Sedetik Kupejamkan Mata

Untuk nukilan apa-apa karya termasuk tulisan, cerpen, puisi, pengalaman, pemerhatian, nota peribadi, kisah benar, weblog, blog, monolog, dialog dan sebagainya - asalkan tidak lari dari landasan dan akhlak Islam.
Pengendali :: Taiko

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby zamj on Sat Apr 16, 2011 11:51 am

Masa kecik kat umah aku pun ada tv hitamputih....rasanya jenama singer...penutup kaca tv tu kayu...bila dah beli tv baru n warna, bapak aku jual tv tu kat kawan dia RM100... :D
BERSAMA SELAMANYA...
zamj
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1328
Joined: Sun Jun 22, 2003 5:05 pm
Location: Nun disana...

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Fri Apr 22, 2011 12:43 pm

ha aa la brader zamj :D , model TV yg sebut tu ada kat umah seppupu aku masa kecik2 dulu..

huii sape ada TV yg tu kire org ada-ada tau.. :)
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Fri Apr 22, 2011 1:36 pm

22 April 2011, Opis, 1.00 pm

[1]

Alhamdulillah...mudah2an aku dipanjangkan umur dan murah rezeki..
Aaamiin...

[2]

Masa kecik-kecik dulu, ada la dlm 2 bln sekali gitu...mak aku akan bawa kami semua ke rumah kakaknye di Kg Pandan. Bawak bakul, bawak beg baju sikit nak overnite kat umah makcik tu.

Aku ingat lg, yg kita org naik bas Mini dr Kg Baru ke Kg Pandan masa tu. Tp aku tak hingat nombo bape. Bess naik bas mini ke sana. Laju sioot. Berangin sebab bukak tingkap semuanya. Masa tu, pemandangan kat Kg. Pandan adalah bekas-bekas lombong biji timah. Bila sampai kat Kg Pandan, semuanya rumah setinggan...termasuklah rumah makcik aku.

W'pun rumah setinggan, makcik aku yg kita org panggil Wak Jak, kaya orgnya. Dia meniaga satey dgn suami dia, Wak Leman. Perabot kat umah dia semuanya up to date. TV dia memula yg mcm brader zamj cakap tu la. Tp dia dah beli TV Phillips colour yg besar punye. Sofa warna merah, empuk dan ada roda lg. Tak macam rumah kami, perabot rotan dan kusyen pon mcm dah lusuh. Anak-anak makcik aku semuanya mewah. Ape ndak semuanya bg.

Masa kita org datang tu sebenonye, harijadi yg ke 16 tahun sepupu aku yg aku panggil Cik Ani . Mak aku jugak yg jadi mangsa tolong kat dapur. Bila kita org duduk kat sofa dia...sepupu aku tu tepuk-tepuk , gebuk2 sofa yg kita org duduk nie macam tak bagi kita org duduk. Nak taknak aku kena duduk kat lantai :( . Lantai dia pakai tikar getah dan ada sikit ruang berkarpet merah. Kita org sedar kitaorg ni sape :( . Dia takmo sofa dia busuk nanti malu dgn kengkawan dia :( .

So, acara harijadi pon berlangsung. Fuhh. Dasat. Ada belon dan kertas hiasan yg gantung2 tu. Radio pulak pasang lagu "Saturday Nite Fever" lagi. Lepas acara potong kek dan makan2, ada acara tari menari pulak. Cik Ani ada boyfriend. Namanya Dino. Dia menari dgn boyfriend dia ala-ala "Saturday Nite Fever"gitu . Memang meriah. Makcik aku senyum bangga je.

Bila dah malam, Wak Leman & Wak Jak hantar kami balik Kg Baru naik kereta wagon Dutsun mereka. Kami pun pulang kepenatan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kini, rumah2 setinggan Kg Pandan dah jadi premis-premis perniagaan dan rumah2 flat kos rendah. Perniagaan Wak jak dan Wak Leman dah merudum disebabkan byk persaingan. Mereka tiada rumah. Meraka dapat bahagian mereka rumah flat Kg Pandan tu..tp dia org serahkan kunci rumah tu kepada anak2 mereka.

Cik Ani? Dino tinggalkan Cik Ani. Dino yg masuk universiti masa tu dpt awek baru. Cik Ani frust tonggeng sgt2. Last2 dia kawen dgn Abg Mail yg kije sbg wireman aje. Tak hensem langsung. Hitam kulitnye dan kurus kering orgnye...pernah dihina oleh Cik Ani lg. Tp setelah dia bersabar ngorat Cik Ani yg lawa nie...akhirnya...dialah suami yg terbaik utk Cik Ani. Cik Ani dan Abg Mail skrg tinggal kat Flat DBKL Bandar Tun Razak. W'pon rumah kecik...dgn 3 org anak teruna lelaki, mereka bahagia. Abg Mail dari baru kawen sampai sekarang...rajin buat kije rumah, kemas rumah dan memasak.

Buat Cik Ani, telahku buang jauh2 semua perasaan dendamku padanya disebabkan sikapnya yg sombong masa aku kecik2 dulu. Aku patut berterima kasih padanya. Disebabkan dialah aku berazam untuk belajar sungguh2 sampai berjaya dan ingin menjadi org senang sptnya.

Sungguhpun kini... dia bukan org senang lgi...tp sehingga kini, aku tetap ziarah Cik Ani setiap kali Hari Raye.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Arif_Fachrudin on Fri Apr 22, 2011 6:48 pm

Citer Taiko boleh jadik pelajaran...
Tapi, nama-nama dan tempat2 kejadian sebaiknya diganti dengan nama samaran dan tempat bayangan, sebab jika ditulis kejadian yang sebenarnya, khawatir nama-nama terbabit ada yang tak ridha dengan ungkapan seperti ini... dapat menimbulkan dosa kalau memang macam tu... apapun kita semua berharap semuga siapapun nama-nama yang disebutkan Taiko dalam citer diatas dapat menerima dengan hati lapang dan mengikhlaskannya jadi pelajaran kita semua, amin...
Arif_Fachrudin
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1204
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby zamj on Sat Apr 23, 2011 10:50 am

Taiko...mana ada org ada-ada...org biasa jer... :)
seblom ada tv tue, kami adik beradik tumpang tgk tv kat umah jiran...
kenangan masa kecik org miskin mcm kita nie memang best... :kenyit:
BERSAMA SELAMANYA...
zamj
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1328
Joined: Sun Jun 22, 2003 5:05 pm
Location: Nun disana...

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Mon Apr 25, 2011 4:12 pm

Arif_Fachrudin wrote:Citer Taiko boleh jadik pelajaran...
Tapi, nama-nama dan tempat2 kejadian sebaiknya diganti dengan nama samaran dan tempat bayangan, sebab jika ditulis kejadian yang sebenarnya, khawatir nama-nama terbabit ada yang tak ridha dengan ungkapan seperti ini... dapat menimbulkan dosa kalau memang macam tu... apapun kita semua berharap semuga siapapun nama-nama yang disebutkan Taiko dalam citer diatas dapat menerima dengan hati lapang dan mengikhlaskannya jadi pelajaran kita semua, amin...


Salam Pak Arif,

Thanx 4 ur concern. Di sini, aku tak gunakan nama penuh org pun. It can be anybody in this world. Kalau terasa tu, nasib la bro.


brader zamj, memang kenangan masa kecik2 dulu dgn melalui zaman susah tetap dlm ingatan. Tu yg aku nak abadikan di sini.. :kenyit:
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Mon Apr 25, 2011 4:21 pm

25 April 2011, Opis, 4pm

Seorg sahabat dr opis aku telah menghembuskan nafasnya yg terakhir petang ini di HUKM. Usianya baru 28 tahun. Mempunyai seorg isteri berusia 26 thn dan seorg anak perempuan berusia 1 setengah tahun. Beliau meninggal dunia kerana menghidap kanser paru-paru (stage 4) dan telah pun menjalani rawatan kimoterapi pertamanya. Beliau sebenarnya telah lama berhenti merokok...namun ajalnya telah sampai...

Semoga roh Ezwan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

Al Faatihah..

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Mon May 09, 2011 1:50 pm

9 Mei 2011, Opis, 1.20pm

Wak Jak adalah sesatunya saudara mak aku. Seawal usia 15 tahun, beliau telah dikahwinkan dgn Wak Jali kerana waktu itu adalah Zaman Penjajahan Jepun. Yaei & Nyaei tak sanggup nak sorok anak dara mereka di dalam tempayan beras lg dan comotkan mukanya itu. Dah la rupa Wak Jak macam cina. Memang org Jepun geram & dengki sgt2 dgn org Cina ni. Jadi, salah satu cara utk menjaga keselamatan dan maruah anak daranya itu, maka dikahwinkan dgn seorg lelaki yg berketurunan Jawa yg baik, ada rupa dan ada pekerjaan lg bertanggungjawab.

Mak aku? Mak aku masa Zaman Jepun masih baby lg. Mak aku kata, oleh kerana ketiadaan susu...Yaei & Nyaei bg dia minum air ubi kayu atau keledek. Mak kata..nasib baik umo dia panjang dek kerana kepayahan hidup waktu itu. Yaie dan Nyaei yg sblm Penjajahan Jepun, bekerja dgn org Putih kat Jln Ampang. Waktu tu, org Putih sumer cabut balik ke England. Yaei dan Nyaei sudah kehilangan mata pencarian. Namun, dgn duit gaji yg disimpan sbg pemandu dan tukang masak, mereka masih mampu menyara mak aku.

Sepjg perkahwinan Wak Jak & Wak Jali di masa Penjajahan Jepun, mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Tetapi, selepas aje pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, maka berderetlah 3 org anak dilahirkan. Yang sulung Abang Lias...diikuti Mak Esah dan Mak Yu. Bila aku tgk gambo antik mak aku ...mak aku berdiri belah kiri(pakai gaun, berstokin dan kasut), diikuti Abang Lias(pakai kemeja T putih lengan pendek, berseluar paras lutut, berstokin & kasut itam), diikuti Mak Esah pakai gaun jugak dan akhir sekali Mak Yu duduk kat basikal kecik. Comelnye...macam tangga.

Namun, rumahtangga Wak Jak & Wak Jali goyah lalu punah setelah kehadiran Wak Leman. Wak Leman adalah kenalan Wak Jali. Beliau dtg dari Melaka ke Kg. Baru ini untuk menumpang. Tapi lama-kelamaan, Wak Leman tersangkut hati pada Wak Jak. Beliau tidak bertepuk sebelah tangan sebenarnya. Akhirnya Wak Jak bercerai dgn Wak Jali.

Bila aku tgk gambo antik, antara Wak Leman & Wak Jali...Wak Leman lg hensem rupanye...

Perkahwinan Wak Jak & Wak Leman telah dikurniakan 5 org cahaya mata iaitu Paimin, Cik Tini, Cik Mang, Cik Ani dan Cik Mad. Anak2 ini ditatang bagai minyak yg penuh. Mereka sungguh bahagia. Namun, Abg Lias, Mak Esah dan Mak Yu telah dianak tirikan. Wak Leman suka panggil mereka dgn kata2 kesat spt 'Lonteh' (pelacur), Jahanam dan sbgnya. Kena penampor, piat telinga, tarik rambut adalah lumrah bg mereka. Mak aku yg byk menyaksikan segalanya. W'pun mereka sedih...mereka tak larikan diri, tp mereka tetap tinggal bersama ayah tiri dan ibu mereka.

Kemudian, barulah mereka berhijrah ke Kg Pandan. Anak2 hasil perkahwinan Wak Jak & Wak Leman spt yg pernah kuceritakan hidup dgn mewah. Setelah meningkat dewasa Mak Yu pun kahwin, diikuti Mak Esah dan Abg Lias. Pun begitu, di Kg Pandan...Mak Esah bina rumah setinggan bebetul kat bakang rumah Wak Jak. Abang Lias pulak kat sebelah kiri umah Wak Jak. Mak Yu jauh depan sikit drp rumah ibu mereka.

Setiap kali hujan lebat di Kg Pandan, air lombong akan melimpah naik ke paya dan seterusnya..memasuki rumah Mak Esah dan Abg Lias. Bau air banjir kat situ memang busuk (byk E-Coli agaknye). Sebab aku pernah alami situasi banjir di situ.

Lama kelamaan...Mak Esah dan suaminya Pak Ali pun pindah rumah ke Semenyih sbb mendapat tanah wasiat aruah ibu Pak Ali. Mereka dikurniakan 3 org anak. Kehidupan di Semenyih lebih baik drp Kg. Pandan. Dpt membina rumah sendiri yg besar dan selesa. Dikelilingi dgn pokok durian, rambutan, langsat, pulasan dan manggis. Ada kolam ikan lg utk mereka yg suka memancing. Di situlah mata pencarian Pak Ali yg rajin dan sgt pemurah itu.

Manakala, Abang Lias dan isterinya Kak Normah berhijrah tinggal di Taman Keramat atau Melawati (itu yg aku ingat). Hidup Abg Lias sekuarga makin meningkat sebab mereka rajin berniaga...Corningware, Arcopal, Arcoroc & Pyrex yg boleh dibayar bulan2. Mak aku adalah regular customer mereka. Mereka dikurniakan 2 org anak perempuan.


Mak Yu dan suaminya Abg Mail masih tinggal di Kg. Pandan. Abg Mail bekerja sbg drebar menteri waktu itu. Dikurniakan 2 org anak lelaki & mereka hidup serba sederhana.

Ape yg aku perhatikan, anak2 hasil perkahwinan Wak Jak & Wak Jali ...semuanya jadi manusia berguna walaupun mereka tidak mendapat langsung kasih sayang seorg ayah dan ibu serta tidak berpendidikan tinggi.

(ikuti sambungan seterusnya...)
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Fri May 27, 2011 6:39 pm

27 Mei 2011, Opis, 6pm

Sewaktu Zaman Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, mak aku kata di Kuala Lumpur pd waktu itu mereka telah membina markas Tentera Jepun di sekitar Jalan Gurney terutama di tapak Bangunan Felda nie. Di sinilah orang2 Jepun telah menangkap tahanan mereka. Mereka disiksa dan dipancung dgn kejam. Dan di sinilah juga ...mayat-mayat askar Jepun dikuburkan.

Sebab itulah, ada member2 aku ( yg stay back kat opis) tidak bernasib baik ...telah terserempak dgn org tak berkepala la...org duduk kat kerusi didlm bilik gelap la...atau terlihat menyerupai wajah opismet yg mereka kenal(walhal orgnye ada kat umah dah) masih duduk tunduk diam2 kat opis....

Aku? Na'uzubillah. Mintak disimpangkan oleh Allah swt drp terserempak dgn makhluk2 nie... :matabulat:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, maka Penjajah British pun mengambil alih semula kuasa Penjajahan mereka. Yaei dan Nyai pun bekerja semula dgn org Putih di Jalan Ampang. Mak aku kata, kat Hotel Concord Jln Ampang tu la tempat Yaei dan Nyaie berbasikal daripada Jln Raja Muda Musa Kg Baru setiap subuh ke Jln Ampang tu utk bekerja. Yaei berkerja sbg pemandu tuan org Putih manakala Nyaei sebagai tukang masaknya. Mak aku kata...bertukar tukar jugak org Putih duduk kat umah bungalow kuarters tu. Kejap Tuan McKinley la...kejap tuan Brian ape ntah. Mak aku pon tak hingat sgt nama-nama omputih nie. Dia pon kecik lg. Dulu-dulu kawasan Jalan Ampang tu penuh dgn hutan belantara dan pokok-pokok getah.

Mak aku kata...masa dia kekecik dulu ...kat bakang umah org Putih tu..masa tu waktu Maghrib, ada org pakai serba putih macam pakai telekung gitu datang mendekati diri dia. Mak aku terus demam ketakutan. Jenuh jugak Yaei & Nyai cari dukun nak pulihkan kembali semangat mak aku. Itulah peristiwa yg mak aku tak boleh lupakan sampai la ke saat ini...

Mak kata Nyai panggil isteri tuan org Putih tu dgn panggilan "Mem". Mak aku tidaklah sepanjang masa berada di rumah org Putih tu. Sebab mak aku duduk kat umah Kg Baru. Cuma kadang-kadang aje dia berada kat dapur "Mem". Mak aku kata...Nyai pandai masak masakan org Putih setelah diajar oleh Mem. Masak steak la...puding la...mash potato laa...coslow laa.. dan memacam lg la org Melayu kita tak pernah rasa pd waktu itu. Semua barangan dlm tin adalah imported from England. Mak & Nyai...tak pernah sekali-kali menjamah makanan org Putih nie w'pun ianya berlebihan setelah selesai Breakfast, Lunch or Dinner. Nanti Mem marah. Kalu nak makan, Nyaie akan masak nasi & goreng ikan & sayur yg dibeli oleh Yaie drp pasar. Mereka makan anak beranak di situ. Dan dari dapur org Putih tu lah mak aku jd minat sgt dgn masak memasak nie. Dia tengok Nyaie buat cookies la...skon laa...cake laa. Baunye....uuuhhmmm harum nyeee. Butter dia dlm tin besor ...made in England lg...

Selain kerja sebagai seorg pemandu, Yaei turut bekerja sbg pengemas rumah...

(kita bersambung lagi seterusnya...)
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Tyha on Sat Aug 06, 2011 5:53 am

bila nak sambung? menarik...hehehe
User avatar
Tyha
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2948
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: U.I.A

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby mardhiah12 on Sat Aug 06, 2011 10:58 am

amboi semangat beri komen na :)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby ilham_taqwa on Thu Aug 11, 2011 8:49 am

sambunglah kak Taiko, ramai nak baca ni...hehe
Image
Iman Itu Lebih Cantik Dari Sekalian Yang Cantik, Nikmat Iman Itu Lebih Manis Dari Madu....dan Memelihara Iman Itu Lebih Sukar Dari Meniti Sehelai Rambut...
ilham_taqwa
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2105
Joined: Tue Jun 11, 2002 8:00 am
Location: Kini Perak, Terengganu Selamanya...

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Mon Oct 03, 2011 5:18 pm

3 Oktober 2011, Opis, 5.15pm

Ooopss...mintak mahap byk2 la geng2 Bicara Karya kusemua. Adapun aku hilangkan diri nie sebab tgh mengumpul citer drp mak aku la nie. Ye laa bukan senang mak aku nak citer. Sibuk dgn Ramadhan pastu Syawal. Takde masa nak citer beb :D ...

sambungan drp kisah yg lalu...

Mak aku citer, masa Wak Jak masih bersuamikan Wak Jali...Wak Jali adalah seorg suami yg amat penyayang kpd 3 org anak2nye iaitu Abg Lias, Mak Esah & Mak Yu. Dan tidak dilupakan..Mak aku pun Wak Jali sayang macam adik dia sendiri. Spt mana yg korang tau, umo mak aku dgn anak2nye ibarat susun paku. 4 - 3-2 - 1 taun. Wak Jali bekerja sbg tukang isi minyak kapal terbang kat Sg. Besi. Setiap hari dia berulang alik drp Kg. Baru ke Sg. Besi adalah dgn berbasikal.

Kat rumah Kg Baru tu la sesekali Wak Jali pulang dari kerjanye kat Sg. Besi dgn berbasikal, dia akan rasa gembira dukung kat bakang anak2nye pusing2 depan laman ikut giliran termasuklah mak aku. Org zaman dulu la kan...kalau ada masa lapang, beliau akan main terup siap bertaruh 1 sen 2sen sekadar suke2 kat bwh kolong rumah Kg. Baru tu. Dia suke main terup dgn jiran sebelah rumah iaitu Pak Ham, Pak Baem & ramai lg berkumpul bising-bising kat pangkin kat bawah kolong rumah mak aku tuh.

"Fuh!! Kawen DUA!! Kawen TIGA!!! " sambil tempek daun terup yg tandinginye. Tanda menang ler tu..

Mak aku yg dok bizibodi tu pon terjenguk-jenguk tercangak-cangak dicelah-celah ketiak Wak Jali. Amende la kawen 2 kawen 3 nih. Tak paham. Ye laa...hidup susah, takde ape mende nak main atau hiburan. TV takde, radio pun takde. Itu pun mujur ada bekalan elektrik supply kat Kg. Baru nih. Sbb duduk kat bandor Kolumpo la katakan. Bekalan air pulak di rumah Kg. Baru tu ada perigi kat bakang rumah sewa Yaei & Nyaei.

Problem org zaman dulu adalah, jiran tetangga selambe dek jer amik air perigi kat umah mak aku. Nak buat macam mana kan... dah idup berjiran. Cakap salah. Tak cakap pon salah.


Bila malam menjelma, barulah Yaei & Nyaie pulang rumah drp tpt kerja mereka kat rumah org putih kat Jln Ampang tu. Keletihan. Mak tido dgn Nyaei kat luar bilik bersama-sama Yaei juga. Wak Jak, Wak Jali & anak2 mereka tido di dalam bilik. Mak kata, jiran kat rumah sewa mereka komplen rumah sewa yg didiami mereka ada didatangi suatu makhluk halus....


bersambung...
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Tue Oct 04, 2011 6:21 pm

4 Oktober 2011, Opis 6.10pm

Mak kata, tragedi yg menimpa jiran tu la kan dik kerana makhluk halus tu muncul sewaktu tidur… ibu kepada jiran yg menyewa rumah mak tu meninggal dunia kerana terkejut . Innalillah… mungkin nak dijadikan sebab ajal dah sampai sebenarnya.

Yang herannye, mak aku kata…sepanjang dia, Yaei & Nyaie tido kat ruang tamu rumah mereka, tak pernah sekalipun didatangi oleh makhluk halus mahupun diganggu mimpi ngeri sewaktu tido. Itula Misteri Nusantara kat tanah Kg. Baru kita org nie… yg sampai sekarang mak aku tak dapat nak rungkaikan..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada tahun 1890, Kg. Baru telah dibuka kepada penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Sekaligus, merupakan kampung yang paling tua di Kuala Lumpur ini. Jgn tak caye, aku tau sejarah kampung aku tau. Sebab aku masih ingat masa aku Tingkatan 4 dulu, Kg Baru menyambut B’day ke 100. Sepanjang Jalan Raja Muda Musa dipenuhi dgn gerai-gerai dan ada pertunjukan kebudayaan lagi kat Flat PKNS tu.

http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=kampung%20baru%20kuala%20lumpur&psj=1&gs_sm=c&gs_upl=9784l16820l0l20893l14l14l0l0l0l0l469l4350l2-6.6.2l14l0&bav=cf.osb&biw=1280&bih=611&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wl

Mak aku citer, Yaie adalah sebatang kara yang datang daripada Tanah Jawa. Manakala Nyaei pula adalah penduduk asal Kg. Baru dan org Melayu Jawa di sini. Nyaei mempunyai 9 org adik beradik. Kebanyakan adik beradik Nyaei beli tanah & tinggal kat Jalan Raja Muda Musa dan ada sorang tinggal kat Jalan Raja Mahadi, Jalan Raja Ali, Lorong Raja Muda 1 dan Jalan Syed Mahadi.

Image
*ini la Jln Raja Muda Musa tempat dulu-dulu Yaei dan Nyaei beli tanah & terokainya*

Mengikut kisah mak aku, pada sekitar 1900an Nyaei & Yaei beli tanah secara cash dari land lord untuk area tanah yg bernombo 12 dan bertentangan dgn huruf U(sila tgk Google map [3.162434,101.704525]). Mereka bayar cash you! Tak main ansuran. Seingat aku, mereka bayar dengan harga 700 Ringgit Malaya duit zaman dulu. Yaei & Nyaei pun membina sebuah rumah kayu yang ada kolong macam rumah nie cuma rendah sikit dan kecik lagi jer drp rumah nie.Semua pemilik tanah Kg. Baru mempunyai geran yang sah kerana ia diteroka secara sah yg mana ia mendapat kebenaran drp kerajaan British waktu itu.

Rumah yg aku tunjuk nie aku kenal. Ini rumah Wak Sol. Derang org berada. Rumah yg dibina Yaei & Nyaei idak la secantik & seberada rumah Wak Sol nie. Tanah kami kecik jer.. ehmm..

Image

*Ini bukan rumah aku. Tapi, rumah mak aku bebetul mengadap rumah nie yg terletak disebelah Jln Raja Mahadi. Rumah aku mengadap bebetul KL Tower ni dan 45 degree ke kiri adalah KLCC. Kiranye la kan, aku membesar dgn melihat pembangunan kedua-dua bangunan terkenal ini sewaktu zaman remajaku..*

Image
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Thu Nov 03, 2011 4:35 pm

3 November 2011, opis, 4.40pm

Mak ada citer kat aku, ‘Mem’ & Tuan Omputih penah buat jamuan lunch di rumah mereka sampai ke lewat petang. Oleh kerana tidak cukup tangan, Nyaei & Yaei akan minta Wak Jak & Wak Jali membantu mereka sekali. Menu derang sedap-sedap belaka. Aku terkejut …omputih nie mintak disediakan makan nasik basmati lagi. Takde lauk western. Lauk masak kari ikan, sayur campur dan ada lagi lauk Melayu yang Nyaei masakkan.

Lagi satu, derang ada mintak bakor otak-otak lagi. Yaie amik drp pokok kelapa sambil dibantu oleh Wak Jali tolong rautkan & potongkan. Wak Jak pula bantu masukkan isi ke dalam daun & bakor…bergotong royong dgn Nyaei. Mak pulak jaga anak2 Wak Jak yg 3 org tu kat laman bakang. Omputih reti makan otak2 sioott. Adusss…aku yg keturunan Jawa ni x reti2 makan otak2 nih. Isyhh isyhh… bikin malu kaum je aku nih hihii.

Di ruang tamu, sememang Yaei dah vakum(jenis yg ada karung besor tu), kemas, lap perabot2 & gilap perhiasan yg ada. Perabot mereka merupakan set English berkayu gelap dan ada juga set rotan. Mak kata, dia x suka perabot berkayu gelap derang tu.

Pada hari berkenaan, Mem akan mengenakan baju ala skirt yg kembang gitu. Cantik. Semua org putih di zaman 50an pakai trend cengitu dgn set kasut tinggi sekali. Bila dah waktu petang, dia org makan dessert sambil minum teh. Hidangan yang dessert tu berupakan cheese yg dipotong dadu lepas tu diselang seli dgn buah2an spt anggur yang dicucuk dgn kayu mancis yg dah dipotong. Tiada arak dihidangkan sepanjang jamuan mereka. Mungkin demi menghormati bangsa Melayu yang beragama Islam yg juga merupakan pembantu rumah mereka.

Mereka borak-borak, sambil berdansa , isap rokok(Mem isap rokok orgnye), isap curut, isap paip & pasang alat muzik yg bercorong besor tuh. Dah senja barulah nak balik rumah. Begitulah cara hidup penjajahan British di Kuala Lumpur…

Akan tetapi, keseronokan Mem & Tuan tidak bertahan lama. Suatu tragedi telah berlaku. Tuan omputih telah ditembak mati diserang hendap sewaktu buat site visit di ladang getah di Negeri Sembilan. Mak aku kata yg bunuh tu adalah kije komunis. Sebaik saja terima berita sedih tu, Mem menangis x terperi. Dia arahkan semua pembantu rumah dia packing barang2 rumah. Selungkup perabot dgn kain. Lepas dah siap semuanya, dia balik England naik kapal terbang bersama sorang anaknya itu.

Maka berakhirlah riwayat seorg omputih di Tanah Melayu. W’pun kediaman kuarters berkenaan tiada bertuan, namun Yaei & Nyaie tetap jenguk-jengukkan rumah tu. Mana la tau…kot ada org masuk ker..ada tuan baru ker.. yg mana mereka ingin bekerja di situ semula...
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Fri Nov 18, 2011 3:44 pm

18 November 2011, Opis, 4.45 pm

Bila mak telah memasuki alam persekolahan sekolah rendah, iainya tidaklah seindah spt kanak-kanak yg lain. Spt yg pernah kusebut sebelum ini, Yaei & Nyaie akan pergi kerja subuh-subuh lagi. Nyaie ada memberi wang jajan (saku) dalam seposen 2 posen gitu utk mak.

Seawal pagi mak bangun utk ke sekolah dgn mak sendiri menguruskan dirinya sendiri. Tiada siapa uruskan makan minum pakaian mak. Wak Jak tido jer bersama 3 org anak2nye itu. Tiada sedikit sarapan pun disediakan utk mak. Perut mak lapar. Mak hanya alas perut dgn minum air masak sejuk saje utk ke sekolah.

Mak bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kg Baru yg dahulunya bertempat di dalam Padang Kelab Sultan Sulaiman. Setiap pagi, mak bersama Makcik Siah akan menapak ke sekolah bersama-sama dari rumah di Jalan Raja Muda Musa[3.162375,101.704446] ke Sekolah Rendah Kg Baru [3.162472,101.702128]. *Rujuk Google Map*.

Image
*Ini Bangunan Kelab Sultan Sulaiman original. Di hadapan bangunan inilah pencetus era penentangan penubuhan Malayan Union oleh Dato’ Onn Jaafar pd 1946. Kira-kiranya la kan, kg aku nie penuh dgn sejarah Malaya. Tu yg kita org ingin pertahankan drp dibangunkan oleh Kerajaan yg rakus dgn lubuk emas ini…*

Image
*Ini Bangunan Kelab Sultan Sulaiman yg baru. Ia terletak bebetul berdepan dgn sekolah menengah aku...*

Image

Image

Image

*ini adalah bangunan Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru yg telah dibangunkan semula yg letaknya di sebelah bangunan Kelab Sultan Sulaiman yg baru.*

Mak kata, sepanjang dia bersekolah rendah, kurus kering…wajah dia cengkung…mata kuyu…rambut disisir ala kadar jer. Tak macam anak org lain sebaya dgnnye…baju kemas…rambut diikat tokchang dgn reben lagi…muka pakai bedak. Digambarkan paras rupa mak aku ala-ala macam Zombie Kg Pisang gamaknye..isyhh isyhh isyhh…(ini aku sesaja tambah . Mak aku tak tau menau pon pasal zombie zombie nie heheheee).

Mak kata dia kat kelas idak la pandai dan idak la bengap orgnye. Kalau peksa …sokmo dpt nombo tengah-tengah… drp bih kurang 40 org kat dlm kelas dia. Mak kata…dia cukup lemah mata pelajaran ilmu hisab dgn Bahasa Inggeris. Dia cukup takut dgn “Teacher” pd zaman tu. Dia tak lari dari kelas sebab dia takmo jadi macam Wak Jak.

“Ko jgn jadi macam aku! Aku nie lari dari kelas menyorok bwh tangga.. ko tau!”

Begitu la nasihat Wak Jak kat mak. Dah la lari dari kelas sebab takutkan cikgu…lepas tu Tentera Jepun pulak serang Tanah Melayu. Sistem persekolahan di Tanah Melayu pon terbantut. Akibatnye ramai org tak bersekolah sebab takut kena pancung atau di rogol oleh tentera Jepun badigol pd waktu itu. Dan spt yg pernah ku tulis sebelum ini…Wak Jak dikahwinkan dgn Wak Jali demi menjaga keselamatan & kehormatan dirinya dlm keadaan dia buta huruf…

Mak aku tambah, tentera Jepun nie kejam sungguh. Asalkan nampak pompuan…tak kira anak dara ke bini org ker…depa akan tangkap dan rogol ramai-ramai. Yang suami atau ayah pulak diacukan pedang kat dada mereka ..kalau melawan maka melayanglah nyawa. Begitulah peritnya hidup Nyaei dan Wak Jak sbg seorg wanita Melayu di Zaman Penjajahan Jepun. Hidup dalam ketakutan dan menyorok dlm rumah sedaya mungkin.

Aku menggelengkan kepala bila dengar cite mak aku sambil tarik nafas panjang-panjang. Memang padan muka org Jepun bila Tentera Amerika jatuhkan bom atom kat Nagasaki dan Hiroshima. Kalau tak buat begitu la kan, ntah berapa ramai pompuan kat Malaya nie jadi mangsa kerakusan nafsu tentera-tentera Jepun. Ini semua berkat-berkat doa atuk nenek kita yg dizalimi oleh Tentera Jepun, maka Allah makbulkan lalu akhirnya menurunkan bala seazab-azabnya terhadap umat yg melakukan kezaliman itu.

Mak kata, sekurang-kurangnya…Penjajah British tidak la sekejam dan seteruk Penjajah Jepun. Semua org boleh bergerak dan keluar untuk mencari rezeki tanpa rasa takut. Boleh masuk sekolah jika mahu. Cuma kekangannya adalah… kemiskinan hidup yang menjadi penghalang utama kepada org2 kita pada zaman itu..
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby mardhiah12 on Tue Nov 22, 2011 11:07 am

wah menarik la. mesti mak akak dah tengok macam2 di KL ni
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Tue Nov 22, 2011 1:59 pm

betui tu mar.

mak aku mmg tau tempat mana yg ada lumba kuda, berhutan, berlombong dan semak samun kat K.L nie dulu-dulu...
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Mon Mar 19, 2012 10:17 am

19 Mac 2012, Opis, 10 am

Alhamdulillah...selamat sudah semuanya. Setelah hampir 3 bln melalui saat-saat yg sungguh menggetirkan, akhirnya tenang kembali segalanya. Pun begitu, hidup mesti diteruskan...

Baiklah kengkawan BMC ku sekalian, aku pun sambung kembali kisah seterusnya. Minta maaf ye ketiadaanku selama ini memang telah membantutkan pembacaan kalian semua. Hal ini memang tak dapat dielakkan...


------------------------------------------------------

Sebenarnya, ada bhgn-bhgn tertentu yg membuatkan aku termenitis air mata sewaktu aku menaip kembali sejarah silam mak aku nie. Huhuhuuu…tak sangka kan? Aku yg Taiko nie pon boley cair …

Mak kata, pada waktu rehat…semua budak sekolah berlari dan berebut ke kantin. Begitulah juga halnye dgn mak aku. Dah ler perut lapar giler. Memang berasak-asak nak beli nasi lemak kat ruang jualan kantin tuh. Kekadang tu nasib tak baik ..duit seposen mak jatuh kat lantai. Dah ler satu hal nak kutip duit kat atas lantai. Dalam proses terbongkok-bongkok macam nak sujud nak capai duit seposen tu…jari tangan mak aku kena pijak la pulak….Adoiiii mak aku meraung.

Mak aku citer dlm keadaan gelak ketawa. Padahal citer tu citer sedey. Aku geleng kepala mendengarkan kisah suka duka mak nak dapatkan makanan di kantin sekolahnya. Mak bawak bekal air sendiri. Lepas dah kenyang makan…mak masuk kelas semula…

Waktu persekolahan habis dlm tengahari gitu. Mak akan balik rumah dlm keadaan keletihan. Mak tak rehat pun. Wak Jak suruh mak giling cili guna batu giling sampai lumat(dulu xde blender maa). Lepas tu disuruhnya mak masak sambal tumis ikan bilis. Org dedulu masak guna dapur kayu. Mak masak sambal tumis ikan bilis dgn menggunakan dapur kayu…kena terbongkok-bongkok tiup api. Kerana kemiskinan, ikan bilis sikit jer…cili yg byk. Wak Jak pulak tido sambil membuaikan anaknye. Aku tak dapat bayangkan budak semuda mak aku boleh memasak …jika nak dibandingkan dgn budak-budak sekolah rendah zaman sekarang yg tidak matang nak guna api utk memasak. Begitu berbezanya budak-budak zaman dulu dan sekarang.

Lepas mak dah makan nasi sikit, mak pergi ke sekolah agama pulak iaitu Sekolah Agama Kg Baru [3.162306,101.700015] yg letaknya ke atas sikit drp Sekolah Rendah Kg. Baru tadi. Mak cakap…otak mak lebih senang belajar kalau kat sekolah agama. Mak suka belajar agama. Bila dah abis sekolah di waktu petang, mak pulang ke rumah dgn Mak Cik Siah dan kawan-kawan lain.


Kat rumah, mak disuruh angkat baju dijemuran dan lipat baju segunung tingginye itu. Wak Jak nie pembersih orgnye. Setiap hari buat basuhan… mesti segunung tingginye.

Pada waktu malam…lepas Maghrib, mak pegi mengaji kat Jalan Hamzah pulak bersama Makcik Leha sebelah tanah kami. Ustaz ngaji memang garang. Kalu tak pegang rotan tak sah. Bila dah selesai kelas ngaji mak pulang ke rumah bersama Makcik Leha dan ada geng-geng budak laki2 yg sama kelas dgnnya. Mak kata…budak laki-laki nie nakal-nakal belaka. Suka menyakat budak pompuan dgn aksi-aksi hantu mereka...

Jam 9 malam memang gelap lagi sunyi sepi di Kg. Baru waktu itu. Semua org dah tido dan kunci rumah mereka. Nak-nak lagi…lampu di jalan raya sebatang sana dan jauh-jauh kedudukannya. Kalau budak laki2 berlari, mak dan Makcik Leha akan turut berlari sama. Takut kena tinggal. Banyak pokok-pokok besar kat kiri kanan jalan. Lelebih lg di Jalan Raja Daud…ada pokok tanjung yg besor dan rimbun kat situ. Seram…

Akan tetapi…sebaik saja sampai kat rumah, mak geleng pala melihatkan keadaan rumahnya tingkap ternganga, pintu tak berkunci dan Wak Jak selamba je tido bersama-sama anak-anaknye dlm bilik. Rumah org lain semuanya bertutup dan berkunci. Tapi ye la kan…zaman dulu2 takde kes pecah rumah atau pencuri sgt. Kalau nak mencuri pun…rumah org miskin. Takde ape nak dicurikan.

Mak jugak la tutup dan selak daun-daun tingkap semuanya dan pintu sekali. Perut mak lapar sebab mak tak makan malam lagi sebenarnya. Bila mak ke dapur…cuma kerak nasi saja yg ditinggal untuknye. Sambal tumis yg dia masak siang tadi telah habis licin dimakan oleh Abg Lias(anak sedara sulungnye tu).

Mak sedih sgt2 terpaksa menelan kerak nasi dan kelaparan. Wak Jak sbg seorg kakak hanya mementingkan dirinya sendiri saja. Tiada perasaan timbangrasa terhadap dirinya sbg seorg adik. Padahal Yaei dan Nyaei dah bg duit kepada Wak Jak utk makan minum mak sepanjang ketiadaan mereka di rumah.

Begitulah setiap hari yg mak lalui sepanjang alam persekolahan rendahnya…yg mengakibatkan mak cengkung, kurus , kering dan tidak bermaya…


(bersambung seterusnya...)
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Mon May 07, 2012 11:09 am

7 Mei 2012, Opis 11.10 am

Mak cite kat aku, org dulu2 beranak rapat-rapat setaun sorang. Akibatnya, anak2 tidak terdidik mahupun terjaga :matabulat: . Begitulah halnye dgn Wak Jak. Abg Lias sbg anak lelaki sulung akan dihalau keluar setiap hari.

“Berambus kau! Bikin sakit mataku kalau di rumah!”

“Berambus!!”

Maka keluarlah Abg Lias drp rumah dan merayau satu Kg. Baru. Oleh kerana kelaparan, Abg Lias akan mencuri la buah rambutan ker…jambu ker…mangga ker .. kat rumah sesape yg dilihatnye. Lepas tu main. Lepas tu mencuri buah lagi. Begitu la aktiviti Abg Lias setiap hari. Dah malam baru balik. Kotor. Busuk. Kelaparan. Keruk aje ape jua makanan di rumah.

Org kampong tak tangkap ke sbb asyik mencuri? Huh..ada satu kes la pulak… ada sorang mak budak laki2 datang ke rumah mak.

“Jak! Ooo Jak! Ko tengok ape anak jantan ko dah buat kat anak aku?!!” mak budak tu marah sgt2 di depan tangga rumah mak.

“Kenapa?!” Wak Jak tanye.

“Ko nampak ni?! Si Lias yg pukul! Berdarah belakang telinga anak aku dibuatnya! Aku nak ko ganti balik dgn seekor ayam hitam!”


Laaaa hai! Ape kene mengenanye pulak bakang telinga berdarah dgn ayam hitam pulak peginye :P ?!Aku tergelak besor dengo cite mak aku nih. Nape tak ayam putih ker…coklat ker…bintik oren ker? Ntah la, mak aku pon tak tau. Mak aku pon tergelak sama :D .

Ayam jantan ke betina? Mak aku kata ayam betina :D . Nasib baik ada kat kolong bawah rumah Kg. Baru tu ada bela ayam. Wak Jak bukak sket serkup raga ayam … lalu ditangkapnya ayam betina hitam sbg ganti rugi. Kes pon setel…ngeh ngeh ngeh . Lawak-lawak… :D .
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Thu Jun 14, 2012 10:17 am

14 Jun 2012, Opis, 10.20 am

Org zaman dulu, baik hati benar menumpangkan sedara mara org lain di rumah mereka. Begitulah halnya dgn Yaei dan Nyaei yang membenarkan Wak Leman, yg merupakan sedara Wak Mokhsin duduk menumpang di rumah mereka. Dia tak tumpang rumah Wak Mokhsin krn rumah Wak Mokhsin sendiri dah sesak dgn anak-anaknya yg ramai itu. Wak Mokhsin nie bukannye ada pertalian saudara pun dgn Yaie dan Nyaei. Sekadar org sekampung je yg baik dgn Yaei & Nyaei. Spt yg pernah kucerikan secara ringkas sebelum ini, Wak Leman adalah seorg pemuda Jawa bujang lagi tampan dari Melaka yg datang ke Kg Baru untuk mendapatkan pekerjaan.

Wak Leman dapat menginap di sebuah bilik di rumah dan bilik itu bertentangan dgn bilik Wak Jak. Manakala mak aku pula hidup berpindah randah…ada hari tinggal di rumah Kg. Baru dan ada hari pula tinggal bersama Yaei dan Nyaei di rumah kuarters Tuan Omputih di Ampang. Jadinya…mak aku ada 2 port penginapan sepanjang minggu. Tengok la…kalu Yaei sibuk dgn keje kat rumah Tuan Omputih, dia akan tinggalkan mak di bawah jagaan Wak Jak dan Wak Jali. Kalu rasa tak bz…dia akan carry mak sekali dgn basikalnye ke rumah kuarters Tuan Omputih.

Dan spt yg pernah kuceritakan sebelum ini juga, Wak Jali iaitu suami kpd Wak Jak bekerja sbg tukang isi minyak di Lapangan Terbang Sg. Besi. Beliau akan keluar seawal pagi berbasikal ke Sg. Besi. Jadi yg tinggal di rumah Kg. Baru tu adalah Wak Leman, Wak Jak dan 3 org anak Wak Jak. Abg Lias kompem la takde kat rumah …setelah dihalau oleh Wak Jak setiap hari. Tinggal la Mak Esah & Mak Yu yg masih kecil utk dijaganya.

Wak Leman akhirnya mendapat pekerjaan kat Kg Baru tu sbg pembantu org buat satey iaitu di rumah Pak Arop. Kipas satey dan jualkan satey Pak Arop. Rumah Kg. Baru mak dan Pak Arop dekat je. Jadinye…Wak Leman boleh ulang alik ke rumah bila mana tugas dia selesai.

Dah hari-hari tengok Wak Jak dan Wak Jak tengok Wak Leman…lama kelamaan telah membuahkan bibit bibit cinta diantara mereka berdua dan mereka saling jatuh cinta. Hmm…punya la byk pompuan kat Kg. Baru…bini org yg jugak Wak Leman jatuh cinta. Cehhhh. Mak kata mereka idaklah buat perkara sumbang. Dan lagi satu … org zaman dulu nie suka benor sorok anak dara kat rumah. Ini yg menyebabkan bini org yg dok depan mata yg disukainya. Apa nak buat…dah suratan…

Akan tetapi …satu peristiwa yg tidak dapat dilupakan telah menimpa keluarga mak. Wak Jali telah ditangkap polis di atas kesalahan mencuri minyak petrol kapal terbang lalu dijualnya secara haram. Wak Jali disumbatkan di Penjara Pudu selama 3 bulan. Mak kata dia sedih sgt2 dgn peristiwa tu. Dik kerana hidup susah…suka main judi dan main nombor ekor (walhal main hanya utk suka2 jer)…Wak Jali sanggup membuat perkara sedemikian.

Pada mak…Wak Jali seorg ayah dan abang ipar yg amat baik dan penyayang. Kalau ada soklan ilmu hisab yg mak tak tau…dia akan bertanye pd Wak Jali. Wak Jali akan tergaru-garu terkeruk keruk kepalanya sambil berusaha juga mendapatkan jawapan dgn kaedah pengiraan manual. Itulah kenangan manis bersama Wak Jali.

Ketiadaan Wak Jali di rumah selama 3 bln itu telah mengeratkan lagi hubungan cinta diantara Wak Jak dan Wak Leman. Sebaik saja Wak Jali dibebaskan drp Penjara Pudu Kuala Lumpur…Wak Jak meminta cerai fasakh. Wak Jali yg baru keluar drp penjara itu…tiada pekerjaan utk menyara anak bini…dihimpit pula kemiskinan. Wak Jali tiada pilihan melainkan melepaskan Wak Jak dgn cerai talak satu.

Setelah Wak Jak habis edah, dia terus menikah dgn Wak Leman. Maka bermula lah episode duka anak-anak hasil zuriat bersama Wak Jali iaitu Abg Lias, Mak Esah dan Mak Yu. Kerana Wak Leman bukanlah seorg ayah dan abang ipar yang penyayang. Mak aku pun turut terkena akan tempiasnya…
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Tue Jul 24, 2012 12:26 pm

24 Julai 2012/4 Ramadan 1433H, Opis, 12.30pm

Mengantuknyeee. Macam nak nak letak je batang mancis kat kelopak mata nih. Asyik nak terkatup & tersengguk depan notebook jer nih.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Mon Aug 13, 2012 10:39 am

13 Ogos 2012, Opis, +-10:40am


Bila mana Wak Jak berkahwin dgn Wak Leman, anak-anak hasil zuariat dgn Wak Jali tidak lg mendapat kasih sayang drp seorg ayah. Wak Leman adalah seorg yg serius. Tiada senda gurau bersama anak-anak tiri mahupun dgn adik ipar seperti mana Wak Jali pernah lakukan dahulu.

Ketiga-tiga org beradik itu dimaki hamun dan dipanggil dgn panggilan-panggilan yg kesat seperti ‘lonteh’ (pelacur/pompuan sundal) dan macam macam lagi. Wak Jak? Dia buat tak kisah pun. Dia lagi la beranak sorang satu taun. Mak aku jugak la jadi mangsa kerahan tenaga kena basuh lampin, jaga anak-anak Wak Jak yg masih kecil itu. Mak tak dapat langsung belajar di rumah. Namun, mak tetap kuat semangat nak pergi sekolah tanpa ada perasaan ingin ponteng pun.

Yaei dan Nyaei masih bekerja di rumah Tuan Omputih di Jalan Ampang. Mereka tetap menyumbangkan wang gaji mereka buat ketiga-tiga org cucu mereka yg sulung itu. Namun, cucu-cucu tersebut tetap mendapat layanan yg buruk drp bapa tiri mereka.

Anak sulung Wak Jak dgn Wak Leman ialah Paimin. Anak kedua adalah Cik Tini. Sewaktu Wak Jak dalam pantang beranakkan Cik Tini…Yaei nak pergi haji. Yaei pergi haji dgn Wak Mol. Mak kata…persiapan nak pergi haji tu kena bawak banyak barang termasuk makanan-makanan kering spt ikan bilis, cili kering la…lesung batu laa….beras…dan byk lagi. Iye la kan…org dulu2 takde pakej haji. Makan minum kena tanggung sendiri….masak sendiri. Periuk kecik pun bawak sekali.

Perjalanan Yaei ke Tanah Suci Mekah adalah dengan menaiki laluan keretapi dari KL ke Singapura. Dulu, sebelum merdeka, Singapura adalah sebahagian drp Tanah Melayu. Boleh datang dan pergi tanpa passport atau Visa. Mak kata…keretapi waktu itu adalah keretapi arang batu. Gerabak keretapi yg dinaiki adalah kelas ke 3. Letak bagasi kat para-para atas tempat duduk. Lepas tu tempat duduk keras drp kayu jaring-jaring melintang. Kalau duduk tu badan akan bergoyang-goyang ke kiri kanan. Perjalanan amik masa lebih kurang 12 jam. Bertolak dari pagi-pagi sampai ke Singapura dah lewat petang.

Mak pegi dgn Nyaei dan Wak Leman. Di Singapura, mereka menumpang semalaman di rumah Pak Hassan. Pak Hassan adalah sedara Wak Leman. Org dulu-dulu….w’pun mereka hidup miskin, tapi tetap meraikan tetamu yg tidak begitu dikenalinya yg datang jauh.

Aku tanye mak… nape Nyaei tak pegi haji sekali? Wak Leman ada sarankan lagi agar dijualkan aje tanah pusaka di Segambut, Kuala Lumpur. Mak kata…Nyaei takmo jual tanah tu. Nak bikin ada-adaan katanya. Biarlah dia tak pergi haji. Nanti-nantilah katanya lagi.


(bersambung lagi ...)
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Tue Aug 14, 2012 9:05 am

14 Ogos 2012, Opis 8.55am

Ari nie kat opis, semuanya dah mood raya. W'pun tahun nie opis aku nie takde langsung gantung2 kad raye la..ketupat raye sumer2...mood tetap ada.

Sejak lisitng kat BSKL nie...semuanya mesti berjimat cermat. W'pun berjimat, Alhamdulillah...tahun ini tahun yg murah rejeki utk semua syarikat kumpulan. Angpau raya dapat..bonus raya pon dapat :D . Kiranya terubat sgt2 sakit dihati ini dek kerana takde kurma Ramadan, serunding raye ataupun kuih muih raye yg setiap tahun dibekalkan syarikat.

Ye la kan. Gaji kami di sini tidak mahal & tidak kompetetif langsung jika nak dibandingkan dgn syarikat2 yg memiliki industri yg sama macam kami. Not luxury but suficient.

Bersempena Hari Raya yg bakal menjelang ini, aku selaku tuan rumah Sedetik Kupejamkan Mata, ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh pembaca blog ini andaikata hasil nukilanku ini menyinggung perasaan sesetengah pihak. Nukilan aku, adalah sejarah hidup aku, mak dan nenek moyang aku. Ia tiada kaitan langsung dengan kisah hidup org lain.

Segala kenangan mak aku, akanku abadikan diruangan ini buat bacaan generasiku yg seterusnya.

Akhir kata...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada aku Taiko Tanakura..
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Wed Oct 31, 2012 10:21 am

31 Oktober 2012, Opis, 10 am

Sejak dua menjak nie, aku tak tau ape nak jadi dgn opis aku nie. Bos bersikap menjauhkan diri drp stafnya. Bila nak cari bos, mintak sain ...bos takde. Jadi, terpaksa mintak sain bos lain. Atau tidak pun aku tiru tandatangan bos utk documentation CMMI nih. Pas tu aku guna chop dia.

Aku rasa mungkin bos rasa 'down' sebab kena belasah dgn COO En. Omi tu. Aku, macam Team Leader yg lain sekadar mendengar luahan perasaannya. Dgn sikap pengurusan Felda kat atas nie dah berubah, depa ikut suka hati nak stop using Application yg telah digunakan sekian lama.

Macam-macam dah berlaku kata sini. Tapi, kami ikan bilis nie...idak terasa sgt. Yg terasa tekanannya adalah level management. Sape2 yg tak disukai akan masuk 'cold storage' atau 'posting' ke mana2 yg dirasakan perlu.

Ada org kata, tahan sungguh aku keje kat sini. Nape tak pindah tempat kije lain ye? Aku pikir satu perkara je. Kita nie hidup kat dunia, tidak akan dapat semua benda. Kalu aku pindah tempat kije lain, walau aku akan dapat habuan yg lumayan...tapi disudut lain...masa utk aku dgn anak-anak dah tiada. Balik lewat memanjang. Tapi, bila keja kat sini, walaupun gaji sekadar memadai ...aku dpt lihat anak-anakku membesar dan mengajarkannya ilmu sekadar yg termampu.

Pengorbanan itu adalah lebih penting daripada material kebendaan. Cukuplah sekadar sederhana apa yg aku ada. Kita hanya dapat menyaksikan saat-saat tumbesaran anak-anak hanya sekali sahaja dalam hidup. Setelah dewasa kelak, nak pegang tangan anak setiap hari pun susah.

Berbalik kpd suasana politik syarikat aku nie, saham makin hari makin merudum. Maka, sesiapa yg buat pinjaman utk saham tu kenalah bayar pinjaman mereka. Syarikat sekarang ibarat tiada hala tuju. Staf pun jadi kabur apa matlamat syarikat sebenarnya. Management sekarang tidak lagi mengambil pendekatan mendekati hati pekerja. Tiada lagi 'enforcement from the management' utk apa jua event penting. Pandai2 la korang nak idup & execute them.

Haii...entahlah. Mudah-mudahan tahun 2013 adalah lebih baik drp tahun ini...
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Thu Nov 08, 2012 1:26 pm

9 November 2012, Opis, 1.30 pm


Aku kat opis, rutin harian memang suka naik turun tangga kecemasan. Aktiviti nie sikit sbyk dpt jgk membakar lemak-lemak kat perut nih. Lagi satu, sebab yg lain ia dekat dgn tpt duduk aku utk ke kantin & toilet. Tapi...sejak 5 bln kebelakangan nie...tangga kecemasan dah x bes dah. Dah jd semacam tempat menempah maut. Puak-puak nie suka benor isap rokok sembang lelama kat sini. W'pun kelibat derang dah x de, bau asap derang masih ada lg. Tak pasal pulak aku nie jadi penghisap rokok pasif.

Jadinya, aku naik la lif lembab nie. Lembab pun lembab la..w'pun dari Tingkat 1 ke Ground Floor je.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Thu Nov 22, 2012 11:38 am

22 November 2012, Opis , 11.30 am


Image

*Inilah dia tapak rumah mak dibesarkan, berumahtangga sehinggalah aku dilahirkan menjadi seorg manusia yg ala-ala samseng kat BMC nie la konon.. :P. Rumah nie didirikan semula dan ianya sebaya dgn aku...huhuhuuuu uhukk. Tetapi...segala kenangan hanyalah tinggal kenangan...penghijrahan & pengorbanan adalah lebih utama demi kehidupan yg lebih selamat dan menenangkan..

(sambungan seterunsya)

Di pelabuhan Singapura…mak kata kat situ ada kapal besor nama dia ANSON telah sedia menunggu seluruh org yg ingin menunaikan haji. Maka berlayarlah Yaei selama 3 minggu lamanya menuju ke Semenanjung Tanah Arab. Kemudian, lebih kurang 2 bulan di Tanah Suci Mekah. Untuk pulang, mengambil masa 3 minggu perlayaran. Jadinya…3-4 bulan Yaei tiada disisi mak.

Untuk pulang semula ke tanahair, Wak Deraman berutus surat dgn Yaei. Maka, dari situlah diketahui masa, tarikh dan tempat utk menjemput para jemaah haji yg pulang ke tanahair. Mak masih ingat, sebab maklah yg menjadi tukang baca surat kepada Nyaei diwaktu itu. Kerana mak pandai baca jawi.

Sewaktu pergi menjemput Yaei dari Tanah Suci Mekah, mak, Wak Leman, Makcik Siah dan Wak Deraman yg pergi menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Pulau Pinang pula. Nape pelabuhan Pulau Pinang ye? Walhal masa pegi hantor kat Pelabuhan Singapura. Mak aku pon tak tau nape berlainan tempat. Nyaei tak pergi sebab dia ada kerja kat rumah Omputih.

Masa pegi tu mak ada geng iaitu Makcik Siah iaitu anak sulung Wak Kuncong yg juga cucu kepada Wak Deraman. Wak Deraman adalah abang Nyaei. Kiranya la kan…Wak Kuncong dgn mak adalah sepupu. Mak dan Makcik Siah adalah bertaraf makcik yg sebaya. Mak rasa seronok sgt dpt naik keretapi. Kat dalam keretapi…ibarat mak melepaskan kutunya. Gelak ki ki ki ki dgn Makcik Siah. Mak kata…kalau Wak Jak ada tu…memang dah lama dia kena ‘kutil’(cubit).

Kemudian, setibanya di pelabuhan Pulau Pinang maka ramailah jemaah haji turun dari kapal. Apa yang mengejutkan mereka semua adalah Yaei tepaksa di usung dan kelihatan benar2 uzur. Maka dipapah oleh mereka Yaei menaiki keretapi ke Kuala Lumpur. Setelah smpai dgn perjalanan 12jam yg amat meletihkan itu, maka semua org pun selamat tiba di rumah Kg. Baru masing2. Org zaman dulu2, hanya bwk ole2 spt buah kurma, buah tin,kismis je.Takde sebenier macam tasbih ker, sejadah ker..carpet ker...jubah ker.Takdak.

Yaei, sepanjang 2 minggu beliau byk bercerita tentang pengalamannya di Tanah suci Mekah itu. Pada pengamatan mak aku, dia kat sana susah nak dapat air minuman. Ini menyebabkan bibirnya pecah, kulit tapak kaki terkupas macam melepuh, tubuhnya terlalu kurus....berak keluar darah. Sungguh kesian mak aku lihatkan akan kesihatan Yaei ketika itu.

(bersambung lagi daa...)
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Tue Jan 08, 2013 10:18 am

8 Januari 2013, Opis, 10 am

Tahun 2013 baru saja bermula. Sejak si dia kemalangan jalanraya pada 1 Disember 2012 sehingga dimasukkan ke Wad Kecemasan Zon Kuning di Hospital Selayang, patah 3 rusuk kiri dan tangan kiri dan dioperate masukkan besi, perasaan aku tahun nie memang agak terganggu. Macam ada rasa lemau jer. Tapi aku tidak boleh membiarkan perasaan itu berlarutan.

Kerana tahun 2013, aku kena menjaga seisi ahli keluargaku dan 2 rumahtangga. Mereka semua mengharapkan aku. Kalau aku lemah, maka lemahlah institusi kekeluargaan & kerumahtanggaan ini. Sebelum nie..selama setahunku biarkan saja. Tapi tidak tahun ini. Aku mesti pantau supaya ia tidak bobrok ditelan panas & hujan. Terpaksa kuat walaupun sakit-sakit urat.

Terpaksa juga ulang-alik kedai DG Color Jln Ipoh untuk urusan printing foto studio. Aku berharap sis & family tu suka dgn hasil yg telah aku usahakan. Terpaksa ambik alih tugasan si dia yg dilanda bencana itu. W'pun sis & suami tu pernah bikin onar dlm sejarah hidup ini, tapi aku fikirkan yg anaknya tidak bersalah dgn aku. Aku tetap balas kebaikan terhadap anak mereka.

Tahun nie juga aku berazam nak beli kereta baru. Terpaksa beli utk mengelakkan kemalangan berulang kembali. Kereta apa yer? Aku dah usha-usha dgn bajet ciput yg ada ... hanya mampu beli kete Saga 1.3 FLX jer... cicit kepada keta Iswara Aeroback 1.3 yg aku tgh pakai nie.

Tengoklah macam mana nanti. Sesungguhnya, aku hanya merancang...Allah yg menentukan...
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Thu Feb 21, 2013 4:18 pm

21 February 2013, Opis , 4:15pm

Hai... kesengkekan melanda la. Bukannya duit takada. Tapi...malas nak kuarkan duit.

tapi bulan Februari nie, aku ketagih tgk citer drama Korea la. Ari tu citer "Miss Ripley" dan sekarang " Missing You". Tgk pakai broadband DiGi nih.

Aku memang suka tgk citer korea sebab plot dia menarik. Dari pengamatan aku, makin lama drama derang makin bagus. Muzik latar dia pun bagus dan sedap. Pelakon ramai yg hensem & cun dan ramai yang baru-baru dan berbakat.

Nape ye citer drama Melayu tak macam derang ekk?

Aku lemah la tgk citer Melayu. Balik-balik plot citer isteri nangis2 sebab suami tak centakan dia & suka pompuan lain. bosan aku.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Re: Sedetik Kupejamkan Mata

Postby Taiko on Mon Mar 04, 2013 9:49 am

4 Mac 2013, Opis , 9.40am

Ibarat "Keluar dari mulut naga, masuk ke mulut buaya". Ya, itulah situasi yang sedang melanda dalam kompeni tempat aku keje sekarang nie. Bila aku dilantik jadi Project Manager sistem baja nie, barulah aku tahu situasi yang melanda kini.

Kita org baru je dapat CEO baru...dan memang tahu yang CEO baru nie ada kaitan dengan vendor kami ini. Akan tetapi, aku baru tahu yg CEO nie ada hubungan dengan Tan Sri Isa di sini. Patutlah, setiap kali ada projek baru je... vendor L nie akan sapu. Bukannya syarikat tpt kami bekerja. Syarikat Podata nih telah dipergunakan.

Kalau tahun lepas,CEO kerjanya suka berpoya-poya dengan duit syarikat, CEO baru pulak telah mempergunakan syarikat ini utk kepentingan politiknya.

Maka memang betullah apa yg aku dengar drp ceramah Ustaz Kazim, bahawa tanda-tanda akhir zaman adalah akan adanya pemimpin yang zalim. Yang mana, penggantinya disangkakan baik. Akan tetapi...sebenarnya ia lebih zalim daripada yang sebelumnya.

Itulah bezanya CEO daripada dalam syarikat Kumpulan Felda nie berbanding dgn CEO drp luar. Memang CEO luar tu nampaknya hebat & berkarisma, tetapi lusuh prinsip & etika kerjanya. Mereka tidak kenal erti kesusahan yang dihadapi oleh para penenoka yang bersusah payanh mengusahakan pertanian sawit yang bertaraf dunia ini.

Namun, politik telah mengatasi segalanya. Aku pun tidak tahu sampai bilakah tangan-tangan zalim ini akan memegang tampuk pimpinan syarikat. Tidak takut dgn balasan akhirat.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3533
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

PreviousNext

Return to Bicara Karya

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests