Rasulullah dibelah dadanya

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Postby mysarah2203 on Sun Jun 17, 2001 12:22 am

Assalamualaikum Warahmatullah..

Sempena Maulidu Rasul ni, Mysarah ada dengar banyak ceramah yg mengupas kisah Rasullullah dari banyak aspek. Cumanya ada satu yg Mysarah nak mintak explanation kat warga bicaramuslim ni.
Berkenaan kisah dimana Rasul di belah dadanya oleh malaikat. [tak silap Mysarah 2 kali baginda di belah dadanya - pertama ketika baginda masih kecil sewaktu penjagaan ibu susu baginda Halmatussaadiah dan kedua sebelum baginda di angkat ke langit (peristiwa Isra' dan Mikraj)].
Mysarah pohon jasabaik ahli bicaramuslim yg bijak pandai yg boleh bagi tahu kebenaran kisah ini ie. hadis atau ayat al-quran yg menyokong kisah ini(any references). Satu lagi apakah tujuan sebenar Rasul dibelah dadanya?

Terima kasih daun keladi, lain kali boleh tanya lagi.
WallahuA'lam
mysarah2203
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 60
Joined: Wed Mar 07, 2001 8:00 am

Postby shabb on Sun Jun 17, 2001 1:14 pm

Wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh mysarah..

Lama tak nampak?

Pertamanya, rujukan utk pengajian sirah tak terhad kpd Al-Qur'an dan Al-Hadith shj, tetapi juga kpd riwayat-riwayat yg direkodkan oleh ahli-ahli pengkaji sejarah Islam. Walaupun penjagaan rantai periwayatnya tak sebaik spt dlm `ulum al-hadith, tapi secara general boleh diterimapakai utk catatan sirah al-nabawiyah. Especially ulama' sejarawan Islam yg masyhur spt Ibnu Kathir, Ibnu Hisham, Ibnu Sa`d, to name a few. Still, catatan mereka masih subject to discussion and debates.

OKlah, balik pd persoalan:

Pembedahan Pertama
Peristiwa ni ada diriwayatkan (though not the only one) oleh Anas (r): 'Sesungguhnya Rasulullah (s) telah didatangi Jibra'il ketika baginda sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibra'il (a) telah merebahkan dan membelah betul-betul dengan hati dan mengeluarkannya kemudian dikeluarkan seketul darah sambil berkta, inilah sasaran syaitan ke hati engkau. Lepas itu dibasuhnya di dalam bekas dari emas dengan air Zamzam barulah dimasukkan semula ke tempat asalnya dan kanak-kanak yang lain berkejaran lari menemui ibu penyusunya Halimah melang-laung: Muhammad telah dibunuh, dan mereka semua meluru ke arah Nabi Muhammad dan didapatinya pucat lesu.' [Muslim]

Dlm riwayat lain disebut sbg 'didatangi oleh dua orang lelaki asing...' Kisah ni juga disebut oleh Ibnu Hisham, Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa`d. Wbgmanapun, penulis sejarah orientalis spt William Muir (penulis 'Life of Muhammad') menafikan cerita ni.

Ada yg kata ketika umur Nabi (s) empat tahun, dan ada yg kata lima.

Tujuan sebenar pembedahan? Allahu a`lam. Tapi al-Ustadh Muhammad Sa`id Ramadan Al-Buti (dlm penulisannya Fiqh Al-Sirah) sebut yg pembedahan tersebut bukan pembersihan drpd fizikal unsur kejahatan semata-mata, tetapi juga sbg: (i) suatu pengiklanan atau perisytiharan mengenai kerasulan baginda, (ii) menjadikannya ma`sum, (iii) mempersiapkan baginda utk menerima wahyu.

Pembedahan Kedua
Kisah ni ada diriwayatkan dlm penerangan Isra' dan Mi`raj oleh Ibnu Kathir, spt juga di atas: dada baginda (s) dibelah, hatinya dikeluarkan dan dibersihkan dgn air Zamzam. Menurut satu riwayat, perut baginda (s) diisi dgn hikmah dan cahaya.

Zakaria Bashier (dlm bukunya 'The Makkan Crucible') menulis, pembedahan ini adalah persediaan Rasulullah (s) sbg menghadapi cabaran dan dugaan dlm menempuh Isra' dan Mi`raj. Persepsi dan daya pemikiran baginda sbg seorang manusia biasa semata-mata tentunya tak akan dapat menerima kuasa dan kemilau yg Allah subhanahu Wa ta`ala tunjukkan.

Wallahu a`lam. Terima kasih mysarah.
shabb
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 890
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: SEL

Postby seribayu2k on Mon Jun 18, 2001 3:53 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 14:59 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Deria on Mon Jun 18, 2001 4:00 am

hai cik seri...

nak tau gak ni..

ada darah itam kat dlm diri kiter??
kat mana tu yer?
mata, telinga,mulut atau dimana yer??
ooo kerana darah itam tu ler kita mudah kena gangguan setan yer..maksudnya lalai yer?

tak kan lah dah lupa..ilmu tu patut dijaga...


Deria
deria rasa jer..
Deria
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 179
Joined: Mon Mar 19, 2001 8:00 am
Location: Malaysia

Postby seribayu2k on Mon Jun 18, 2001 4:08 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 14:59 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby penamerah on Mon Jun 18, 2001 4:41 am

A'kum
Tak sama ke hati dengan kalbu cik seri?
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby seribayu2k on Mon Jun 18, 2001 4:46 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:00 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby penamerah on Mon Jun 18, 2001 4:51 am

A'kum
Boleh bagitahu saya apa bezanya?
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby azlis79 on Mon Jun 18, 2001 6:09 am

he hee....

lis tunggu...
apa komen cik seri..:senyum: :senyum: :senyum:

Lis79
azlis79
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 917
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am
Location: sini ...Selatan M'sia

Postby seribayu2k on Mon Jun 18, 2001 6:55 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:01 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Tok Syam (nick lama) on Mon Jun 18, 2001 4:02 pm

Ini sekadar pandangan saja jangan lah masuk dalam akal.Kerana apa
yg.Tok nak katakan adalah akal Tok saja dan tak ada kaitan dengan
mana2 rujukan.

Sedia maklum Allah telah tahu siapakah yg.akan dilantik.Maka anak
Abdullah bin Ab`dulMutalib isterinya Aminah.Segalanya Allah sudah
atur dari turunnya Roh Muhamad itu terpelihara.

Semasa itu Islam belum disempurnakan dan dalam keadaan bercampur.
Maka ketika itu manusia belum ada cara mencucikan hati dan kerohanian.
Kalau ada pun mungkin hanya dilakukan oleh tertentu.
Maka bagi pemeliharaan secara langsung mungkin itulah Allah bedah
dan membersihkan hati Muhamad secara yg.dapat difahami sebagai
iktibar oleh manusia bahawa hati sangat penting disucikan.

Maka apabila rasulallah saw.telah sanggup memikul amanat dan apa2
ilmu untuk umatnya urusan membersih hati umat2nya telah pun diajar
oleh nabi tanpa umatnya dibedah.Cukup lah melakukan amal ibadah
dan zikiruallah maka Allah lah akan membersihkan seseorang itu
dengan daging dan darah yg.bersih.

sekianlah pandangan akal yg.jangan diambil berat kerana sekadar
agak2 saja.Allah jua yg.tahu apa sebenarnya.
Tok Syam (nick lama)
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1204
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby penamerah on Tue Jun 19, 2001 2:22 am

A’kum
Bedah itu tetap bedah dan cuci itu tetap cuci cuma caranya yang berbeza. Hakikatnya hati yang bersih itu diperlukan sebelum berjumpa Tuhan dan itulah maka diperlukan perjalanan (tarikat) untuk membersihkan hati. Perjalanan itu pula adalah dalam bentuk zikir. Wallahua’lam.
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby seribayu2k on Tue Jun 19, 2001 7:25 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:01 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby penamerah on Tue Jun 19, 2001 7:40 am

A’kum
Alahai... cutenya... hehehehehehe

Jazakallah atas jawapan cik seri.
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby seribayu2k on Tue Jun 19, 2001 7:55 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:01 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Tok Syam (nick lama) on Tue Jun 19, 2001 12:28 pm

Hati tu adalah anggota zahir yg.boleh dilihat dan difahami.Bagaimana
tersimpannya ilmu,bersih kotornya adalah suatu yg.payah dilihat
tapi contohnya ada.

Lihat sebuah micro chip yg.menyimpan juta2 datar maklumat.Kita tahu
data itu ada didalam nya.Tapi bagaimana dia disimpankan dalam
bentuk apa hanya pencipta microchip itu saja boleh terangkan.Namun
demikian kita tak juga faham akan penerangan pencipta itu.
Tok Syam (nick lama)
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1204
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby mysarah2203 on Wed Jun 20, 2001 7:23 am

Waalaikumussalam Warahmatullah..

Alhamdulillah! berkesempatan jugak Mysarah nak check response. Jazakumullahu Khair kepada semua yg contribute.

Shabb:Lama tak nampak? Well.. a little bit tied up. Now I know how time consuming can commissioning be. Come to think of it, how busy can one be? i suppose it's just an excuse, Astaghfirullah alAzeem. By the way i'm very much interested to read on 'Life of Muhammad'. Where can i get it?

Sri: memang Mysarah pun ada dengar yg syaitan ni memang mudah nak masuk kat jiwa manusia ni just macam mengalir dalam darah aje. ie: all over our body.

Tok Syam: terima kasih diatas pandangan tu, Mysarah appreciate sgt. and about Micro chip tu... hmmm satu analogy yg baik.

Penamerah: apa yg dimaksudkan "diperlukan perjalanan (tarikat) utk membersihkan hati" dan "perjalanan itu pula adalah dalam bentuk zikir"? Harap maaf Mysarah ni budak baru belajar-maybe need some more explanation.

One question came out from my christian friend. Dia mempersoalkan kenapa Nabi Muhammad (SAW) perlu dibersihkan hatinya. Seolah-olah Rasulullah kotor pada asalnya. Hmmm... quite tricky (at least for me). Care to help anybody?

Wallahu A'lam
Wassalam
mysarah2203
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 60
Joined: Wed Mar 07, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Wed Jun 20, 2001 10:08 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:00 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Tok Syam (nick lama) on Wed Jun 20, 2001 12:50 pm

Termenung sejenak Tok sambil..
:opocot:
Berat sungguh nak diceritakan disini...dalam berbagai usul cik Seri
Kembang Setaman utarakan.
Apa sebenarnya segala cerita adalah kaedah pemahaman saja.
Yang payahnya nak mengolahkan bahasa sifat 20 tu dalam pemahaman
alam nyata ini.
Kalau sekadar menyebut Ujud,Kidam,Baka tu tak ada kesan dalam hati.
Dan setiap kupasan tu banyak lapisnya sampai akhirnya tertidor sebelum
dapat isinya.Lalu bermimpi dan bila sedar terlupa pula cerita mimpi.
Tok Syam (nick lama)
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1204
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby relief on Wed Jun 20, 2001 3:25 pm

Assalamu'alaykum,

saya minta maaf ye, saya punya penerangan pun tak berapa jelas..nie pun diambil dari kuliah dulu2.. saya tak tulis so amat susah nak get the exact word..tapi seperti yg telah disebut oleh saudara Shabb, sebabnya dibersihkan hati Rasulullah SAW, antara lain ialah kerana hendak menemui Allah SWT.. kena ada persediaan dan ketahanan, bersih dari segala kekotoran..tu yg bab hati tu.. mungkin ada antara saudara seagama kita yang hendak menambah atau memperbetulkan saya..

seperti juga dalam bab Syurga, bukan calang2 manusia boleh memasukinya.. sebuah tempat yang mulia seperti Syurga hanya layak untuk seseorang yang beragama, berakhlak baik (bab kata, tingkah laku, perbuatan yg selari dengan Islam), bersifat pemurah/dermawan, tiada bersangka buruk dsbnya..semuanya positif.. seperti Rasulullah SAW

saya ambil cth dari segi aqal yg tak langsung boleh disamakan dengan perkara di atas tetapi sebagai nak memudahkan kita untuk memahami.. jika kita hendak memasuki satu tempat yang grand..cthnya sesuatu kelab VIP, sudah tentu yang memasukinya bukan boleh sebarangan orang(ada kriterianya) ..atau untuk menjadi Imam, pembacaan Al-Qurannya mestilah betul, Makhraj.. akhlak dsbnya..

minta maaf jika salah.. jika ada perbetulkan kelemahan saya itu, yang betul dari Allah SWT.. WAllah Hu A'lam
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby relief on Wed Jun 20, 2001 4:05 pm

taken from kusza site..pls click

http://www.kusza.edu.my/~hakim/Islam/ta ... 4_1-8.html
--------------------------------------------

Surah AL-INSYIRAH bermakna PENGLUASAN (perihal melapangkan dada Nabi saw) termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH diturunkan sesudah surah Al-Dhuhaa. Mengandungi 8 ayat 27 kalimat dan 103 huruf.
Tersebut di dalam kitab Baidhawi bahawa Nabi saw. bersabda:
"Barang siapa yang mengaji surah AL-INSYIRAH padahal picit dadanya nescaya diluaskan Allah ta'ala dadanya".

KETERANGAN
Ada ahli tafsir yang mengatakan bahwa melapangkan dada ialah yang terjadi pada malam israa mi'raj ketika Nabi sw. dibelah dadanya untuk ditambah nur iman, keyakinan dan kesabaran.
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby awang bin ali on Thu Jun 21, 2001 1:34 am

ada sesapa tahu teknologi pembedahan tu?
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby shabb on Thu Jun 21, 2001 2:44 am

Assalamu`alaikum warahmatullah sister mysarah,

If you meant the one by Sir William Muir, then I don't have it. Dan kat kedai-kedai buku kat sini pun setakat ni tak nampak pulak (not implying that I have looked everywhere, because I haven't deliberately tried to, not this one).

Tapi kalau The Life Of Muhammad oleh Tahia Ismail, yg ni saya ada. Uses very good English (almost poetic) dan beberapa kali menitis air mata bila membaca.

Apart from that, yg la ni ada kat saya (berkenaan sirah):
2. Al-Rahiq Al-Makhtum ('The Sealed Nectar'), Safiur Rahman Al-Mubarakpuri.
3. Makkan Crucible, Zakaria Bashier.
4. Hijrah And Its Significance, Zakaria Bashier.
5. Sunshine In Madinah, Zakaria Bashier.
6,7,8. Fiqh Al-Sirah Bahagian 1, 2 & 3, Muhammad Sa`id Ramadan Al-Buti.

Kalau nak pinjam, boleh arrange.. :senyum:

That aside, personally saya rasa kat M'sia ni masih kurang rujukan-rujukan ilmiah spt ini yg bermutu. Mungkin sebab kurang permintaan. So kalau ada kenal sesapa yg belajar kat luar negara ke, boleh la pesan.

Kat library, tak tau pulak sebab saya pun dah lama tak pergi. Tapi the last time jejakkan kaki kat Perpustakaan Negeri kat Shah Alam tahun 1998, belum banyak lagi bahan.
shabb
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 890
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: SEL

Postby awang bin ali on Thu Jun 21, 2001 7:54 am

lagi sekali brtanya..

sesapa tahu methodnya ? ni leh apply dalam prubatan dinegara kita.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby Tok Syam (nick lama) on Thu Jun 21, 2001 8:14 am

Betui juga tu,PakAwang,tak payah amik phd.
Tok Syam (nick lama)
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1204
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby mysarah2203 on Thu Jun 21, 2001 11:40 pm

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh

Seri: mungkin bagi kita yg dah faham dan yakin dgn aqidah Islam boleh menerima statement sedemikian tapi Mysarah rasa kalau kita cakap kat depa macam tu seolah-oleh kita ni ada bad intention le pulak – sekadar my 2 cent opinion. Anyway I’ll bare in mind, manalah tau kot-kot ada masanya kita perlu cakap macam tu.

Tok Syam : Mysarah tunggu Tok Syam kupas satu persatu sifat 20.

Relief: I couldn’t agree more. By the way I’ve checked tafsir Surah Al-Insyirah in Tafsir Fizhilalil Quran (As-Syahid Sayyid Qutb), tapi tak ada pulak disebut a direct relation dgn peristiwa itu. Anyway thanks for the info.

Awang bin Ali: kalau tanya soalan tu kat Mysarah the answer will be negative. Maybe ahli perubatan boleh buat conclusion on this matter.

Shabb: Kalau nak pinjam, boleh arrange. – really!! That would be lovely. How do I go about it? Do I need to apply for a member card or anything?

Perhaps ada yg boleh bagi references yg lain on this issue.

Jazakumullahu Khair.
Wallahu A’lam
Wassalam
mysarah2203
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 60
Joined: Wed Mar 07, 2001 8:00 am

Postby penamerah on Fri Jun 22, 2001 2:39 am

A’kum
Bab tarikat atau perjalanan itu, ianya berdasarkan suruhan Allah sendiri yang menyuruh kita mengingatiNya sebanyak2nya, pagi dan petang dan dalam setiap keadaan. Ingat itulah zikir dan zikir itu pula berbagai cara. Semuanya tidak jadi hal asalkan motifnya ingat dan asal saja tidak melanggar syariat.

Secara hakikatnya zikir itu dapat membersihkan hati dan menghampirkan diri kepada Tuhan. Zikir itu ibaratnya sabun yang mengikis kotoran dosa yang melekat di hati.

Bab soalan tentang bedah itu:
1. Rasulullah itu suci dan terpelihara dari kecil sampai kewafatannya. Ada pendapat mengatakan yang dibuang dari hati Rasul itu bukan berupa dosa tetapi nafsu/keakuannya kerana untuk sampai kepada ketuhanan, keakuan kena binasa (satu perspektif).

2. Ianya simbolik bagi penganut agama Islam dalam proses penyucian diri mereka. Maknanya hati yang bersih diperlukan untuk menemui Tuhan.
Wallahua’lam.
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby awang bin ali on Fri Jun 22, 2001 3:25 am

Nobody interested to dig out...IJN may need u..:senyum:
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Fri Jun 22, 2001 4:04 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:02 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby penamerah on Sat Jun 23, 2001 2:34 am

A'kum
toi tuh tok seri... hehehe
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Next

Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest