APAKAH DIA MAKSUD SIFAT MAHMUDAH DAN SIFAT MAZMUMAH

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Postby albanna on Sat Sep 29, 2001 4:47 am

Assalamua'laikum...

:senyum:Adapun budipekerti yang baik (SIFAT MAHMUDAH) itu adalah menjadi sifat utama bagi penghulu dari segala para Nabi dan Rasul. Ia juga adalah sifat para ulamak dan dikira sebahagian dari agama. Manakala budi pekerti buruk (SIFAT MAZMUMAH) merupakan racun yang membunuh, dan kekejian yang sunguh memalukan serta budiendah yang jelas. Ia bukan sahaja dikira sebagai perkara yang jahat yang bisa menjauhkan manusia dari sisi Allah, malah akan menjerumuskan ke dalam perangkap-perangkap syaitan.
Adapun pokok akhlak yang mulia dan asasnya adalah empat:
1. Hikmat atau kebijaksanaan.
2. Syaja'ah atau keberanian.
3. 'Iffah atau kebersihan jiwa.
4. 'Adl atau keadilan.
Kebijaksanaan ialah suatu keadaaan dalam diri yang mana menerusinya ia dapat membezakan yang benar dan yang salah dalam semua hal ikhtiariah(perbuatan pilihan diri sendiri). Keberanian ialah keadaaan marah yang sedang meluap-luap itu dapat dikawal oleh akal untuk terus ke depan ataupun menahannya daripada berlaku. Kebersihan jiwa pula ialah menahan kemahuan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syarak. Keadilan ialah suatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahwat, lalu membimbing keduanya ke arah kebijaksanaan, serta menentukan bila masanya boleh diikutkan dan bila pula harus dikekang dari berlaku menurut hal dan keadaaan yang dihadapinya. Dengan menegakkan keempat-empat sifat yang tersebut, barulah dapat dilengkapi diri dengan semua akhlak dan budipekerti yang indah.
Akhlak yang mulia akan membentuk sifat peribadi yang indah. Dengan sifat ini seseorang itu akan dapat menemui jalan hidup Islam yang indah. Beberapa contoh sifat yang terpuji (MAHMUDAH) ialah:
1. Benar dalam tutur-bicara.
2. Benar dalam menepati janji.
3. Bersabar dalam menghadapi dugaan.
4. Bersyukur dengan nikmat Allah.
5. Mengingati mati.
Benar dalam bebicara adalah salah satu sifat yang terpuji. Adalah wajar sekali seseorang itu memelihara lidahnya dari memperkatakan sesuatu yang tidak benar, malah janganlah berbicara melainkan yang benar sahaja. Ini kerana ianya hanya membuka kepada jalan untuk berdusta. Sedangkan berdusta merupakan sifat yang tercela (MAZMUMAH).
Menepati setiap perjanjian akan menjadikan seseorang itu taat terhadap Allah. Setiap perjanjian dilakukan kerana terdapat cita-cita. Memang mudah untuk melafazkan janji tetapi amat payah untuk melakukan setelah cita-cita tersebut tercapai. Sebagaimana Qarun yang telah ditelan bumi kerana perjanjiannya dengan Allah. Azam dan cita-cita itu dikira sebagai janji yang patut dipuji, manakala mengingkarinya dianggap sebagai dusta. Oleh itu hendaklah kita menepati segala janji-janji kita, supaya kita dapat dijumlahkan sebagai orang-orang yang benar.
Setiap kita harus menyakini bahawa sifat sabar sangat penting dalam menghadapi kehidupan di dunia ini yang mana kehidupan dunia ini tidak boleh lari dari dua perkara iaitu:
1. Sesuatu perkara yang sesuai dengan kehendak kita.
2. Sesuatu perkara yang tidak sesuai dengan kita malah dibenci.
Dalam menghadapi perkara di atas, kita tetap memerlukan sifat sabar. Sabar dengan kemahuan kita agar kita tidak menjadi tamak, alpa dan sebagainya untuk mengelakkan kita dari tercampak ke lembah yang hina. Sabar ketika menghadapi apa sahaja perkara yang tidak disenangi oleh kita seperti sabar ketika orang mencaci kita, menyakitkan hati dan sebagainya. Ini kerana setiap daripada itu akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah.
Bersyukur pada setiap rahmatNya kerana setiap kali kita melafazkan syukur, semakin dekatlah diri yang hina dengan Allah. Setiap nikmat yang disyukuri itu nanti akan ditambah oleh Allah. Jika tidak mensyukuri dengan apa yang dikurniakan oleh Allah, maka kita berkemungkinan akan ditarik nikmatNya. Janganlah kita mencemuh makanan yang berada di depan kita, sepatutnya kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada kita itu. Maka jadilah kita orang-orang yang mensyukuri setiap pemberian Allah. Insyaallah nanti Allah akan melimpahkan rezeki yang berlipatganda.
Mengingati hari kematian adalah salah satu sifat yang terpuji ini kerana ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Bila kita mengingati mati, segala perbuatan maksiat akan segera ditinggalkan. Maka timbullah penyesalan dalam setiap diri kita. Setiap penyesalan adalah taubat. Setiap taubat akan diterima oleh Allah sekiranya kita melakukannya dengan ikhlas. Dengan ini juga, maksiat akan ditinggalkan dan masuklah kita dalam golongan orang-orang yang terpuji.
Setiap yang baik dan terpuji itu ada juga yang buruk dan tercela. Begitulah kehidupan ini di dunia yang dicipta oleh Allah. Di dalam dunia ini terlalu banyak yang tercela (SIFAT MAZMUMAH) dari yang baik. Sebagai contohnya ialah:
1. Riak.
2. Marah, dendam dan dengki.
3. Bahaya lidah.
4. Tamak kekayaan.
5. Tipudaya.
Riak ialah menuntut pangkat dan kedudukan menerusi perbuatan ibadat. Mereka ini meminta agar dipuji dalam setiap amal ibadat mereka. Dan disebabkan amalan ibadat ini juga, mereka dapat dinaikkan pangkat. Pelbagai jenis riak seperti riak dalam tubuh, riak dalam pemakaian, riak dalam perbuatan, riak dalam ucapan, riak dalam banyaknya pengikut dan hal-hal lain yang di luar diri.
Sifat marah, dendam dan dengki telah ada semenjak dari Nabi Adam a.s. lagi. Sifat marah adalah berasal dari api dan api itu ialah syaitan. Dari difat marah ini mucullah sifat dendam dan dengki. Sifat-sifat ini adalah sifat-sifat kemusnahan dan kecelakaan, maka adalah perlu bagi mereka mengetahui apa yang mendorong mereka menjadi begitu dan hendaklah ia menghindarkannya agar mereka dapat menjaga hati mereka.
Lidah merupakan bahaya yang amat besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dengan bahaya ini melainkan bertutur mengenai perkara yang baik sahaja. Lidah yang tidak dapat dikawal dari bercakap perkara yang bukan-bukan adalah dipengaruhi syaitan.
Tamak harta kekayaan menyebabkan seseorang itu lupa untuk beramal ibadah. Rezeki ini adalah rezeki Allah yang dikurniakanNya untuk makhlukNya melakukan ibadat. Melakukan pembaziran adalah sifat yang tercela, sebaliknya harta hendaklah di belanjakan dengan berekonomi dan penuh dengan kesederhanaan. Tamak dan loba adalah berbeza iaitu tamak ialah inginkan apa yang ada pada tangan orang lain manakala loba pula ialah tidak yakin dengan orang lain dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tamak merupakan sejahat-jahat perkara antara dua sifat ini.
Tipudaya merupakan punca segala kecelakaan dan induk segala sifat yang membinasakan. Tipudaya ialah ketenangan jiwa terhadap sesuatu yang ditunjuk oleh hawa nafsu, manakala tabiat sangat cenderung pula kepadanya disebabkan oleh kekeliruan ataupun penipuan daripada syatian. Barangsiapa yang beranggapan diri mereka itu dalam keadaan selamat dari perkara-perkara yang merosakkan, maka orang itu sebenarnya tertipu. Kebanyakan orang di dunia tertipu oleh diri mereka sendiri. Angan-angan dan harapan adalah berbeza dan ianya akan menimbulkan kekeliruan bagi umat. Kebanyakkan angan-angan ini ditipu oleh syaitan dan dijadikannya sebagai harapan. Bila seseorang itu menyangkakannya itu adalah harapan, maka orang itu akan sendirinya akan lalai akan tanggunggjawabnya terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Wassalam.

:senyum::senyum::senyum:
Hidup Osama bin Laden
albanna
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 115
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuching

Postby pikachu on Sat Sep 29, 2001 5:29 am

teringin nak memiliki sifat-sifat mahmudah. Semoga pemimpin kita menjauhi sifat-sifat Mazmumah.
pikachu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 16
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Miri


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests