Kemeriahan menyambut tahun baru.....ya!tahun 2009
disambut dengan aktiviti lapuk yang tak pernah padam
semuanye atas alasan kebebasan...ya!kebebasan tingkAhlaku
kebebasan nak buat apa saja.. semuanye titiktolak dari
amalan demokrasi yang menjadi punca utama yang biasa
mengundang malapetala berterusan......
------------
1
Gadis bersama 5 lelaki dalam bilik
Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my
SEORANG gadis menyembunyikan muka kerana malu ditahan berkhalwat di sebuah bilik hotel di Kuantan semalam.
KUANTAN - "Bagaikan sudah jadi trend remaja sekarang."
Demikian kesimpulan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ghazali Abdul Aziz selepas operasi cegah maksiat jabatan itu berjaya menangkap 56 remaja yang berkhalwat di bilik-bilik hotel sekitar bandar ini awal pagi semalam.
"Saya terkejut, dah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti mereka tidak lepaskan peluang untuk melakukan maksiat.
"Kononnya nak sambut tahun baru dengan kawan-kawan, lepas itu tak sempat hendak balik rumah, kemudian ambil jalan mudah sewa hotel murah, tidur bercampur lelaki dan perempuan.
"Macam kes lima lelaki dan seorang gadis itu, mereka sanggup tidur sebilik, sedangkan mereka tahu mereka bukan muhrim dan salah dari segi hukum agama Islam," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.
-------------
2
Dua selebriti berpesta seks
Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
PELAKON wanita (kiri) dan penyampai berita stesen televisyen semasa dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil, tiga daripada 26 orang yang ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee bersama dua selebriti itu.
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan ditahan kerana disyaki menjadi dalang menyewa sebuah bilik di tingkat 11 sebuah hotel di Jalan P. Ramlee di sini untuk menganjurkan pesta seks dan dadah semalam.
Turut ditahan ialah seorang rakan kepada pasangan suami isteri itu yang dipercayai turut mengeluarkan wang modal untuk menjayakan pesta tersebut.
Bagaimanapun, keseronokan pesta itu tidak berpanjangan apabila bilik hotel itu diserbu polis.
Polis turut menahan 23 orang yang menyertai pesta tersebut yang kesemuanya berusia 18 hingga 31 tahun.
SEBAHAGIAN daripada dadah dan kondom yang ditemui dalam serbuan pesta seks di sebuah hotel di ibu negara semalam.
Daripada 23 orang itu, turut ditahan seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta dan seorang pelakon wanita muda yang merupakan deejay sebuah kelab malam di hotel itu.
Kedua-dua selebriti wanita berusia 25 tahun itu juga didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu bersama sembilan lagi peserta pesta liar tersebut.
----------
3
Megah peraga ‘tanduk syaitan’
KUALA LUMPUR: Masih terdapat segelintir warga kota tanpa segan silu memakai cekak rambut yang menyerupai tanduk syaitan ketika Sambutan Ambang 2009 di Dataran Merdeka, di sini malam tadi.
Lebih memeranjatkan tinjauan Harian Metro mendapati ada di kalangan orang dewasa termasuk ibu bapa yang turut memakai ‘tanduk syaitan’ berkenaan.
Cekak rambut itu juga didapati dijual di sekitar kawasan Dataran Merdeka oleh pihak yang mementingkan keuntungan dipercayai warga asing secara terbuka di kaki lima dengan harga semurah RM5 setiap satu.
Sebelum ini Harian Metro, pernah melaporkan kenyataan bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, bahawa pemakaian perhiasan menyerupai syaitan itu adalah haram bagi umat Islam.
Katanya, tindakan memakainya adalah dosa besar serta syirik bergantung kepada niat pemakainya sekiranya golongan pemakainya berniat dan percaya penggunaan itu boleh membawa kepada kuasa lain maka ia adalah haram sama sekali.
Ia nyata bertentangan dengan syariat Islam kerana menyerupai syaitan bermakna berkawan dengan syaitan atau iblis, tidak kira sama ada pemakainya itu mempunyai niat tertentu atau sekadar suka-suka.
Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy, berkata dia kesal dengan tindakan segelintir warga kota beragama Islam yang tanpa segan silu memakai perhiasan syaitan itu.
Katanya, walaupun pemakaiannya sekadar suka-suka, hakikatnya penggunaan perhiasan berbentuk tanduk itu boleh merosakkan akidah seseorang.
“Saya tidak faham dengan sikap segelintir warga kota terutamanya yang beragama Islam. Walaupun sudah dijelaskan ia adalah haram dan berdosa, namun mereka langsung tidak mengendahkan teguran daripada tokoh agama menyatakan ia haram dan berdosa.
“Sepatutnya pelbagai cara lagi boleh digunakan bagi menyambut kedatangan tahun baru ini dan bukan diselitkan dengan unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Menurutnya, apa yang lebih dikesalkan pihak yang berkaitan sepatutnya memantau penjualan perhiasan berkenaan bagi mengelakkan orang ramai membelinya sekali gus memakainya.
Sementara itu di Bukit Bintang, polis mengeluarkan arahan merampas penyembur salji digunakan pengunjung menyambut sambutan tahun baru di sini malam tadi.
Menurut sumber, arahan itu dikeluarkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
-----------------
4
Pesta seks bebas jejas kedatangan pelancong
KOTA TINGGI: Pesta seks bebas dan besar-besaran yang kononnya akan diadakan di Johor Bahru, bagi menyambut tahun baru boleh menjejaskan industri pelancongan dan memburukkan imej negara.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata rancangan mengadakan pesta seumpama itu bukan promosi pelancongan yang baik dan ia jelas meniru budaya negatif luar negara.
“Malaysia bukan saja dikunjungi masyarakat Barat malah dikunjungi pelancong Timur Tengah dan pesta seks serta berbogel di tempat terbuka bukan budaya mereka.
“Berikutan itu, saya berharap pihak yang bercadang mahu mengadakan pesta itu dapat menghentikannya,” katanya selepas merasmikan Pejabat Umno bahagian Pengerang di Felda Air Tawar 5, di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan mendakwa ada rancangan menganjurkan pesta bogel di tepi pantai di Johor Bahru sempena sambutan malam tahun baru.
Antara syarat dikenakan ke pesta ialah lelaki tidak dibenar memakai seluar dalam, manakala wanita perlu memakai G-string dan bersedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan tahun baru.
-------------
5
61 maut kelab malam terbakar
SEBAHAGIAN anggota-anggota bomba mencari mangsa kebakaran kelab malam di Bangkok semalam.
BANGKOK - Sebanyak 61 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera apabila sebuah kelab malam dua tingkat yang dipenuhi ratusan pengunjung terbakar di Bangkok awal semalam.
Punca kebakaran masih belum diketahui tetapi beberapa saksi menyatakan satu pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baru menyebabkan kejadian itu berlaku.
Sebanyak 35 pelancong asing merupakan antara mereka yang maut di Kelab Santika itu.
Kelab itu menjadi tumpuan ramai golongan muda Thailand, ekspatriat dan pelancong asing.
Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, tidak ada seorang rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian itu.
"Setiap orang saling menolak antara satu sama lain ketika mereka hendak keluar di pintu depan dengan segera.
"Saya melihat sebahagian orang terutama gadis ditolak dan dirempuh serta terjatuh ketika sejumlah pengunjung hendak keluar," kata seorang saksi, Sompng Tritaweelap.
Menurutnya, kebakaran merebak dalam tempoh 10 minit.
"Orang ramai menjerit meminta pertolongan di setiap tingkat. Suasana penuh mengerikan. Rambut dan pakaian mereka terbakar.
"Namun, tidak ada apa-apa yang boleh mereka lakukan kerana api sedang marak," katanya.
Menurut seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Chokchai Deeprasertwit mangsa-mangsa mati kerana terbakar, terhidu asap dan kecederaan akibat dirempuh kerana hanya terdapat satu pintu untuk orang awam menyelamatkan diri.
BEBERAPA anggota bomba mengira jumlah mayat mangsa kebakaran kelab malam di Bangkok semalam.
Seorang pakar forensik, Leftenan Kolonel Sujettana Sotthibandhu menyatakan hampir 30 mayat sukar dikenal pasti akibat rentung.
Akhbar Nation melaporkan seorang pengunjung, Somchai Frendi menjelaskan kebakaran itu berlaku akibat bunga api terkena siling kelab itu.
Seorang anggota bomba, Watcharapong Sri-saard berkata, selain kekurangan pintu keluar, beberapa tangga dalam kelab itu termasuk bar yang terdapat di sepanjang tingkap di tingkat dua menyukarkan pengunjung untuk menyelamatkan diri. - Agensi
----------
6
Kemeriahan sambutan tahun baru
SEBAHAGIAN pengunjung meraikan Tahun Baru di Times Square. New York semalam.
NEW YORK - Penduduk dunia semalam, berpesta menyambut tahun baru walaupun krisis kewangan dunia, konflik di Asia Barat dan tragedi di Thailand membayangi pembukaan tirai 2009.
Walaupun cuaca sejuk, seramai sejuta penduduk berkumpul di Times Square di New York, Amerika Syarikat (AS) bagi menyaksikan tradisi menurunkan berbola kristal tepat detik 12 tengah malam.
Para pengunjung bersorak sejurus tengah malam apabila berbola kristal yang mempunyai 2,668 kristal dan 32,000 lampu diturunkan serta diikuti dengan percikan bunga api.
Sementara itu, sambutan tahun baru di Mesir, Jordan, Dubai dan Syria dibatalkan bagi menghormati penduduk Palestin yang sedang menghadapi kekejaman serangan Israel.
Di Brazil, dua juta pengunjung bersesak-sesak memasuki pantai Copacabana di Rio de Janeiro untuk menyambut Tahun Baru.
Penduduk di London, Britain berkumpul untuk menyaksikan persembahan bunga api di Sungai Thames manakala sejuta pengunjung memenuhi jalan Champs-Elysees untuk menyambut kedatangan Tahun Baru di Perancis.
Hampir sejuta orang turut berhimpun di Brandenberg Gate di Berlin. - AFP
bagi meraikan Tahun Baru dan ulang tahun ke-20 kejatuhan Tembok Berlin. - AFP
-----------
Memang benarlah malaysia talibarut amerika...kerana jelas tak hiraukan kesusahan umat islam di palestin
yang sedang menderita akibat serangan Israel...Pak lah bersukaria dipentas menyambut tahun baru...sedangkan
rakyat palestin terlantar ataupun meratap kematian sanak saudara mereka...kemudian pura-pura mengutuk
serangan israel..itu lakonan dan sandiwara semata-mata...semoga tahun 2009 lebih banyak mengajar
makluk durjana supaya lebih jadi lebih bertaqwa dan beriman...amin






