Nama-nama dilarang Dalam Islam

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Postby IBIPRO on Tue Oct 15, 2002 7:43 am

Abkam = Tidak celik, buta
Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang bodoh
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan
Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang bodoh, bebal
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar
Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya
Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan
Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan
Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong
Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh
IBIPRO
IBIPRO
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1613
Joined: Fri May 10, 2002 8:00 am

Postby IBIPRO on Tue Oct 15, 2002 7:46 am

SETIAP anak yang dilahirkan akan diberi nama oleh ibu bapanya. Malah, ramai ibu bapa memilih nama yang disukai lebih awal. Proses menamakan anak ini sering dilihat oleh ibu bapa sebagai hak istimewa mereka.

Ini berbeza dengan sepasang suami isteri dari New York yang tidak mahu menggunakan hak istimewa ini, sebaliknya melelong hak itu dengan harga AS$500,000 (RM1.9 juta).

Agak terperanjat juga saya ketika membaca berita luar negara bertajuk “Suami isteri lelong hak namakan anak dalam Internet,” seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada 28 Julai 2001.

Pasangan itu yang sedang menunggu kelahiran anak ketiga mereka ketika itu, berharap mana-mana penaja korporat akan sanggup membayar AS$500,000 (RM1.9 juta) untuk menamakan anak mereka itu. Ini bermakna anak itu kelak mungkin bernama Heinz, Microsoft, Coke atau Kraft.

Pasangan itu membuat lelongan untuk membolehkan mereka membeli rumah lebih besar dan membiayai kos pendidikan anak mereka. Bagi suami isteri ini, cara itu memberi peluang kepada syarikat berkenaan untuk mendapatkan publisiti ketika nama itu diumumkan kelak.

Demikianlah keadaan manusia apabila hidup tidak ada bimbingan dan panduan. Hak menamakan anak yang menjadi hak istimewa mereka menjadi seperti barang yang boleh dilelong. Malah, ia dijadikan aset untuk mendapatkan sejumlah wang bagi menikmati taraf hidup lebih selesa.

Berbeza dengan umat Islam yang dibimbing al-Quran dan hadis, hak menamakan anak dianggap amat istimewa dan umat Islam biasanya menggunakan hak ini dengan sebaik-baiknya.

Islam sebagai satu cara hidup, memberi panduan kepada umatnya mengenai semua perkara, termasuk berkaitan hak memberi nama kepada zuriat mereka.

Dalam Islam hak ini begitu istimewa dan perlu digunakan sebaik-baiknya. Ini kerana nama itu akan bersama dengan anak itu sehingga hayatnya.

Oleh itu, proses memberi nama anak perlu dilakukan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang diberikan oleh Islam.

Satu daripada garis panduan itu ialah masa menamakan anak berkenaan.

Ada mengatakan anak itu patut dinamakan pada hari kelahirannya. Ini berdasarkan kepada peristiwa di mana Nabi Muhammad saw menamakan anak Abu Usaid dengan nama al-Munzir pada hari kelahiran bayi itu.

Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa anak itu perlu dinamakan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Ini berdasarkan sepotong hadis bermaksud, “Setiap budak tergantung kepada akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuhnya dan dinamakan serta dicukurkan kepalanya.”

Jadi, berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw ini, ada kelapangan dari segi masa untuk menamakan anak. Mereka boleh dinamakan pada hari kelahirannya atau pada hari ketiga selepas kelahiran. Jika masih belum dinamakan, digalakkan menamakan bayi pada hari melaksanakan akikah (hari ketujuh).

Selain itu, Islam memberi garis panduan nama yang harus dipilih untuk anak kita. Umat Islam dituntut untuk menamakan anak dengan nama paling baik dan indah.

Ini seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah saw dalam hadis baginda bermaksud, “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelok nama kamu.”(Riwayat Abu Daud).

Apa pula nama baik dan buruk? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: “Namakanlah (anak kamu) dengan nama nabi. Dan sebaik-baik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Apa yang bagus lagi ialah Haris dan Hammam. Dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.”

Ibu bapa juga dilarang menamakan anak dengan nama buruk yang boleh merendahkan kehormatan anak atau dijadikan bahan ejekan. Rasullah saw sendiri pernah menukarkan nama anak perempuan Umar bin Al-Khattab daripada Ashiyah yang bermaksud penderhaka kepada Jamilah bererti yang cantik.

Ibu bapa juga perlu menghindari daripada memilih nama yang membawa maksud `sial’ agar anak terpelihara dari kesialan yang dibawa oleh nama itu.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bertemu seorang bernama Hazan (bermaksud duka cita), lalu baginda menyuruhnya menukar nama itu kepada Sahel (mudah). Namun, orang bernama Hazan itu enggan menukar nama yang diberi oleh bapanya. Akibatnya, dia sendiri mengakui bahawa perasaan duka cita tidak pernah lekang daripada dirinya.

Islam juga menuntut supaya ibu bapa menghindari daripada menamakan anak dengan nama khusus bagi Allah seperti al-Ahad (bermaksud Yang Esa), Ash-Shamad (tempat meminta’), al-Khaliq (Yang Mencipta) dan Ar-Razzaq (Yang Pemberi Rezeki).

Ini amat tidak digalakkan sehingga Rasulullah saw pernah menukarkan nama seorang sahabat bernama Hani tetapi bergelar Abul Hakam oleh kaumnya kepada Abu Syuraih. Ini kerana Abul Hakam itu seperti nama Allah al-Hakam yang bermaksud terserah kepada-Nya segala hukum. Oleh demikian, Nabi menukarkan gelaran itu kepada Abu Syuraih iaitu bapa Syuraih, mengikut nama anak sulungnya.

Islam juga melarang ibu bapa menamakan anak dengan nama mengandungi unsur kemewahan atau menunjukkan nasib baik. Ini bertujuan mengelakkan kekeruhan apabila ternyata anak itu tidak seperti tergambar pada namanya. Contohnya, nama seperti Aflah (bermaksud sangat berjaya), Nafi’ (sangat berguna), Rabah (sangat beruntung) dan Yasar (sangat mewah).

Ini berdasarkan hadis bermaksud: “Ucapan yang sangat disukai Tuhan ada empat: Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallaah dan Allahu Akbar. Jangan kau namakan anakmu Yasar atau Rabah atau Najihan atau Aflah kerana kau akan berkata: Apakah betul ia itu begitu? Jika tidak, engkau jawab: Ia tidak.”

Ibu bapa juga perlu menjauhkan diri daripada menamakan anak dengan nama hamba kepada selain daripada Allah seperti Abdul Uzza (bermaksud hamba berhala), Abdul Kaabah (hamba Kaabah), Abdun Nabi (hamba Nabi) dan seumpamanya. Ulama bersependapat bahawa nama seperti ini adalah haram.

Akhir sekali, ibu bapa hendaklah mengelakkan daripada menamakan anak dengan nama orang kafir supaya umat Islam dikenal dengan namanya yang istimewa dan sesuai dengan keperibadian Islam itu sendiri.

Jadi ternyata, hak istimewa bagi ibu dan ayah dalam menamakan anak perlu digunakan sebaik-baiknya mengikut garis panduan Islam. Ternyata menamakan anak bukanlah satu tanggungjawab yang boleh dianggap enteng, lalu menamakan anak dengan nama yang hanya sedap disebut dan didengar, tetapi tiada makna baik.

Sebaliknya, kita perlu memikirkan nama anak dengan baik dan teliti kerana daripada nama mereka tercermin harapan serta doa orang yang memberi nama itu. Adalah diharapkan sifat baik yang ada pada nama baik itu akan dimiliki oleh anak berkenaan.

Kadang kala, dalam proses memilih nama ini, ibu bapa tidak mencapai persetujuan. Si ibu memilih nama A, sedangkan si bapa memilih nama B. Jika persetujuan tidak dicapai, Islam melihat bahawa suami lebih berhak menentukan nama anak.

Ini kerana al-Quran juga menetapkan bahawa anak itu menurut keturunan ayah, bukan keturunan ibu. Ini jelas dalam firman-Nya bermaksud : “Panggillah mereka dengan (nama) kepada bapa mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 5).

Islam juga melarang ibu bapa daripada memanggil anaknya dengan panggilan tidak baik seperti si pendek, si comot dan si buruk. Ini jelas dalam firman Allah bermaksud :“...dan janganlah pula kamu panggil-memanggil di antara satu dengan lain dengan gelaran yang buruk...” Ini kerana gelaran buruk itu boleh mendatangkan kesan negatif dalam jiwa anak tadi.

Dalam masyarakat kita, adalah sesuatu yang biasa apabila nama yang diberi berlainan dengan nama panggilannya. Biasanya nama panggilan ini lebih ringkas daripada nama sebenar.

Sering kali kita mendapati anak yang mempunyai nama sedap dan baik maksudnya, dipanggil dengan nama pendek yang tiada makna. Misalnya anak bernama Muhammad, dipanggil Boboy. Anak yang memang sedap namanya yakni nama yang mengikut nama junjungan kita, Nabi Muhammad saw, kini dipanggil dalam bahasa Inggeris yang tiada makna baik dari segi Islam.

Hal begini perlu dielakkan kerana nama itu juga doa. Dengan memanggil nama itu, kita seolah-olah berdoa agar unsur baik pada nama itu terjelma dalam peribadi anak kita. Oleh demikian, jika nama sebenarnya sudah baik, teruskan memanggilnya dengan nama itu agar harapan kedua ibu bapa tadi terjelma dalam peribadi si anak.

Bersyukurlah kerana sebagai umat Islam, kita diberi panduan dalam setiap lapangan hidup, hatta menamakan anak sekalipun.

Gunakanlah garis panduan ini dengan baik kerana anak kita akan menggunakan nama itu sehingga akhir hayatnya.
IBIPRO
IBIPRO
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1613
Joined: Fri May 10, 2002 8:00 am

Postby IBIPRO on Tue Oct 15, 2002 7:48 am

Jadi ternyata, hak istimewa bagi ibu dan ayah dalam menamakan anak perlu digunakan sebaik-baiknya mengikut garis panduan yang diberi oleh Islam. Ternyata menamakan anak bukanlah satu tanggungjawab yang boleh dianggap enteng lalu menamakan anak dengan anma-nama yang hanya sedap disebut dan didengar tetapi tiada makna yang baik. Sebaliknya, kita perlu memikirkan nama anak dengan baik dan teliti kerana dari nama mereka tercermin harapan serta doa orang yang memberi nama itu. Adalah diharapkan sifat baik yang ada pada nama-nama yang baik itu akan dimiliki oleh anak tersebut.

Kadangkala, dalam proses memilih nama ini, kedua ibubapa tidak mencapai persetujuan. Si ibu memilih nama A sedangkan si bapa memilih nama B. Jika persetujuan tidak dicapai, Islam melihat bahawa suami lebih berhak menentukan nama anak. Ini kerana al-Quran juga telah menetapkan bahawa anak itu menurut keturunan ayah, bukan keturunan ibu. Ini jelas dalam ayat 5, Surah al-Ahzab yang bermaksud, “Panggillah mereka dengan (nama) kepada bapa-bapa mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.”

Islam juga melarang ibubapa dari memanggil anaknya dengan panggilan nama-nama yang tidak baik seperti si pendek, si comot, si buruk dan sebagainya. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud, “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…”. Ini kerana gelaran-gelaran buruk itu boleh mendatangkan kesan negatif dalam jiwa si anak tadi.

Dalam masyarakat kita, adalah sesuatu yang biasa bila nama yang diberi berlainan dengan nama panggilan anak itu. Biasanya nama panggilan ini lebih ringkas dari nama sebenar anak itu. Seringkali kita dapati anak yang mempunyai nama yang sedap dan baik maksudnya, dipanggil dengan nama pendek yang tiada makna. Misalnya anak yang bernama Muhammad, dipanggil “Boboy”. Anak yang memang sedap namanya yakni nama yang mengikut nama Jungjungan kita, Nabi Muhammad, kini dipanggil dalam Bahasa Inggeris yang tiada makna baik dari segi Islam. Hal sebegini hendaklah dielakkan kerana nama itu juga merupakan doa. Dengan memanggil nama itu kita seolah-olah berdoa agar unsur baik pada nama tersebut terjelma dalam peribadi anak kita. Oleh yang demikian, jika nama sebenarnya sudah baik, teruskan memanggilnya dengan nama itu agar harapan kedua ibubapa tadi terjelma dalam peribadi si anak.

Bersyukurlah kerana sebagai umat Islam, kita diberi panduan dalam setiap lapangan hidup kita hatta untuk menamakan anak sekalipun. Gunakanlah garis panduan ini dengan baik kerana anak kita akan menggunakan nama itu sehingga ke akhir hayatnya. Sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Oleh itu, pilihlah nama-nama yang baik untuk anak kita. Malah ketika menamakan anak, kita digalakkan berdoa agar nama yang dipilih itu mendatangkan berkat kepada anak tersebut.

Di pasaran juga, terdapat banyak buku panduan menamakan anak yang menyenaraikan nama-nama yang baik untuk lelaki dan perempuan dengan pengertiannya sekali. Malah, buku-buku ini juga memberi senarai nama-nama yang harus dielakkan. Jadi, gunakanlah buku panduan ini ketika ingin mencari nama yang sesuai untuk anak anda.

Ada juga di antara ahli masyarakat yang merujuk kepada orang yang lebih tua dalam memilih nama anak mereka. Malah ada juga yang memberi hak itu kepada ahli agama yang disegani kerana yakin orang tersebut dapat mencarikan nama yang baik untuk anak mereka. Buatlah apa sahaja untuk mencari nama yang baik untuk anak anda asal sahaja tidak melelong hak tersebut yang belum tentu dapat memberi nama yang baik untuk anak kita.
IBIPRO
IBIPRO
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1613
Joined: Fri May 10, 2002 8:00 am

Postby IBIPRO on Tue Oct 15, 2002 7:49 am

1.Kenapa masyarakat Islam di Malaysia tidak mengguna nama keluarga ("lastname")? Apakah sejarahnya? Setengah-setengah umat Islam, keturunan Pakistan misalnya ada guna lastname.





2. Apa hukumnya jika kita guna "lastname" bila menamakan anak kita. Misalnya, nama saya Ali bin Abdullah. Saya nak menamakan anak lelaki saya Mohammed Ali Abdullah. Yakni "lastname" kita kekal sebagai Abdullah. Saya dan keluarga bermastautin di California. Sistem di sini seperti yang kita maklum guna "lastname". Terima Kasih.





Jawapan :


Islam tidak meletakkan peraturan wajib meletak surname (lastname) atau nama keluarga. Ia adalah urufi (adat) sahaja. Islam hanya mahukan ayah menamakan dgn nama yg baik maknanya dan dibinkan kepada si ayah untuk tujuan penentuan nasab (keturunan). Lihat firman-Nya (terjemah)," panggillah mereka dengan (nama) kepada bapa-bapa mereka, itulah lebih adil di sisi Allah." Ahzab: 05





Keluarga di Malaysia memang menggunakan surname terutama dari keturunan Arab, misalnya Barakbah, alsagoff, alAttas, dll. Kebanyakan keturunan Melayu yg lain menggunakan title keluarga, misalnya Wan, Nik, Tengku, Tuan (macam Thtl), Che', Megat, Nyak, dll. Bagi masyarakat Pakistan, Arab, India, memang mereka menggunakan surname melambangkan clan atau kabilah mereka.





Tidak salah anda menggunakan surname/lastname, khususnya bila berada di United States yg kalau kita perhati setiap borangnya menggunakan system last, middle, dan first name.

Rujukan: Prof Dr Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyatul Awlad fi Islam. Allahu a'alam.
IBIPRO
IBIPRO
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1613
Joined: Fri May 10, 2002 8:00 am

Postby IBIPRO on Tue Oct 15, 2002 7:53 am

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak. Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.Memberi gelaran kepada anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.
IBIPRO
IBIPRO
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1613
Joined: Fri May 10, 2002 8:00 am

Postby IBIPRO on Tue Oct 15, 2002 7:53 am

Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.

Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudahkelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.
Siapa yang berhak, ayah atau ibu.
Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.
IBIPRO
IBIPRO
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1613
Joined: Fri May 10, 2002 8:00 am


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests

cron