Salam cium tangan, hukum atau adat?

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

Postby h@run on Fri Nov 23, 2001 8:34 pm

Assalamu'alaikum

Kita biasa mengamalkan cium tangan orang2 tertentu semasa bersalam, contohnya seperti ibubapa, orang yg lebih tua, suami dll.

Persoalannya... adakah amalan cium tangan ini satu adat ataupun hukum. Maksud saya, adakah ianya ada disebutkan dalam mana2 hadis?

Persoalan berkaitan, adakah amalan ini juga terhad kepada orang2 tertentu yg berada di dalam susur galur tertentu? Kita sedia maklum... yg bukan muhrim dah tentu tak tersenarai. Bersentuh tak boleh, apatah lagi cium tangan. Maksud saya, contohnya suami dengan abang ipar, atau biras lelaki yg lebih tua, atau isteri dgn kakak ipar, atau biras perempuan yg lebih tua.

Harap persoalan ini terjawab, insya-Allah
h@run
Ahli
Ahli
 
Posts: 2
Joined: Wed Nov 21, 2001 8:00 am

Postby jebat on Thu Dec 06, 2001 6:51 am

assalamu alaikum.

ada sapa2 tahu tak pasal hadis mengenai cium tgn ni? saya pun tak tahu dan so far saya sendiri belum pernah jumpa lagi.

tapi yg pasti di sana banyak sekali hadis2 (dan juga ayat Qur'an) yg menggesa kita menghormati org2 tua terutamanya ibu bapa kita sendiri.

pd pendapat saya, cium tgn org2 tua dlm masyarakat kita kalau pun tak ada dlm hadis tapi ia tetap menjadi satu adat yg baik krn adat itu selari dgn ajaran Islam agar kita menghormati org2 tua, terutamanya ibu bapa sendiri dan ibu atau bapa mentua.

....dgn yg bukan muhrim tentulah tak boleh.

wallahu a'lam.
jebat
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 201
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: IPTA KL

Postby mardhiah12 on Fri Dec 07, 2001 5:51 am

assalamu'alaikum
bile bercium tangan, itu tandanya hormat kepada yang lebih tua. dan bukannya terhad kepada keluarga sahaja, terkadang skop ini dibesarkan kepada bertandang ke rumah orang tua. salam tuh pun perempuan ngan perempuan, laki ngan lelaki.

kalau di South Africa, cara menunjukkan kemesraan dan hormat kepada orang tua ialah cium di pipi. ada juga sahabat ana yang terkena ciuman di bibir :gigi:
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby saga on Sat Dec 08, 2001 2:46 am

Cuma jangan...

1. Masa ada wuduk pegi cium tangan suami/isteri
2. Belum ijab dan kabul, cium tangan si dia.

:senyum: ~ salah ke ayat ni?
saga
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 147
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby carsharf on Sat Dec 08, 2001 7:22 am

assalamualaikum.

salam cium tangan. adakah ianya hukum atau adat ? entahlah, tak tahu lah, so, tak berani nak beri pendapat.

mencium tangan ni sebagai tanda hormat kepada orang yang patut dihormati. mungkin ia dah jadi adat budaya masyarakat melayu, bila cium tangan kedua ibu bapa, cium tangan mereka.

Setiap masyarakat di pelbagai negara di seluruh dunia ini punya cara tersendiri untuk menghormati orang, ada yang tunduk kepala angguk-angguk, ada yang meludah kemuka orang yang patut kena hormat, ada yang cium pipi, dan macam-macam lagi cara menunjukkan rasa hormat bagi penduduk dunia ini.

cuma yang menyamakannya ialah hukum syariat Islam. Kerana Islam itu bukan hanya agama untuk kaum/bangsa tententu sahaja. islam syariat yang dibawa oleh nabi MUhammad ini sesuai untuk semua tempat, semua zaman, semua keadaan hingga hari qiamat.

so, jangan mencampuradukkan adat dengan ibadat, seperti puasa ni. ada orang yang puasa kerana dia kata dah memang sudah jadi adat bila tiba bulan ramadhan kena wajib berpuasa dan bila nak raya kena puasa dulu. Niyat tu dah salah tu, dia puasa kerana nak raya. ada sesetengah orang tu pulak, dia puasa tapi tak menunaikan solat. macamana nak betul tu? pada hal solat itu perkara utama yang mesti dilaksanakan terlebih dulu.

dah lah ye, ana rasa cukuplah setakat ni dulu.

sekian wassalam.

Jaydie Carsharf
Jaydie
carsharf
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 875
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Postby mentol on Tue Jan 01, 2002 1:55 pm

Assalamualaikum,
Apa yg ust ana bagi tahu salam mencium tangan ni hanyalah pd kedua ibubapa,ulamak2dan suami-isteri sahaja.Kadang2kita bersalam sampai terlupa batas2 muhrim dlm keluarga demi utk menjaga adat atau hati dlm keluarga dan sanggup megenepikan hukum2 ALLAH.



wassalam.
mentol
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 25
Joined: Wed Dec 05, 2001 8:00 am

Postby nur_aniem_natasha on Tue Jan 08, 2002 9:01 am

assalammualaikum...

salam cium tangan...
nie sebagai tanda hormat kita terutama pada org yg lebih tua kan..

rasa macam diredhai oleh ibu bapa bilamana nak pergi ke sesuatu tempat dgn mencium tangan dan pipi mereka dahulu.

denan org yg lebih tua --> nenek, nenek @ datuk sedara (leh jadi wali), bapa sedara (adik beradik ayah)

dgn kakak pun salam gak.. bila rasa rindu siap cium tangan dan pipi dia sekali. sbb kakak dah kawin dan tinggal kat tpt lain. so jarang jumpa.

walaubagaimanapun, buat masa nie.. batas2 masih terjaga.. cuma kalau ada kesilapan harap tegurlah ye.

wassalam..
rahsia dihati tak siapa yg tahu...
nur_aniem_natasha
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 37
Joined: Sun Dec 02, 2001 8:00 am
Location: kuala lumpur

Postby masraden on Sun Jan 13, 2002 12:18 pm

Assalamu'alaikum

1. bersalaman, satu perkara
2. cium tangan, ialah perkara kedua dari perkara yang pertama di atas.

masraden ingin mencadangkan untuk dirujuk kepada Sahih Bukhari, Jld. 4, Bk 56, No. 753. bagi perkara #2, di atas.

Seandainya hadith ini boleh dijadikan dalil, maka sunnah ini perlu diqiaskan kepada orang lain pula samada amalan yang sama dibolehkan atau tidak.

Pun bagitu, rasa masraden orang-orang tua kita dulu dah putuskan kedudukan sunnah ini. :senyum: Allahu a'lam.

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: masraden pada 2002-01-12 21:34 ]</font>
masraden
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Sat Dec 15, 2001 8:00 am

Postby miskin on Sun Jan 13, 2002 4:12 pm

Assalamu'alaikum semua

ana baru nak posting ni...klau ada yg "tak clear" harap diberitahu

ana abdul, ana miskin
ana jahil, ana fakir

Pada Masalah ini,
Ketahuilah bahawasanya Berjabat Tangan (Musafah) itu adalah satu sunnah seperti dinyatakan di dalam Kitab Riyadhus Salihin karangan Imam Nawawi.
Sila Lihat Bab 143 yang mengatakan Pasal Sunnah berjabat tangan, bermuka manis dan mencium tangan orang salih dan anak, dan mendekap orang baru datang dari bepergian,

Juga lihat Shahih Bukhari (Buku 8 Hadith No 279, 280, 281)

Jadi bersalaman itu hukumnya sunnah
Hukum mencium tangan pula adalah harus ataupun sunnah

Wassalam
miskin
Ahli
Ahli
 
Posts: 1
Joined: Sat Jan 12, 2002 8:00 am
Location: Singapura

Postby emani nasywa on Mon Apr 22, 2002 9:58 am

Assalamualaikum....
:senyum: Emani setuju ngan pendapat miskin...Setahu Emani juga ianya adalah sunnah....
:senyum: :senyum: :senyum:
Wasalam..
emani nasywa
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 129
Joined: Fri Apr 05, 2002 8:00 am

Postby saiyidul_mujahid on Fri Apr 26, 2002 11:47 pm

assalamualaikum

assalamualaikum


" Cuma jangan...

1. Masa ada wuduk pegi cium tangan suami/isteri
2. Belum ijab dan kabul, cium tangan si dia. "

ana nak betulkan sikit ayat di atas sekadar apa yang ana faham. perkataan "jangan" untuk suami isteri bersalaman ketika ada wuduk itu seumpama haram jika dirujuk pada no.2 , bersalaman antara 2 orang yg belum diijab kabul.
Bukan haram. cuma kita yang memegang ajaran Imam Shafi'e, ia membatalkan wuduk si isteri dan si suami. itu sahaja..
Waallahu'alam.
saiyidul_mujahid
Ahli
Ahli
 
Posts: 6
Joined: Tue Apr 09, 2002 8:00 am

Postby alzarrabad on Sat Apr 27, 2002 4:59 pm

WS...

Pokoknya...bergantung pada nawaitu yang bersih lagi suci di antara lelaki lebih tua atau perempuan lebih tua sewaktu mahu bersalam cium tangan. Pasal nawaitu tak betullah jadinya sumbang mahram (sbg contoh).

Kalau tak silap hanya ikut adat tapi tak salah di sisi hukum...jika dapat dielakkan lagi bagus di antara bukan muhrim. Apa2 pun, semuanya berbalik pada nawaitu jugak.

Wassalam.
Akar Umbi Jangan Dibuang,
Pucuk Jangan Dijulang-julang,
Pahala Dah Banyak Dikurang-kurang,
Tinggallah Dosa Hidup Merewang.
alzarrabad
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 261
Joined: Sat Mar 30, 2002 8:00 am
Location: Alam Ghaib

Postby g@y@t on Wed Feb 04, 2004 10:56 pm

Dari Zarra Ibn Amir dan adalah salah seorang delegasi Abd Al-Qays, dia berkata, “Kami turun dari unta dgn pantas kami pergi ke arah Rasulullah S.A.W utk mencium tangan dan kaki Nabi S.A.W.” (Riwayat Abu Daud and Al-Bukhari dlm Al-Adab Al-Mufrad)

Budaya yg paling masyhur dan ideal bg masyarakat Islam ialah mengucapkan salam dan berjabat salam. ini adalah amalan yg paling lumrah dalam kehidupan salaf assoleh. Namun, budaya mencium tangan itu juga thabit spt nas yg dikemukakan di atas. alMuhaddith Albani dalam siri Silsilahnya berpendapat, mencium tangan orang alim itu hendaklah mematuhi adab2 berikut:
a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi
Imam Nawawi menambah:
f. tidak boleh mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, dunianya, kekuasaannya, pangkatnya (amat makruh/makruh tahrim)- alAzkar

wassalam

Jwpn oleh THTL dan ziy@d dari al-ahkam.net
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby nad on Sat Feb 14, 2004 12:42 am

dalam hal ini saya pernah bertanya pada seorang ustazah yang mana beliau merupakan bekas ustazah saya di sekolah.
jawapan yang saya dapati adalah......
kKITA TAK BOLEH CIUM TANGAN SELAIN IBUBAPA DAN GURU.
saya tak ingat peristiwa dan dalil yang berkaitan dan itu merupakan kelamahan saya.
tambahan lagi, kalau kita salam tangan semua org yang lagi tua, di takuti orang tersebut tidak layak mendapat penghormatan yang sebegitu lantaran latar-belakang, sikapnya dan seumpamanya.di situ sudah jatuh hukum berdosa.
saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya ada kebetulan saya pernah bertanyakan soalan ini.jika terdapat kekurangan sila +.
gemilangkan kebangkitan ISLAM di seantero dunia.
nad
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 68
Joined: Mon Jan 19, 2004 2:10 am
Location: selangor

Postby kasturi_biru on Fri Feb 20, 2004 9:39 pm

ermmmm....... :matabulat:

kalau saya...jumpa ngan org yang lebih tua dari kita (yang kita kenali) dan yg da lam kita tak jumpa...biasanya saya akan cium tangan mereka...
adakah perbuatan itu menjadi satu kesalahan sedangkan saya mencium tangan mereka kerana saya hormat....

:(
Patience is a sign of being thankful
Forgiving leads to being thankful
Calmness will be gained after being thankful
"People love because of ALLAH, meeting and departing...only because of HIS LOVE"
kasturi_biru
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 68
Joined: Mon Nov 11, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Sat Feb 21, 2004 12:15 am

as'kum,

saya telahun senaraikan guideline mengenai mencium tangan ni. Bawah ni saya pastekan kembali.

wassalam

Budaya yg paling masyhur dan ideal bg masyarakat Islam ialah mengucapkan salam dan berjabat salam. ini adalah amalan yg paling lumrah dalam kehidupan salaf assoleh. Namun, budaya mencium tangan itu juga thabit spt nas yg dikemukakan di atas. alMuhaddith Albani dalam siri Silsilahnya berpendapat, mencium tangan orang alim itu hendaklah mematuhi adab2 berikut:

a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi
Imam Nawawi menambah:
f. tidak boleh mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, dunianya, kekuasaannya, pangkatnya (amat makruh/makruh tahrim)- alAzkar
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby kasturi_biru on Sun Feb 22, 2004 8:44 pm

wa'alaikum salam

trima kasih gayat...
saya da faham skrang :)
Patience is a sign of being thankful
Forgiving leads to being thankful
Calmness will be gained after being thankful
"People love because of ALLAH, meeting and departing...only because of HIS LOVE"
kasturi_biru
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 68
Joined: Mon Nov 11, 2002 8:00 am


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests