Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Untuk apa-apa saja...yang di luar skop bicara lain.
Pengendali :: Dear

Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kurt on Tue Dec 02, 2008 12:52 pm

Dua tiga bulan lepas, mufti2 sibuk nak mengharamkan pengkid, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian atau berlagak seperti lelaki. Kononnya ia akan menjurus kepada gejala lesbian. Tapi pernahkah kalian terfikir, bagaimana dengan lesbian? Yang kalian tak nampak perbezaannya dengan wanita-wanita lain. Tolak ketepi masalah gay, walaupun masalah itu menjadi semakin parah sekarang.

Aku nak tanya kalian, apa definisi lesbian? Perbuatan yang bagaimana mendefinisikan mereka itu lesbian. Kalau cinta sesama jenis, ya, itu mungkin senang didefinisikan, tetapi sekadar cinta, takkan menjebakkan mereka dengan mudah kepada gejala lesbian. Lesbian berbeza, mereka tertarik kerana nafsu, kerana atas fizikal masing-masing.

Tapi, ada dua soalan aku disini, apakah lesbian itu satu dosa? Adakah lesbian itu dikategorikan sebagai zina? Sila jawab dengan fakta atau keterangan yang berasbab, bukan sekadar pandangan kosong hasil dari apa yang anda dengar atau lihat.

Terima kasih
apa pun aku tetap sang hawa..
kurt
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Mon Apr 09, 2001 8:00 am
Location: atas bumi ..belum masuk bawah tanah..tu coming soon

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby WARIS on Tue Dec 02, 2008 3:27 pm

Isu Kahwin Sejenis (Lesbian)

Dr. Haji Mat Saad Abd. Rahman,
Fellow Kanan Syariah
Pusat Syariah, Undang-undang & Sains Politik

Email : info@ikim.gov.my


Sekali lagi kita didedahkan dengan isu hubungan seks luar tabi`i, tapi kali ini ia berlaku di Barat apabila seorang wanita yang mengamalkan hubungan ini telah berkahwin di Kanada dengan pasangannya yang juga seorang wanita. Mereka telah memohon pihak mahkamah United Kingdom supaya mengiktiraf perkahwinan mereka sebagai pasangan suami isteri yang sah (BH. 8hb, Jun 2006).

Pada hari yang sama (8 Jun 2006) saya menerima panggilan talipon daripada seorang sahabat menyatakan bahawa seorang ibu mengadu kepadanya kerana mendapati anak perempuannya yang sedang menuntut di luar negara mengamalkan hubungan seks luar tabi`i ini bersama rakan sejenisnya. Ibu ini merasakan amat sedih dengan perkara ini yang belum pernah dialaminya; persoalannya sekarang, bagaimanakah cara untuk memulihkan anaknya itu supaya kembali menjadi insan yang mengikut fitrah asalnya dan apakah hukum syarak bagi mereka yang melakukan amalan tersebut.

Jika kita menyorot ke belakang, beberapa bulan sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan isu kahwin sejenis yang berlaku di Sarawak, tetapi pasangan yang dimaksudkan itu kedua-duanya adalah lelaki, di mana salah seorang di antaranya telah melakukan pembedahan plastik dan berjaya menukar jantinanya menjadi seorang perempuan. Perkahwinan mereka telah disahkan oleh salah sebuah gereja di negeri itu.

Isu tersebut telah mendapat liputan dan juga maklumbalas yang meluas di kalangan pelbagai pihak di negara ini, termasuklah para ilmuan, mufti, ahli siasah dan lain-lain.

Berbalik kepada perkara kahwin sejenis yang saya sebutkan tadi, iaitu kahwin di antara seorang wanita dengan seorang wanita lain, di dalam Islam, tidak ada apa yang dinamakan sebagai kahwin jika ia berlaku di antara dua orang yang sama jantinanya, seperti lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Perkahwinan yang disahkan Islam hanya boleh berlaku di antara seorang lelaki dengan seorang wanita sahaja dan tertakluk kepada kesempurnaan rukun dan syarat yang diperuntukan dalam sesuatu perkahwinan itu.

Di kalangan para sarjana Islam, hubungan luar tabi`i yang berlaku di antara seorang wanita dengan wanita lain dinamakan sihaq atau musahaqah. Ia merupakan perbuatan yang bertujuan memuaskan nafsu seks masing-masing dengan cara yang tertentu (Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, (Hukum Hudud), Negeri Kelantn, fasal 19). Di dalam istilah sekarang ini, ia dinamakan lesbian. Oleh kerana dalam amalan ini tidak berlaku sentuhan di antara lelaki dan perempuan, maka tidak berbangkit apa yang kita namakan sebagai persetubuhan atau liwat. Kalaupun ada, mungkin dengan cara memasukan jari atau alat tertentu ke dalam kemaluan pasangannya.

Dalam pengamatan saya, sekurang-kurangnya terdapat dua kesan buruk hasil daripada amalan ini, iaitu pertamanya ia akan menyebabkan kesan fizikal yang tidak sihat, iaitu sifat kemurungan, lemah tenaga dan pucat. Kedua ia menggalakan manusia lari dari sistem perkahwinan yang digalakkan agama Islam dan seterusnya akan meruntuhkan institusi kekeluargaan yang terhasil di sebalik disebalik sesuatu perkahwinan, dan yang akhirnya, jika amalan ini dibiarkan berterusan, akan menjadi penyebab utama kepada pupusnya zuriat manusia secara perlahan-lahan dari masa ke semasa kerana ketiadaan hubungan seks sebenar yang boleh menghasilkan zuriat manusia.

Apakah pandangan syarak terhadap amalan ini dan apakah hukumnya terhadap mereka yang melakukannya?

Amalan sihaq atau musahaqah merupakan amalan terkutuk di dalam Islam. Tidak ada ulama' yang mengatakan ianya sesuatu yang halal di sisi hukum syara�. Pengharamannya merujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mu'minun, ayat 5-6 dan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain (Nail al-Autar, 6:16). Maksud Hadis ini amat jelas menunjukkan pengharaman liwat dan musahaqah di antara seorang perempuan dengan pasangan perempuannya.

Sebahagian ulama' berhujah tentang pengharamannya dengan sebuah Hadis lain, iaitu sabdanya yang bermaksud: Apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki (melakukan hubungan seks) maka kedua-duanya adalah penzina dan apabila seorang perempuan mendatangi seorang perempuan maka kedua-duanya adalah penzina (Nail al-Autar, 7:30). Hadis ini walaupun menggambarkan amalan ini sebagai perbuatan zina tetapi ia bukanlah zina yang dihukum dengan hukuman hudud (iaitu rejam atau sebat) kerana amalan ini tidak menyebabkan berlakunya kemasukan zakar ke dalam faraj. Ia adalah menyamai perbuatan seorang lelaki yang bercumbu dengan seorang perempuan tanpa melakukan persetubuhan. Justeru para ulama' mengatakan bahawa pesalah di dalam amalan ini hanya di kenakan hukuman ta`zir yang diserahkan kepada budibicara seorang hakim (`Abd al-Qadir `Audah, 2:368-369).

Justeru, ia adalah satu kesalahan yang terdapat peruntukan hukuman dan pembalasannya di dunia ini, disamping pesalah akan mendapat pembalasan di akhirat sekiranya dia tidak mendapat pengampunan Allah.

Bagi mereka yang terlibat dengan amalan luar tabi` ini perlu diberikan nasihat dan bimbingan secukupnya agar mereka sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan dan kembali ke jalan yang diredai Allah serta menjalani kehidupan yang tabi`i.

Asuhkan anak-anak mereka agar mencintai kebaikan, mengamalkan budaya yang sihat dan menghayati pekerti yang tinggi. Pisahkan mereka daripada rakan seamalan. Pindahkan mereka ke tempat lain yang mempunyai persekitaran yang selamat supaya mereka tidak berpeluang mengulanginya lagi. Sentiasa memantau gerak geri mereka agar ianya selamat serta sentiasa berdoa untuk mereka. Bekalkan mereka dengan pendidikan agama secukupnya.Dorongkan mereka mendekati Allah menerusi sembahyang, membaca al-Qur'an, berzikir, menghadiri majlis-majlis ilmu, ceramah atau seminar dan apa-apa aktiviti yang berkaitan dan lain-lain.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kurt on Tue Dec 02, 2008 5:22 pm

terima kasih...terima kasih..
apa pun aku tetap sang hawa..
kurt
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Mon Apr 09, 2001 8:00 am
Location: atas bumi ..belum masuk bawah tanah..tu coming soon

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kurt on Tue Dec 02, 2008 5:35 pm

WARIS wrote:Isu Kahwin Sejenis (Lesbian)

Amalan sihaq atau musahaqah merupakan amalan terkutuk di dalam Islam.


itu sudah cukup.
apa pun aku tetap sang hawa..
kurt
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Mon Apr 09, 2001 8:00 am
Location: atas bumi ..belum masuk bawah tanah..tu coming soon

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby WARIS on Wed Dec 03, 2008 8:08 am

Fri 31 Oct 2008
Tajuk ‘PengKid’ di Rancangan Selamat Pagi Malaysia
Oleh: Osman Affan



Pagi tadi saya dijemput menjadi tetamu undangan Selamat Pagi Malaysia bagi membicarakan isu gejala PengKid di Malaysia. Ketika saya mula-mula mendengar tajuk slot ini, saya terimbas kembali perkataan PengKid yang saya sudah dengar sejak dulu lagi. Apa yang menarik perhatian saya ialah ada kekeliruan tentang apa yang dimaksudkan dengan PengKid. Adakah PengKid ini budak-budak perempuan yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki? Apakah pula beza mereka berbanding dengan ‘Tomboy’ dan ‘Lesbian’.

Menurut sedikit kajian yang saya lakukan, beza antara PengKid dan Tomboy ialah

Tomboy ialah budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan.

PengKid pula ialah budak perempuan yang berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat pula kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Mereka ini pula selalunya memainkan peranan sebagai orang lelaki dalam hubungan dengan pasangan mereka.

Apa yang mahu dibincangkan sebenarnya ialah adakah PengKid ini disebabkan genetik (lahir dalam keadaan yang berbeza dan mempunyai naluri yang berbeza sejak lahir) atau ia disebabkan oleh pengaruh. Sebelum saya berikan pendapat saya, bolehkah anda berikan pendapat anda sendiri atau apa yang anda percaya selama ini?

Hasil kajian saya, tidak ada kajian Sains yang dapat membuktikan sepenuhnya bahawa gejala ini disebabkan oleh genetik atau terjadi secara semula jadi semasa lahir. Satu kajian yang paling hampir pun mengenai perkara ini ialah satu kajian mengenai otak lelaki ‘gay’. Kajian ini mengatakan bahawa satu bahagian dalam hypothalamus lelaki gay lebih kecil daripada lelaki biasa. Namun kajian ini tidak dapat menentukan sama ada perkara ini berlaku sejak lahir atau terbentuk perlahan-lahan sepanjang hidup lelaki gay.



Semasa temubual, saya tegaskan tentang satu perkara. Tidak kira PengKid, lesbian, gay atau lelaki lembut, mereka sebenarnya ada pilihan. Banyak kajian Sains dan kajian Psikologi yang membuktikan perkara ini. Mereka boleh pilih untuk tidak bertindak dengan apa yang mereka rasa. Malah pakar psikologi mengatakan bahawa tabiat atau gejala ini sebenarya boleh dihentikan jika mereka memilih untuk melakukan begitu.

Daripada sudut agama pula, seperti kita semua tahu, mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang salah itu tidak berdosa. Namun jika kita bertindak ke atas niat itu, itu yang menyebabkan dosa. Ustaz Razali, pengarah bahagian penyelidikan JAKIM yang turut menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia ini menerangkan kepada kami bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan bahawa gejala PengKid ini ialah sesuatu yang jelas HARAM. Agak menarik juga apabila saya baca mengenai satu kajian barat yang mengatakan bahawa, salah satu faktor mengapa gejala sebegini boleh berlaku ialah kurangnya didikan agama di rumah. Saya percaya anda boleh lihat dan fikirkan sendiri tentang kebenaran kajian ini.

Semasa membuat kajian, saya mendapat bantuan daripada Tuan Abdul Razak mengenai kedudukan gejala PengKid ini menurut pandangan Islam. Ini adalah sumbangan beliau mengenai perkara ini.

Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)

daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)

Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).

Terima kasih Tuan Abdul Razak.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby PenMerah on Fri Dec 05, 2008 10:07 am

Definisi Lesbian

Membuat hubungan sulit iaitu antara perempuan dengan perempuan yang bertentangan dengan fitrah manusia (luar tabi), serta rela atas dasar cinta-menyintai.
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby WARIS on Tue Dec 09, 2008 8:14 am

Abg Pen...
Kalau aku selamatkan diaorg dgn ajak kawin dengan aku...nko setuju tak?
..sebab korang mcm tanak selamat bangsa sendiri je...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby PenMerah on Wed Dec 10, 2008 4:40 pm

WARIS wrote:Abg Pen...
Kalau aku selamatkan diaorg dgn ajak kawin dengan aku...nko setuju tak?
..sebab korang mcm tanak selamat bangsa sendiri je...


kalau niat nko nak selamatkan hamba Allah tuh...
aku setuju...

cheak dulu... ada aids takkk....!!!!jangan nko redah jer... 8)
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kurt on Wed Dec 10, 2008 10:16 pm

aku rasa cuma yang hardcore je ada aids, sebab..eh tak payahler aku bgtahu.
apa pun aku tetap sang hawa..
kurt
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Mon Apr 09, 2001 8:00 am
Location: atas bumi ..belum masuk bawah tanah..tu coming soon

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kurt on Sat Dec 13, 2008 12:55 am

Ni bukan masalah sarung lah!!!

Lesbian takan dapat HIV, kalau dia tak hisap dadah dan bukan biseksual.Maksud aku samaada dia atau pasangan dia.Risiko tu ada , tapi taklah setinggi pasangan heterosexual atau gay.

Oh, waris niat kau tu memang terpuji, ya, pergilah selamatkan diorang yang berhampiran dengan kau.
apa pun aku tetap sang hawa..
kurt
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Mon Apr 09, 2001 8:00 am
Location: atas bumi ..belum masuk bawah tanah..tu coming soon

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kkhailani on Sat Dec 13, 2008 10:02 am

.......Mahap nyampuk sikit......Eleh depa yang "mempengkidkan" diri ni auta aje.....Isi perut depa masih pompuan lagi.....cuma konon nak bersikap macam lelaki ajer.....Kena tegur sikit merajuk....kena gah sikit nangis .....Adalah cerita orang kat tempat aku.....Kawan dia tak nak jaitkan baju terus merajuk.....Tak bertegur tiga -empat hari.....Kalu dah pompuan....Pakai underwaer cap crocadile pun pompuan jugak.....
kepada semua ahli forum saya mengucapkan selamat sejahtera dan salam ukhwah
kkhailani
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 310
Joined: Mon May 03, 2004 1:59 pm
Location: subang

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby sahz on Sat Dec 13, 2008 3:32 pm

Pengkid dan lesbian. . sy prnah kenal dngan jenis ni. .dan sy tnya apa yang seronok jadi begini. . jawapan yg di beri agak mengejut kan . .begini la jawapan yg di beri.

1.kurang kasih syang dari ibu bapa dan keluarga.
2.takut nak bercinta dengan lelaki sebab takut di kasari
3.lelaki kurang memahami wanita, mudah marah susah bertolak ansur.
4.takut di perkosa time keluar bersama lepas tu di bunuh.
5.sikap cemburu lelaki keterlaluan.
6.lelaki tidak pandai memujuk.
dan yang terakhir hanya wanita saja yang dapat memberi kan kasih sayang dengan sepenuh hati, hidup bersama wanita amat membahagiakan

untuk mengelak kan benda ini dari terjadi adalah dengan memberikan didikan yang sempurna kepada anak2 dari kecil lagi terutam dalam agama.
sahz
Ahli
Ahli
 
Posts: 4
Joined: Sat Dec 06, 2008 8:43 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kkhailani on Sat Dec 13, 2008 4:54 pm

.........Ek...eleh......engkau nak jadi pengkit.....apaplak salahkan lelaki.....

............Aku ni kalau korang jumpa takut nak tegur.....Sebijik macam bonzer dang dut....Kalau idak pun.....paling kurang tukang tarik kereta......Tapi bini aku dok kata aku cukup pandai membelai dengan kasih sayang....tu anak masuk ni lima dah.....ehek..... ehek.....ehek... :kenyit:

......Jadi bohsia salahkan lelaki.....Jadi boh apatah salahkan lelaki....Jadi pengkid salah kan lelaki.....

.............Cuba depa belajar perbaik diri sendiri mesti dia jadi wanita solehah.....
kepada semua ahli forum saya mengucapkan selamat sejahtera dan salam ukhwah
kkhailani
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 310
Joined: Mon May 03, 2004 1:59 pm
Location: subang

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby sahz on Sun Dec 14, 2008 3:26 pm

kkhailani wrote:.........Ek...eleh......engkau nak jadi pengkit.....apaplak salahkan lelaki.....

............Aku ni kalau korang jumpa takut nak tegur.....Sebijik macam bonzer dang dut....Kalau idak pun.....paling kurang tukang tarik kereta......Tapi bini aku dok kata aku cukup pandai membelai dengan kasih sayang....tu anak masuk ni lima dah.....ehek..... ehek.....ehek... :kenyit:

......Jadi bohsia salahkan lelaki.....Jadi boh apatah salahkan lelaki....Jadi pengkid salah kan lelaki.....

.............Cuba depa belajar perbaik diri sendiri mesti dia jadi wanita solehah.....
tengok la perangai lelaki skarg.. bercakap pn ikut hati. .. .bagi la nasihat dngan cara baik. .bukan nak mrah2. .kan manusia tu tak lari dari wat silap. .
sahz
Ahli
Ahli
 
Posts: 4
Joined: Sat Dec 06, 2008 8:43 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kurt on Sun Dec 14, 2008 6:28 pm

aku nak bagitahu satu info pengkid ni sebenarnya boleh menjadi FTM, korang tahu apa itu FTM? iaiatu female to male, diorang menjalani beberapa pembedahan, pertama sekali, mereka akan inject hormon dan juga amalkan pemakanan pil hormon, kitaran haid mereka akan terhenti, mereka akan bermisai, berjanggut dan berambut didada, maksudnya bulu roma akan bertambah, kepada yang standard bulu roma lelaki. Kemudia mereka akan membuat pembedahan http://www.ftmtransition.com/ upper chest, meratakan dada. Kemudiannya mereka akan membuat pembedahan merubah bentuk alat kelamin mereka, walaupun mereka tidak akan mempunyai sperma dan mungkin tidak mampu ejakulasi, tetapi mereka dapat memuaskan nafkah batin pasangan perempuan mereka. Dan pembedahan terakhir, ialah membuang rahim mereka, dengan ini mereka tidak perlu maintain pil hormon kerana mereka pastinya tidak lagi didatangi haid. Tetapi pembedahan ketiga selalunya tidak dipilih walaupun ia hampir melengkapi sifat FTM ini. Pembedahan yang kedua pun selalunya tidak dilakukan, ada FTM yang jadi ahli bina badan terkenal dan menjadi model tetapi tidak melakukan pembedahan hysterectomy ini. Mereka yang telah melalui 3 peringkat pembedahan ini biasanya akan menjalani kehidupan yang senyap bersama pasangan mereka, mereka ini kebanyakannya adalah ahli akademik yang tiada siapa menyangaka mereka dilahirkan dengan jantina perempuan.

Organisasi FTM ini hanya baru dimulakan pada thun 1986, bila mereka mula berani muncul dikhalayak ramai dan mengaku siapa mereka sebenarnya.

Mereka ini tidak mempunyai masalah dalam menukar identiti, kerana ada negara yang mensyaratkan sekiranya mereka melakukan pembedahan ke 2 itu, status jantina mereka sudah boleh diubah, antara negara yang meletakkan kemudahan ini adalah singapura. Di singapura FTM http://transman.blogdrive.com/ ada kumpulannya sendiri, dan ketuanya adalah seorang melayu yang meletakkan status agamanya sabagai islam.

Di malaysia, ada 3 orang yang dikenalpasti, melaui forum FTM singapura ini, seorang sedang ingin menjalani pembedahan kedua, lokasi manusia ini adalah di johor.

Untuk pengetahuan kalian, pengkid kini bukan pengkid sekadar nama, tapi dengan wang, dan sedikit keberanian, mereka boleh membawa organisasi FTM ini ke Malaysia, cuma satu, mereka takkan dapat menukar status jantina mereka di Malaysia, jadi ada antara mereka yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara lain.

Ya, kebanyakan mereka tidaklah meletakkan lelaki sebagai punca mereka menjadi begini, tetapi kebanyakan mereka nak membuktikan yang mereka boleh menjadi lelaki yang lebih baik. Yang pastinya mereka memang mahir dalam buat urine test sambil berdiri.
apa pun aku tetap sang hawa..
kurt
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Mon Apr 09, 2001 8:00 am
Location: atas bumi ..belum masuk bawah tanah..tu coming soon

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby PenMerah on Mon Dec 15, 2008 12:14 pm

yer...aku faham...
memang ramai wanita sekarang ingin melepasi garisan / leval kaum yang lemah...
mereka ingin membuktikan yang meraka BOLEH dan lebih handal dari kaum lelaki..
Malaysia boleh ....

kurt,

yang sudah tuh sudah...
jangan ikut perangai yang menuju ke arah pengkids...
terima kasih info tuh...

kalau waris nak sunting nko... terima jer lah.... buat masa ini mungkin puaker belum bersedia...hehheh :gelak:
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby WARIS on Mon Dec 15, 2008 1:44 pm

PenMerah wrote:yer...aku faham...
memang ramai wanita sekarang ingin melepasi garisan / leval kaum yang lemah...
mereka ingin membuktikan yang meraka BOLEH dan lebih handal dari kaum lelaki..
Malaysia boleh ....

kurt,

yang sudah tuh sudah...
jangan ikut perangai yang menuju ke arah pengkids...
terima kasih info tuh...

kalau waris nak sunting nko... terima jer lah.... buat masa ini mungkin puaker belum bersedia...hehheh :gelak:





Amacam kurt....
Setuju tak aku sunting nko...
..tapi syaratnya nko berubah le...kalau tak berubah takut aku..
..nko pulak amik alih tugas nanti

...abg PenMerah tu pun tunggu nko offer nak jadi isteri je tu...

...Aku dengan abg PenMerah ni sebenarnya penyayang...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby PenMerah on Tue Dec 16, 2008 1:00 pm

hehehe

aku kan "pencinta wanita"..
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby WARIS on Wed Dec 17, 2008 11:35 am

Dengar tu kurt....
Kami semua sayangkan nko sebagai seorang wanita...
..maka untuk hargai kasih sayang kami ni...nko berubahlah jadi wanita...
..sebenarnya nko ni mmg dah wanita sejati...cuma jiwa nko sahaja sedikit keliru dan kacau...

..hampir-hampirilah kami ni kaum lelaki yang penyayang....dan "pencinta wanita"...
..lain la gooku tu takut pada bini...
..manakala coun plak...nak curi kawin dua...hihihhii
..limau nipis pula...sure habis2an bantah bab poligami ni....ekekek
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby maut_memangil on Wed Dec 17, 2008 4:37 pm

cun ke kurt tue nak masuk kan kail lah...kurt aku nie ade sifat caring hehehehe :gelak:
tiade nyata hanya ALLAH, aku umat rasulullah
User avatar
maut_memangil
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 115
Joined: Tue Nov 04, 2008 5:19 pm
Location: subang jaya

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby WARIS on Thu Dec 18, 2008 8:07 am

Itulah kurt...kami kaum lelaki masih menyukaimu....
..lihat si maut_memangil pun tertanya-tanya akan raut wajahmu...
..so kurt tepuk dada tanyalah selera...mana satu pilihan mu...

..cumanya kalau kawin dengan saya...kita hanya mampu makan nasi berlauk ikan tamban masin je...
..dah naik keta DATSUN 120Y je...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kurt on Sat Dec 20, 2008 10:47 am

woi, aku tak cutelah..mesti korang reject aku punya once ko tengok aku...serius...
apa pun aku tetap sang hawa..
kurt
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Mon Apr 09, 2001 8:00 am
Location: atas bumi ..belum masuk bawah tanah..tu coming soon

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby puaker on Sun Dec 21, 2008 12:51 pm

kurt wrote:Ni bukan masalah sarung lah!!!

Lesbian takan dapat HIV, kalau dia tak hisap dadah dan bukan biseksual.Maksud aku samaada dia atau pasangan dia.Risiko tu ada , tapi taklah setinggi pasangan heterosexual atau gay.
kemungkinan tetap ada....
dari situ.....ko paham2 jer la.....yek.... :)
mana2 mat tajam/cucuk pun....
ada yang tak berkongsi senapang.....tapi....kena aids jugak per..... :gelak:


p/s:
kalo tuhan nak bagi.....dapat jugak....
User avatar
puaker
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1388
Joined: Sat Sep 23, 2006 3:11 pm
Location: tujuh petala bumi

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby WARIS on Mon Dec 22, 2008 4:23 pm

puaker wrote:
kurt wrote:Ni bukan masalah sarung lah!!!

Lesbian takan dapat HIV, kalau dia tak hisap dadah dan bukan biseksual.Maksud aku samaada dia atau pasangan dia.Risiko tu ada , tapi taklah setinggi pasangan heterosexual atau gay.
kemungkinan tetap ada....
dari situ.....ko paham2 jer la.....yek.... :)
mana2 mat tajam/cucuk pun....
ada yang tak berkongsi senapang.....tapi....kena aids jugak per..... :gelak:


p/s:
kalo tuhan nak bagi.....dapat jugak....




sama2 pompuan...ada ke cucuk mencucuk?
..aku tgh keliru ni...
..kalau korek2 ...ada la kot ye...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby PenMerah on Mon Dec 22, 2008 5:09 pm

aku semakin keliru berkaitan cucuk nie...

aids boleh berlaku diatas kesilapan manusia seperti perpindahan darah..
atau bertugas dikalangan pesakit-pesakit aids jika tidak menjaga kebersihan dan peraturan dengan betol. :matabulat:
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby PenMerah on Mon Dec 22, 2008 5:13 pm

oh yer... kurt..

jika ada cerita-cerita atau pengalaman yang luarbiasa.... boleh cerita disini...
tak per... kalau ada orang belasah nko nanti aku cover line ler...

yer ler... kalau tak der kurt...
manalah orang ada pengalaman yang sebegitu... yang ada semua orang yang beriman....
kamu kurt pon orang beriman yang dah bertaubat... aku ghaser OK sangat
.. 8)
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby kurt on Tue Dec 23, 2008 1:32 am

korang ni tak sensor lansung ayat. Okay lah korang nak aku jawab boleh...ni bkn pengalaman, tapi pembacaan, sebab aku tak buat benda2 melampau ni.

Lesbian mmg ada bab memasukkan sesuatu kedalam alat sulit, menggunakan sesuatu yang mereka panggil toys, lebih kurang macam alat kelamin lelaki palsu, berbagai saiz dan warna ada dipasaran (macam promote plak aku ni), aids mungkin boleh berjangkit apabila toys ini dikongsi pada satu-satu masa. Dan aids juga boleh dipindahkan apabila alat kelamin itu bertembung dalam pelbagai posisi, demi mencari kepuasan.

Ini melalui pembacaan aku, di ulang, pembacaan aku.
apa pun aku tetap sang hawa..
kurt
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Mon Apr 09, 2001 8:00 am
Location: atas bumi ..belum masuk bawah tanah..tu coming soon

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby maut_memangil on Tue Dec 23, 2008 9:09 am

lesbian buat camtu kalo pengkid camane lak ape yg die lakukan
tiade nyata hanya ALLAH, aku umat rasulullah
User avatar
maut_memangil
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 115
Joined: Tue Nov 04, 2008 5:19 pm
Location: subang jaya

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby WARIS on Tue Dec 23, 2008 4:47 pm

kurt wrote:korang ni tak sensor lansung ayat. Okay lah korang nak aku jawab boleh...ni bkn pengalaman, tapi pembacaan, sebab aku tak buat benda2 melampau ni.

Lesbian mmg ada bab memasukkan sesuatu kedalam alat sulit, menggunakan sesuatu yang mereka panggil toys, lebih kurang macam alat kelamin lelaki palsu, berbagai saiz dan warna ada dipasaran (macam promote plak aku ni), aids mungkin boleh berjangkit apabila toys ini dikongsi pada satu-satu masa. Dan aids juga boleh dipindahkan apabila alat kelamin itu bertembung dalam pelbagai posisi, demi mencari kepuasan.

Ini melalui pembacaan aku, di ulang, pembacaan aku.






Tu la korang orang pompuan tak hargai barang semulajadi yg Allah swt kurniakan pada korang...
..elok2 ada barang semula jadi korang gi pilih toys...
..sia2 je toys tu dapat rasa barang korang secara free...

..ishhh..pening pala aku....
..MENTAL betul la...orang pompuan skrg ni..
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pengkid dan lesbian dimana definisi dosanya?

Postby PenMerah on Tue Dec 23, 2008 5:02 pm

kurt wrote:korang ni tak sensor lansung ayat. Okay lah korang nak aku jawab boleh...ni bkn pengalaman, tapi pembacaan, sebab aku tak buat benda2 melampau ni.

Lesbian mmg ada bab memasukkan sesuatu kedalam alat sulit, menggunakan sesuatu yang mereka panggil toys, lebih kurang macam alat kelamin lelaki palsu, berbagai saiz dan warna ada dipasaran (macam promote plak aku ni), aids mungkin boleh berjangkit apabila toys ini dikongsi pada satu-satu masa. Dan aids juga boleh dipindahkan apabila alat kelamin itu bertembung dalam pelbagai posisi, demi mencari kepuasan.

Ini melalui pembacaan aku, di ulang, pembacaan aku.


toys tuh mmg aku tau sebab ada dijual di farmasi...
biasanya toys digunakan dalam pembelajaran kejururawatan...
tak per kurt... teruskan cerita...

aku cuma nak tau agenda penyakit jer... aku ghaser tak salah kurt bercerita...
sebagai orang beriman (bukan aku ler) kita kena memahami subjek ini...
subjek ini perlu di beri perhatian...
kerana ahli syurga itu juga adalah orang-orang yang bertaubat.... ustaz aku yang cakap, tapi beliau dah jioonn...
8)
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Next

Return to Bicara Umum

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests