: "jikalau ada penduduk kampung yg beriman dan bertaqwa maka akan dibukakan kpd mereka keberkatan dari langit dan bumi". (Al-A'araf:96)

oleh itu, utk membentuk generasi org soleh maka pernikahan hendaklah dilakukan dgn mematuhi syariat. org soleh dan saksi sekurang-kurangnya hendaklah terdiri drp org soleh dan kenduri kahwin hendaklah tercegah drpd mungkar.

lafaz talak hendaklah dipelihara dgn baik, jgn sesekali dijadikan bahan senda gurau atau perbualan harian.

p/s: bersambung insyaAllah. ana nak gi kuliah.. salam.. :kenyit:
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

PAKEJ MUKKADIMAH ZINA

Postby WARIS on Fri Feb 03, 2006 10:28 am

Firman Allah s.w.t:
ertinya: "jangan kamu hampiri zina". (Al-Isra':32)





INILAH YANG BERLAKU KINI

BERPAKAIAN CENDERUNG KEPADA MUKKADIMAH ZINA
BERKAWAN CENDERUNG KEPADA MUKKADIMAH ZINA
BERCINTA CENDERUNG KEPADA MUKKADIMAH ZINA
BERPERHIASAN CENDERUNG KEPADA MUKKADIMAH ZINA

KINI NAK TENGOK BLUE TAK PERLU CARI CD/DVD
PERGI JE KAT TAMAN BUNGA

NAK TENGOK PUSAT PERBAGAI KAUM TAK PERLU CARI CD/DVD
PERGI JE SHOPPING KOMPLEK

TERINGIN NAK TENGOK LURAH BONTOT ANAK DARA
JELING JE REMAJA PAKAI SELUAR LONDEH


TERINGIN NAK TENGOK LURAH PAYUDARA
JELING JE REMAJA PAKAI BAJU KECIK

SILAP-SILAP JELING YANG PAKAI SELUAR LONDEH
ANTA/ANTUM BOLEH NAMPAK BULU ARI-ARINYA SEKALI

MURAHHHH...DAN PAKEJ MAAAA

SEMUANYA BERMUKKADIMAH, CAMANA NI?
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: PAKEJ MUKKADIMAH ZINA

Postby fasihah on Fri Feb 10, 2006 11:05 pm

WARIS wrote:Firman Allah s.w.t:
ertinya: "jangan kamu hampiri zina". (Al-Isra':32)





INILAH YANG BERLAKU KINI

BERPAKAIAN CENDERUNG KEPADA MUKKADIMAH ZINA
BERKAWAN CENDERUNG KEPADA MUKKADIMAH ZINA
BERCINTA CENDERUNG KEPADA MUKKADIMAH ZINA
BERPERHIASAN CENDERUNG KEPADA MUKKADIMAH ZINA

KINI NAK TENGOK BLUE TAK PERLU CARI CD/DVD
PERGI JE KAT TAMAN BUNGA

NAK TENGOK PUSAT PERBAGAI KAUM TAK PERLU CARI CD/DVD
PERGI JE SHOPPING KOMPLEK

TERINGIN NAK TENGOK LURAH BONTOT ANAK DARA
JELING JE REMAJA PAKAI SELUAR LONDEH


TERINGIN NAK TENGOK LURAH PAYUDARA
JELING JE REMAJA PAKAI BAJU KECIK

SILAP-SILAP JELING YANG PAKAI SELUAR LONDEH
ANTA/ANTUM BOLEH NAMPAK BULU ARI-ARINYA SEKALI

MURAHHHH...DAN PAKEJ MAAAA

SEMUANYA BERMUKKADIMAH, CAMANA NI?


BISA TAPI BENAR APA YG WARIS CORETKAN...
TAKUT ADA YG BARU TERFIKIR PULAK WAT BENDA LIRIK YG BUKAN2 NI...
MG IMAN AKAN LINDUNG KITA SENTIASA...
LILLAHITA'ALA...
ALLAHUAKBAR...!!!
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby WARIS on Mon Feb 13, 2006 5:18 pm

PATUTNYA
INILAH YANG PERLU SHAHRIZAT
AMBIL PEDULI
UNTUK MEMARTABATKAN MARUAH WANITA ISLAM MALAYSIA
SEPERTIMANA ISLAM MEMARTABATKAN MARUAH WANITA
YANG DIJADIKAN PEMUAS NAFSU
ZAMAN JAHILIYAH.

BUKAN MENAFIKAN HAK
MENAIKKAN MARUAH WANITA
DENGAN MENGHALALKAN SUAMI
KEPADA WANITA MALAYSIA
SECARA POLIGAMI YANG SAH MENGIKUT ISLAM.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby fasihah on Tue Feb 14, 2006 9:32 am

maruah agama kita dihinjak...
wanita jadi terlalu murah :nangis:
ada yg sukarela tanpa dipaksa, mengejar nama menurut nafsu...
wanita jadi objek...
ana malu... :nangis: :nangis:
ana sedih.. :( :(
wanita perlu ada kesedaran sendiri, sayangnya tak dpt fikirkan yg terbaik...
mg Allah beri kita semua kesedaran dan kefahaman... serta petunjuk.. ameen...
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby WARIS on Tue Feb 14, 2006 9:53 am

ITULAH TANGAN YANG MENGOYANG BUWAIAN
MAMPU MENGONCANGKAN DUNIA

KINI TANGAN ITU JUGA MENGONCANG DUNIA ISLAM
DENGAN ZURIAT YANG TAK PASTI KETURUNAN
DEK AKTIVITI ZINA

APAKAH SUATU HARI NANTI ISLAM WUJUD TANPA KETURUNAN
ANAK LUAR NIKAH JADI ULAMAK
ITU SEMUA KETENTUAN ALLAH SWT
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm


Return to Bicara Umum

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron