hukum menghadiri pengebumian mayat bukan islam

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

hukum menghadiri pengebumian mayat bukan islam

Postby honnney_mk on Fri Feb 15, 2008 4:43 pm

assalamualaikum...

saya ada soalan.. apakah hukumnya, menghadiri pengebumian mayat bukan islam?

harap dapat membantu.. terima kasih....
honnney_mk
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 23
Joined: Sat Nov 09, 2002 8:00 am
Location: pE-rOck

Postby abuqais on Fri Feb 15, 2008 10:40 pm

Islam memuliakan manusia sama ada semasa ia hidup atau selepas ia mati. Sebab itu orang Islam yang mati wajib diuruskan dengan cara yang terbaik sehinggalah ia dikebumikan (dikembalikan kepada asal kejadian).

Hukum menziarahi pengkebumian orang bukan Islam (menziarahinya setelah ia mati), hampir sama hukumnya seperti menziarahinya semasa ia masih hidup (contoh semasa sakit, hari perayaan dan hari perkahwinan mereka)

Namun tentulah ada batasnya dalam kunjungan tersebut. Kalau sekadar hadir sebagai tanda penghormatan, dan tidak terlibat dengan melakukan sebarang upacara, maka tidak mengapa. yang paling penting jangan sampai berlaku fitnah. Jika tidak hadir adalah lebih baik, maka lakukanlah. Jika hadir itu adalah lebih baik, maka lakukanlah.

Hadith riwayat al-Bukhari daripada Rasulullah daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami katakan kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabila kamu melihat jenazah maka hendaklah kamu berdiri.

Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Apabila kamu melihat jenazah hendaklah kamu berdiri, dan jangan kamu duduk sehingga jenazah itu membelakangi (meninggalkan) kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan. dalam lafaz yang lain menurut riwayat muslim: Jika kamu mengikuti jenazah itu maka janganlah kamu duduk sehingga jenazah itu diletakkan. Ini menunjukkan kita boleh mengiringi jenazah orang bukan Islam. Jika tidak masakan kita dibenarkan untuk melihat sehingga jenazah itu diletakkan kerana ia hanya dapat dilihat bagi orang yang menghadiri pengkebumian.

Wallahu a'lam.
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Postby seraiwangi on Sun Feb 17, 2008 12:54 pm

abuqais wrote:Islam memuliakan manusia sama ada semasa ia hidup atau selepas ia mati. Sebab itu orang Islam yang mati wajib diuruskan dengan cara yang terbaik sehinggalah ia dikebumikan (dikembalikan kepada asal kejadian).

Hukum menziarahi pengkebumian orang bukan Islam (menziarahinya setelah ia mati), hampir sama hukumnya seperti menziarahinya semasa ia masih hidup (contoh semasa sakit, hari perayaan dan hari perkahwinan mereka)

Namun tentulah ada batasnya dalam kunjungan tersebut. Kalau sekadar hadir sebagai tanda penghormatan, dan tidak terlibat dengan melakukan sebarang upacara, maka tidak mengapa. yang paling penting jangan sampai berlaku fitnah. Jika tidak hadir adalah lebih baik, maka lakukanlah. Jika hadir itu adalah lebih baik, maka lakukanlah.

Hadith riwayat al-Bukhari daripada Rasulullah daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami katakan kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabila kamu melihat jenazah maka hendaklah kamu berdiri.

Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Apabila kamu melihat jenazah hendaklah kamu berdiri, dan jangan kamu duduk sehingga jenazah itu membelakangi (meninggalkan) kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan. dalam lafaz yang lain menurut riwayat muslim: Jika kamu mengikuti jenazah itu maka janganlah kamu duduk sehingga jenazah itu diletakkan. Ini menunjukkan kita boleh mengiringi jenazah orang bukan Islam. Jika tidak masakan kita dibenarkan untuk melihat sehingga jenazah itu diletakkan kerana ia hanya dapat dilihat bagi orang yang menghadiri pengkebumian.

Wallahu a'lam.


salam ukhuwwah fillah..

Tuan/Ustz abuqais...,

Syukran atas perkongsian info yg sungguh bermanafaat.....
:)
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby tajdid on Sat Mar 01, 2008 6:24 pm

Tidak boleh menghadiri pengkebumian orang bukan Islam kecuali jenazah itu adalah ahli keluarga. Itupun tidak boleh menunjuk simpati berlebihan dan tidak berlama-lama ditempat tersebut.
tajdid
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 25
Joined: Tue Jan 01, 2008 3:32 pm
Location: Selangor

ziarah jenazah bukan islam

Postby abuqais on Mon Mar 03, 2008 1:23 pm

tidak diharamkan secara mutlak untuk kita menghadiri pengkebumian orang bukan Islam. Contohnya polis islam yang berkerja mengawal keselamatan, secara tidak langsung dia dikira menghadiri pengkebumian. Begitu juga pemimpin, jiran, rakan perniagaan dan sahabat bukan islam yang meningal dunia, sudah tentu rakan-rakan beragama Islam wajar menyatakan tahziah atau simpati mereka dan mungkin akan hadir ke majlis pengkebumian sekadar memberi penhormatan terakhir. Jika tidak kita akan dipandang serong oleh orang bukan Islam. mereka akan brkata orang islam hanya berkawan dgn orang bukan islam semasa hidup. bila dah mati mereka akan jadi musuh... Yang paling penting jangan sampai terjadi fitnah yang merosakkan kemuliaan Islam. Sebelum hukum yang jelas ditentukan, kita perlu tahu situasi dan siapakan orang bukan Islam yang meninggal dunia tu dan siapakah orang islam yang hendak menghadiri pengkebumian itu.

sepatutnya kita tidak memakai pendapat yang keras dalam soal menghadiri kematian jenazah bukan Islam. apatah lagi dalam masyarakat majmuk seperti malaysia. fiqh itu perlu difahami dan diamal secara berhemah dan bijaksana. Jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longgar... WA.
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Postby tajdid on Wed Mar 05, 2008 1:03 pm

Saya berkata itu berdasarkan fatwa mufti brunei dan ini saya titipkan sebahagian isinya:

Adapun perkara takziah dengan menghadiri atau mengikutinya ke tempat penanaman, padanya ada dua keadaan, pertama, jika mayat itu keluarga terdekat, dan kedua, jika bukan keluarga.

Apabila dia keluarga terdekat, seperti isteri, jiran, teman rapat, maulâ dan hambanya, maka hukumnya tidak dilarang yakni harus.

Imam Nawawi sebagaimana dinukil oleh pengarang al-Qalyubi wa ‘Umairah berkata:

Ertinya: “Dan tidak mengapa orang Islam mengiringi mayat keluarganya yang kafir, yakni (hukumnya) tidak makruh.”(Qalyubi wa ‘Umairah 1/406)

Pengarang kitab Fath al-‘Allâm memperjelas lagi pengertian keluarga itu, katanya:


Ertinya: “Dibolehkan bagi orang Islam mengiringi mayat keluarganya yang dekat yang kafir, seperti isterinya, jiran, teman rapat, maulâ dan hambanya.”(Fath al-‘Allâm 3/280)

Tetapi jika dia orang lain, bukan keluarga, maka hukumnya haram sebagaimana yang disebutkan dalam kitab yang sama berbunyi:

Ertinya: “Adapun selain mereka (selain isteri, jiran, teman rapat, maulâ dan hamba) adalah diharamkan sebagaimana yang disebutkan dalam kitab al-Qalyubi ‘ala al-Jalâl.”(Fath al-‘Allâm 3/380)
tajdid
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 25
Joined: Tue Jan 01, 2008 3:32 pm
Location: Selangor

Postby abuqais on Wed Mar 05, 2008 10:21 pm

Illah atau alasan yang mengharuskan kita menghadiri pengkebumian orang bukan Islam ialah:

1) Darurat (contoh diugut jika tidak hadir, kita akan dibunuh dll)
2) maslahah (contoh jika hadir, kita akan dapat menjamin keamanan negara dan sokongan bukan islam-kafir zimmi, contoh polis dan pengawal keselamatan)
3) Selamat daripada fitnah (contoh mengelakkan daripada tercetus permusuhan atau pelangaran perjanjian dengan kafir zimmi)
4) Bukan kafir harbi. Jika kafir harbi maka haram diucapkan tahziah atau hadir pengkebumiannya walaupun dia adalah keluarga sendiri.
5) Bukan orang munafik. Kerana orang munafik haram disolatkan, dan haram menghadiri pengkebumiannya- al-Taubah ayat 84.

Kesimpulan, hubungan keluarga dan sahabat rapat bukanlah bersifat konklusif untuk dijadikan illah dalam mengharuskan kita menghadiri pengkebumian jenazah bukan islam. Lihat dalil sampingan (syar'u man qablana) kisah nabi Nuh yang sedih atas kematian anaknya.

Terima kasih kepada tajdid atas perkongsian maklumat.
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron