Buka hijab

Untuk apa-apa bicara berkaitan akhlak dan tasawuf.

Postby Syifa3 on Thu Jun 13, 2002 12:45 am

seperti sedia maklum terbukanya hijab adalah satu yang sangat di inginkan tetapi adakah ianya boleh dibukakan atau terbukanya sendir….banyak yang mengatakan bahawa hijab akan terbuka dengan 3 cara
1. Terbuka sendiri - (Para Wali Ambia, Suhadah dan Solihin)

2. Membukanya sendiri - ( Ilmu yang ada Pada Guru )

3. Dibukakan - ( Dibukakan dan doakan olih GURU )
ada yang mengatakan hanya 5 minit sahaja hijab akan terbuka …..kenapa begitu mudah
Ada sapa-sapa boleh terangkan.
Syifa3
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 24
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Tok Ledang on Thu Jun 13, 2002 3:53 pm

apa yang ada disebalik hijab tu?
apa benda yang kita boleh tengok?
User avatar
Tok Ledang
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 934
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: JB mali...

Postby bani_adam on Thu Jun 13, 2002 4:49 pm

entah ler ker bendanya tu..?? apa perlu ker hijab menghijab nie..??
bani_adam
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 115
Joined: Sat Nov 24, 2001 8:00 am
Location: K.Lumpur W/P

Postby Tok Syam (nick lama) on Fri Jun 14, 2002 2:28 pm

salam,
Kalau nak bincang2 kosong pasal hijab ne
boleh jugak,tapi jangan percaya sangat
pendapat tok ne.Pasal cerita kosong serah
aje pada tok.

Pada tok la....hijab ne bertingkat-tingkat.
Soalnya apa yang nak dilihat tak bolehlah
diketogeri sekarang kerana ia mengikut
keperluan masing2.

Suatu perkara kalau diketahui oleh manusia
yang belum mengerti adalah sia2 dan akan
menyusahkan diri sendiri.

Allah tu Maha Pengasih dan tak mau
membebankan hambanya.
Maka hijap yg.perlu untuk manusia ialah
boleh mengenal hak dan batil.Ia bukanlah
pandangan mata kasar tapi terbukanya
mata hati.

Dari tidak tahu kepada tau juga adalah
sebahagian hijab.

Maka hijab itu bukan semata-mata dapat
melihat alam ghaib seperti melihat jin malah
macam2 cara.
Gitu le pendapat tok yg.jangan dipakai
sangat.
Tok Syam (nick lama)
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1204
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby penamerah on Mon Jun 17, 2002 11:21 am

A’kum
= 1. Terbuka sendiri - (Para Wali Ambia, Suhadah dan Solihin)

2. Membukanya sendiri - ( Ilmu yang ada Pada Guru )

3. Dibukakan - ( Dibukakan dan doakan olih GURU ) =
----------------------------

1. Berkenaan dengan soalan diatas, saya diberitahu yang pertama itu adalah anugerah atas dasar lillahita’ala.

2. Yang kedua atas dasar ilmu dan kehendak

3. Yang ketiga atas dasar patuh dan berhubung dengan rantaian rohani antara satu insan dengan insan yang lain

------------------------------

= ada yang mengatakan hanya 5 minit sahaja hijab akan terbuka …..kenapa begitu mudah
Ada sapa-sapa boleh terangkan. =

------------------------------
Masalah pembukaan itu ianya bertingkat2 dan bahagian masing2. Selain daripada kehendakNya segalanya adalah asbab. Itu dari segi ilmunya.

Mudah atau susah tidak timbul dalam ilmu ini kerana hakikatnya Allah melakukan apa Yang di KehendakiNya. Sampai satu tahap kita akan memahami yang ilmu itu juga hijab. Wallahua’lam.
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby tabriz on Tue Aug 13, 2002 5:03 am

Jangan kejar agar terbuka hijab. Kejarlah dan mohonlah cinta daripada Dia. Ingat segalanya cinta.
tabriz
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 12
Joined: Fri Aug 02, 2002 8:00 am

Postby zikri on Tue Oct 22, 2002 11:49 pm

.... pada ana urusan hijab menghijab dan buka membuka hijab ni adalah urusan Ilahi. Dia yang melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa yang disukainya.Sebab tu kadang kala seorang yang kafir pun masuk Islam dan menjadi wali Allah akhirnya.

Doa dan bimbingan dari Guru Mursyid pula merupakan usaha yang mendekatkan kepada rahmat Allah. Terbukanya hijab tidaklah bererti dapat melihat sesuatu yang mengkagumkan tetapi terbukanya mata hati untuk melihat kebesaran Allah. lalu bermulalah datang kasih sayang dan saling rindu merindui antara hamba dan Khaliqnya.

wassalam.
zikri
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Mon Mar 12, 2001 8:00 am

Postby hijab on Fri Oct 25, 2002 1:55 am

Ada tiga perkara yang menyebabkan diri kita terhijab..
cakap bohong
syirik khafie dan
riak
hijab
Ahli
Ahli
 
Posts: 1
Joined: Fri Mar 15, 2002 8:00 am
Location: Kedah

Postby zikri on Fri Oct 25, 2002 4:59 am

... bukan tahap tu saja sdr hijab sebenarnya banyak sebab yang menyebabkan manusia terhijab denga Allah ianya termasuk semua perkara yang bersifat mazmumah ( keji).

Mengikut perjalanan ahli-ahli sufi untuk mendapatkan kasih sayang Allah ( terbuka hijab) beberapa perkara perlu dilakukan antaranya:

1. Memperbanyakkan selawat

- kerana selawat akan menyambungkan kita dengan baginda Rasullullah di alam roh.kita sebagai umat Rasullullah dan baginda merupakan pintu rahmat kepada sekelian alam. Ringkasnya Baginda tu macam tuan rumah kepada dunia ni.

2. Memperbanyakkan Istigfar

- Fitrah lahirnya manusia ini hakikatnya di atas fikrah dosa sebagaimana datangnya adam ke dunia ini disebabkan dosanya kerana memakan buah terlarang di syurga. setibanya di dunia Adam as bertaubat dan beristigfar selama 40 tahun sebelum taubatnya diterima ( dibuka hijabnya)

3. memperbanyakkan amalan sunnah dalam setiap urusan hidup disamping memperbanyakkan solat rawatib dan solat malam dan banyakan berdoa.Puasa sunat merupakan amalan yang boleh mempercepatkan proses pembukaan hijab oleh Allah.. Insyaallah.

- Dalam setiap amalan sunah akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan. secara hukum tabienya apabila pahalanya telah banyak dan melimpah ruah barulah datangnya kasih sayang Allah dan baginda Rasullullah.

Wallah huaklam
wassalam.
zikri
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Mon Mar 12, 2001 8:00 am

Postby Tok Syam (nick lama) on Mon Oct 28, 2002 7:08 am

Lihat lah dunia dengan kebesaran Allah
semuga Allah lihatkan kamu akan ciptaannya
dengan jelas.
Tok Syam (nick lama)
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1204
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby awang bin ali on Sat Nov 02, 2002 6:03 am

sahih..sahih..sahih..

Tapi brhati2 lah..banyak prkara juga disaksikan oleh Iblis..

benarlah semua ..Allah swt yg Maha Kuasa, Dialah mampu buka hijab ikut kehendakNya dan pada sesapa yg Ia kehendakki..

Kita hanya perhatikan apakah perintah2 Allah swt dan bagaimana nak menunaikannya ikut cara Nabi saw.
Apa2 yg nabi saw lakukan semuanya adalah yg trbaik..dan jika ada hijab antara baginda saw dan Allah swt..ianya yg paling sikit antara sekelian makhluk maupun Jibrail as.
Oleh tu apa2 yg dilakukan oleh baginda saw adalah yg paling dikasihi oleh Allah swt.
Sebab2 tu para sahabat ra sungguh2 ikut baginda saw semirip mungkin..
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby bukhara on Sat Dec 28, 2002 4:15 pm

Assalamualaikum....
Benarlah kata2 nasihat ikhwan2 di sini...
Jgnlah dikejar sangat penyingkapan hijab itu. Ia akan berlaku jika diizinkan Allah. Malah jika berlaku juga ia hanyalah ujian utk kita, sama ada ghaflah (lalai) kpd nikmat Allah SWT. Hijab itu beribu-ribu lapisnya... ada hijab yg gelap gelumat dan ada yg terang-benderang bak cahaya menyilau. YANG PENTINGNYA "Illahi Anta Maksudi Wa Rhedaka Mathlubi" Keredhaan Allah juga yg jadi matlamat mutakhir.
Ada hamba Allah yg disingkap hijabnya hingga dapat kurnia perkara2 yg mencarik adat. Alhamdulillah beliau tak ghaflah kerana ia kekal sebagi salik yg mencari keredhaan Allah SWT. Akhirnya beliau berdoa agar perkara2 tersebut diambil/ditarik balik supaya mengelakkan fitnah dan bukan jadi batu penghalang perjalanannya.

Misalan kita berjalan ini untuk sampai ke kebun tempat tujuan kita.... jgn kerana kita jumpa sepohon pokok rendang berbuah kita terhenti perjalanan semata2 kerna nak menikmati buah2an tersebut. Nanti perjalan terhenti dan tujuan tak kesampaian....

Serahkan segalanya kepada Yang Maha Tahu.
bukhara
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 22
Joined: Fri Dec 27, 2002 8:00 am


Return to Bicara Akhlak & Tasawuf

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron